Cuaca cerah perlahan – lahan menjadi mendung . Matahari kian hilang sinarnya di balik awan putih yang kian gelap warnanya . Beberapa minit kemudian .......HUJAN............
“Habib , abah ada sesuatu yang ingin dibicarakan pada engkau .” Kata Haji Ismail sambil menggamit lengan anak teruna tunggalnya iaitu Habib atau nama sebenarnya Muhammad Habib . Habib yang pada ketika itu sedang asyik memerhatikan panorama kala hujan turun di tepi tingkap segera menoleh ke arah ayahnya Haji Ismail . Dahi Habib berkerut sedikit . Hairan , musykil serta tertanya – tanya apa yang ingin di ucapkan oleh ayahnya .
“Ya , abah . Abah mahu berbicara soal apa pada Habib ? Habib sedia mendengarnya .” kata Habib sambil menghulurkan sebuah senyuman yang manis penuh ikhlas . Gigi ratanya jelas terpamer . Putih serta tersusun rapi . Haji Ismail masih lagi menatap wajah anaknya . Tetapi mulutnya masih lagi seperti teragak – agak mahu dibuka . Mungkin bimbang apa yang bakal dikatakan akan menghiris perasaan anak terunanya itu .
“Abah , apa yang abah pandang pada Habib ? Jangan di renung begitu wajah Habib . Habib kurang selesa abah . Apa itu berita buruk yang ingin abah sampaikan ? Kalau benar begitu , Habib sabar sahaja . Itu semua dugaan dari Allah . Bukankah sabar sebahagian daripada iman .” Ujar Habib dengan panjang lebar . Haji Ismail tersenyum mendengar sarahan anaknya . Tidak sia – sia dia menghantar Habib hingga ke Mesir untuk belajar di Universiti Al – Azhar . Fikirnya .
“Hem begini Habib . Abah rasa selayaknya sekarang kamu mencari isteri . Abah sudah tua . Nanti bila abah tiada siapa lagi yang mahu menemani hidup engkau Habib .” Haji Ismail memulakan percakapannya . Dia berhenti seketika . Kelihatan Haji Ismail sudah uzur benar . Urat – urat hijau jelas nampak di tangan kasarnya . Wajahnya berkedut seribu namun tetap tenang .
“Isteri ? Insyaallah abah . Jodoh itu rahsia dan ketentuan dari Allah . Tapi kenapa harus Habib yang cari isteri ? Patutnya abah yang cari isteri . Bukankah umi sudah lama meninggal dunia ? Kalau abah tidak keberatan , Habib boleh saja mencari seorang untuk abah . Di sekolah tempat Habib mengajar juga ada banyak janda . Pilih saja salah satu .” Habib berseloroh dengan panjang lebar . Sengaja Habib berbuat lawak sedikit berharap moga Haji Ismail bakal terhibur . Haji Ismail terbatuk kecil mendengar bicara Habib .
“Habib , abah tidak main – main . Habib , abah sudah tua . Sebagai seorang ayah , abah juga punya keinginan ingin melihat engkau beristeri . Sebelum abah menutup mata , abah ingin melihat engkau bahagia . Abah ....” Kata – kata Haji Ismail terhenti disitu . Matanya mula berkaca – kaca menahan sebak . Habib pantas menggenggam erat tangan Haji Ismail serta mencium dahi ayahnya . Habib tahu bahawa Haji Ismail menyayangi dan mengambil berat perihalnya . Lebih – lebih lagi , Habib merupakan anak tunggal Haji Ismail .
“Abah , jangan berkata begitu . Habib sayang abah . Insyaallah . Jodoh pertemuan di tangan Allah . Ajal maut juga di tangan Allah . Insyaallah abah . Pasti abah akan sempat melihat Habib pada hari yang bahagia buat Habib . Bukan buat Habib seorang . Tetapi juga buat abah ...” Kata Habib sambil mengesat airmata Haji Ismail . Dalam diam – diam dia berhasrat ingin mencari dan menunaikan permintaan ayahnya itu . Bukan ingin menunaikan . Tetapi memang Habib sudah cukup syarat dan kelayakan untuk mencari bakal isteri . Cuma jodohnya sahaja belum tiba .
