Maafku Pinta
“Sayang, abang minta maaf. Semoga roh sayang akan
sentiasa dicucuri rahmat.” Kataku dalam sebak. Ah, rindunya aku terhadap dia.
Dia yang setulusnya mencintaiku. Mencintaiku kerana Allah walaupun tidak saling
mengenal. Balqis. Cantik namanya secantik orangnya. Dia wanita solehah. Kini
sudah 3 bulan dia pergi meninggalkan aku. Pergi yang tidak akan mungkin kembali
lagi. Semuanya berpunca dariku. Aku puncanya...Ya, aku punca mengapa dia pergi
meninggalkanku.....Biarlah aku bercerita.....Semuanya bermula apabila pertemuan
aku dan dia dirancang oleh orang tuaku..........
Pada
mulanya aku memang marah dan tidak berpuas hati dengan tindakan mama dan papa
untuk menyatukan aku dan Balqis. Malah aku pernah memberi amaran pada Balqis
agar menyuruh orang tuanya membatalkan sahaja rancangan untuk menyatukan kami.
Aku langsung tidak mengenali Balqis, malah mencintainya juga aku tidak. Aku
lebih mencintai Sally. Sally model kaki panjang yang aku begitu puja-puja.
Bertubuh langsing dan seksi orangnya serta cantik juga. Berbeza sekali dengan
Balqis. Balqis seorang gadis yang terlalu mulia mungkin. Mana layak untuk
digandingkan dengan diriku. Balqis dan Sally ternyata jauh bezanya.
Balqis,
pakaiannya sopan sejuk hati memandang. Suaranya lunak dan sederhana berbeza
dengan Sally yang kelihatan suaranya agak menggedik. Balqis tidak pandai
bergaya seperti Sally. Ya, semua yang terdapat pada Balqis semuanya tidak kena
dimata aku. Aku begitu membencinya. Bagi aku, kerana dialah aku tidak
berpeluang untuk memperkenalkan Sally kepada orang tuaku. Alangkah ruginya aku
ketika itu kerna tidak tahu untuk menilai yang mana madu dan yang mana juga
racun.
Perkahwinan
antara aku dan Balqis tetap juga dilaksanakan. Papa langsung tidak mahu
mendengar penjelasanku. Bersuara beerti meningkah. Mama juga hanya mengiyakan
sahaja. Sakitnya hati aku ketika itu hanya aku yang tahu. Ingin sahaja aku lari
ketika majlis perkahwinan itu berlangsung. Tetapi, kerna mengenangkan papa. Aku
tidak sanggup. Mana mungkin aku akan sanggup mencemarkan maruah keluarga kami.
Aku masih waras. Keluarga kami punya syarikat perniagaan yang maju. Maka itu,
aku harus menjaga nama baik papa.
Bermula
dari hari itu, kehidupan Balqis bersamaku tidak pernah bahagia. Aku sering
sahaja berusaha untuk menyakiti hati dia. Aku berharap semoga dia meminta aku
melepaskan dia. Tetapi sayang, segala perlakuanku terhadap dia tidak pernah
menggugat kesabarannya. Balqis wanita yang tabah. Setiap malam, aku akan keluar
berhibur ke kelab malam. Balqis pula aku tinggalkan keseorangan di rumah. Aku
lebih senang berkunjung ke kelab malam untuk berhibur dengan teman wanitaku
Sally. Ternyata cintaku terhadap Sally tidak dapat dilunturkan meskipun status
aku pada masa itu bergelar suami orang. Apabila aku pulang ke rumah, Balqis
akan sering berkata, “abang dah makan? Dah minum?”. Balqis tidak pernah jemu
untuk mengambil berat perihal diriku. Sedangkan diriku langsung tidak mengambil
tahu perihal dia. Ya Allah, ampunilah aku....sungguh ini semua adalah
khilafku....
Pernah
sekali apabila aku sedang berbual dengan teman wanitaku di telefon. Ketika itu
Balqis berniat ingin bermanja denganku. Lalu dengan perlahan Balqis ingin
menyuapkan sesudu nasi mulutku. Belum sempat nasi hinggap ke mulutku, dengan
sengaja aku menampar wajahnya. Pinggan yang berisi nasi ku ambil lalu aku
taburkan ke kepalanya. Aku betul-betul marah pada ketika itu. Bagiku, tangan
Balqis langsung tidak layak untuk memperlakukan aku seperti itu. Nasi yang
bertaburan di lantai tetap dikutip Balqis sambil airmatanya tidak berhenti-henti
mengalir. Aku tahu, Balqis terluka dengan tindakanku. Namun aku senang. Aku
suka melihat Balqis terseksa. Biar dia rasakan bagaimana sakitnya hatiku ketika
itu.
Apabila
orang tuaku datang melawat ke rumah kami. Aku akan berpura-pura melayan Balqis
dengan baik. Seolah-olah kami berada dalam keadaan yang sangat mesra. Balqis
pula tidak pernah wajahnya pudar dari senyuman. Dia kelihatan bahagia pada
ketika aku melayan dia dengan baik padahal apa yang aku lakukan padanya
hanyalah lakonan semata-mata. Apabila papa dan mama tiada aku mula menjadi
harimau di hadapan Balqis. Aku pukul Balqis kerana berlebih-lebih dihadapan
orang tuaku. Kasihan Balqis. Tangis dan rayuannya langsung aku tidak hiraukan.
Kadang-kadang sampai lebam badan dia akibat teruk dipukul aku.
Sehinggalah
suatu ketika aku terlibat dalam kemalangan jalan raya. Bahagian tubuhku iaitu
dari pinggang hingga ke kaki cedera teruk. Pada ketika itu, baru aku sedar
siapa sebenarnya terbaik untuk diriku. Antara Sally model kaki panjang dan
Balqis yang tidak tahu bergaya......
Ya
Allah, betapa menyesalnya aku memperlakukan Balqis sedemikian. Ketika aku
sakit,Balqis begitu setia menjagaku. Makan dan minumku semua diatur oleh
Balqis. Demi aku, Balqis sanggup berjaga malam apabila mendengar aku bersungut
atau merengek. Perlakuanku ketika itu persis seperti anak kecil. Pergelangan
tangan Balqis juga kemerahan serta kebiruan akibat digenggam aku. Semuanya
gara-gara aku menahan sakit apabila kakiku disapu ubat. Mengalir airmataku
apabila melihat pengorbanan Balqis. Sungguh dia wanita tabah. Baru aku sedar
cinta Balqis terhadapku sememangnya tulus dan suci. Pernah aku bermuhasabah
sendiri. Aku tanyakan kepada diriku sendiri. Mana Sally ketika aku sedang
terlantar sakit? Tidak mahukah dia menjengukaku yang sakit? Aku bermonolog
sendiri.
Lalu aku
hubungi Sally. Betapa hancurnya hati aku mendengar kata-kata Sally. Katanya aku
ini suami orang dan dia tidak mahu merampas kebahagiaan orang lain. Habis?
Selama ini kebahagiaan siapa yang dia ambil? Kenapa baru sekarang sedar yang
aku ini sudah bergelar suami orang. Sungguh hebat sandiwaramu terhadapku Sally.
Mentang-mentang aku sakit dan tidak berdaya, kau sanggup tinggalkan aku. Dasar
perempuan jalang!
Hampir
dekat setahun Balqis menjagaku. Akhirnya dengan izin Allah aku sembuh dari
penyakit yang aku hidapi. Aku kembali menghadapi hariku dengan normal. Aku lega
kerana Allah memberi aku peluang kedua untuk hidup. Kalau Allah menarik nyawaku
ketika kemalangan, pasti pintu hidayah tidak akan terbuka luas untukku. Aku
cuba untuk menyayangi dan menimbulkan bibit cinta dihatiku terhadap Balqis.
Semakin hari, perasaan sayangku terhadap Balqis kian bertambah. Alngkah
indahnya apabila bercinta selepas nikah.
Namun,
kebahagiaan itu hanya sebentar sahaja. Ketika aku sedang sibuk bekerja, aku
dikejutkan dengan berita yang memberitahu Balqis pengsan di rumah. Aku segera
membawa Balqis ke hospital. Keadaannya amat lemah sekali. Wajahnya pucat dan
lesu. Lututku pula terasa hendak jatuh apabila doktor pula mengkhabarkan yang
Balqis telah lama menghidap penyakit barah otak. Kata doktor mungkin berpunca
dari sebuah gegaran yang kecil sehingga menyebabkan darahnya banyak berkumpul
dibahagian kepala.
Mendengar
pernyataan dari doktor, aku menangis sepuas hatiku. Aku berasa begitu bersalah
terhadap Balqis. Aku pernah memukul dan menghentakkan kepalanya ke dinding
apabila pulang ke rumah dalam keadaan mabuk. Perlakuanku ketika itu tidak
terkawal. Itulah akibatnya apabila nafsu bermaharajalela.
Ibu dan ayah
mertuaku datang menjenguk keadaan Balqis. Papa dan Mama juga turut datang.
Tidak lupa mereka juga memberi kata-kata semangat terhadapku. Setiap hari aku
sedia menemani Balqis di hospital. Ahli keluarga Balqis yang melihat kesetiaan
aku terhadap Balqis mengatakan bahawa Balqis beruntung kerana mempunyai suami
seperti aku. Kata mereka aku suami yang baik. Pernyataan mereka membuatkan aku
seolah-olah dimakan sumpah. Kalau mereka tahu apa yang pernah aku buat kepada
Balqis, pasti mereka akan mengutuk aku. Namun sudah suratan. Mungkin juga Allah
ingin menutup aibku.
Sehinggalah
suatu hari, keadaan Balqis semakin lemah dan nazak. Aku tidak sanggup rasanya
untuk menghadapi saat itu. Tangan Balqis ku genggam erat. Dahi Balqis ku kucup
perlahan. Sungguh aku tidak sanggup untuk kehilangan Balqis. Meskipun demikian,
Balqis tetap mengukirkan senyuman. Senyumannya pada ketika itu terlalu manis
sekali. Sesiapa yang melihat pasti akan muncul rasa ketenangan di hati
masinh-masing. Subhanallah. Sememangnya wanittabah dan isteri solehah seperti
dia akan selalu berada dalam rahmat Allah. Sebelum menghembuskan nafas yang
terakhir, Balqis sempat menyerahkan kepadaku sepucuk surat dan berpesan
kepadaku merelakan kepergiaannya. Aku iringi Balqis untuk melafazkan 2 kalimah
syahadat dan dengan izin Allah, Balqis dapat menyebut kalimah syahadat tersebut
dengan lancar. Sejurus selepas mengucap, Balqis pun pergi menghadap ilahi.
Akhirnya aku
terkulai pengsan disisi jenazah Balqis. Kini sudah 3 bulan Balqis pergi
meninggalkan aku. Setiap hari aku akan pergi menziarahi pusara Balqis. Sungguh
aku begitu merindui dia. Baru hari ini juga aku berpeluang membaca surat
pemberian terakhir arwah isteriku. Selama ini aku tidak pernah membuka warkah
tersebut. Fikiranku hanya pada Balqis. Seolah-olah Balqis juga turut membawa semangatku
pergi.
Assalamualaikum abang,
Mungkin saat abang membaca warkah terakhir dari Balqis,
Balqis sudah tiada lagi di dunia ini. Maafkan Balqis abang. Bukan niat Balqis
ingin menipu abang. Sungguh Balqis tidak ingin melihat abang berduka.Maka dari
itu, lebih baik Balqis merahsiakan perihal penyakit Balqis. Abang, Balqis
mungkin bukan isteri yang baik buat abang. Tetapi percayalah, saat pertama kali
Balqis terpandang wajah abang, Balqis mula jatuh hati terhadap abang. Sumpah
demi Allah, Balqis ikhlas mencintai abang. Meskipun hanya sekejap merasai
kebahagiaan bersama abang, Balqis bersyukur kerana diberi peluang untuk merasai
bagaimana kasih sayang dari seorang suami. Abang, relakanlah kepergian Balqis.
Insyaallah jika diizinkan, kita pasti akan bertemu jua di syurga kelak. Ameen.
Abang, jika hati dan perasaan abang masih gundah-gulana, abang carilah Ustaz
atau Ustazah. Abang luahkan pada mereka tentang apa yang abang rasa. Balqis
yakin mereka mampu memberikan kata-kata semangat kepada abang....
Isterimu
Nur Balqis
OLEH : SHIMA 6AD


Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum .Sila tinggalkan komen anda .
-jika suka , datang lagi ke blog ini :)