“Menjelang tengah malam , Habib pun terlena setelah selesai melakukan solat sunat istikharah . Memohon diberikan petunjuk oleh Allah dalam urusan mencari bakal isteri . Habib berserah sepenuhnya kepada takdir . Dalam kesyahduan malam , Haji Ismail masih lagi berteleku di atas tikar sejadah . Berdoa dengan penuh linangan air mata . Berharap semoga dosa – dosanya di ampuni Allah dan berdoa semoga anaknya bakal dapat mencari seorang bidadari buat pendamping hidup Habib sendiri . Bidadari solehah .
●●●●●●
“Assalamualaikum saudara .” Kedengaran suara seorang perempuan menyapa . Habib yang sedang santai menikmati panorama air terjun di kampung halamannya segera menjawab salam perempuan itu .
“Waalaikumussalam . Saudari mencari siapa ?” Tanya Habib .
“Saya mencari orang yang bernama Habib .” Jawabnya . Habib terkesima sebentar . Hatinya tertanya – tanya siapa perempuan itu yang kepingin menemuinya . Habib merenung wajah perempuan itu . Wajahnya samar – samar . Namun , Habib tahu perempuan itu mempunyai rupa paras yang menarik juga . Berbaju kurung putih . Subhanallah . Indah sungguh bidadari di hadapannya . Fikir Habib . Astagfirullah .. Habib beristigfar pantas apabila menyedari perbuatannya yang tadi boleh mendatangkan maksiat kepadanya . Merenung dan memandang wajah seorang perempuan bukan mahram adalah berdosa .
“Sayalah Habib . Ada apa saudari mencari saya ?”
“Apa betul saudara ini bernama Muhammad Habib bin Haji Ismail ?”
“Ya , itu nama penuh saya . Ada urusan apa saudari mencari saya .”
“Saya ingin melawat saudara .” Jawabnya ringkas . Habib mengerutkan dahinya sedikit . Habib juga menggaru – garu kepalanya yang tidak gatal . Dia hairan . Untuk apa perempuan itu mahu melawatnya . Dia bukan sakit . Malah kenal sama perempuan itu juga tidak .
“Saya tahu saudara tidak sakit . Saudara juga tidak mengenali saya . Tetapi percayakah saudara kita bertemu kerana Allah ? Allah yang mengaturkan pertemuan antara kita . Jodoh itu ketentuan Allah .” Ujarnya dengan panjang lebar .
“Jodoh ? Maksud saudari apa ? Saya kurang mengerti .” Habib bertanya kembali padanya .
“Maaf saudara Habib . Saya terpaksa pergi . Semoga kita bertemu lagi dengan izin Allah . Insyallah . Assalammualaikum .” Selesai berkata – kata . Perempuan itu terus berlalu pergi . Belum sempat Habib mengejar perempuan tersebut , dia terus menghilang . Habib kecewa ! Tiba – tiba tanpa di duga muncul seekor ular mematuk kakinya . Habib terus terduduk . Tolong ! Tolong Habib .......
●●●●●●
“Habib ! Habib bangun !” kata Haji Ismail . Mendengar namanya seperti dipanggil , Habib segera membuka mata . Rupanya Habib mengigau . Habib segera bangkit dari kamar apabila mendengar ayahnya sedang mengetuk pintu kamarnya .
“Eya , abah . Habib sudah bangun . Sebentar lagi Habib menyusul abah ke surau . Habib mahu bersiap dahulu .” kata Habib dari kamarnya . Habib segera pergi ke bilik mandi . Takut terlewat untuk bersolat subuh berjemaah di surau .
●●●●●●
Habib masih lagi duduk di dalam surau . Solat subuh telah pun diselesaikan . Habib masih lagi duduk dan termenung . Haji Firdaus yang menjadi imam solat subuh tadi duduk dan mendekatinya . Menyedari kedatangan Haji Firdaus , Habib segera menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Haji Firdaus .
“Habib ... semoga Allah merahmati kamu .” kata Haji Firdaus .
“Terima kasih pak cik . Semoga Allah merahmati pak cik dan keluarga pak cik juga .” Balas Habib .
“Habib , pak cik minta maaf . Pak cik ingin bertanya sesuatu pada kamu .” kata Haji Firdaus . Habib tersenyum mendengar kata – kata Haji Firdaus . Lucu . Belum bertanya sudah mahu meminta maaf .
“Ada apa pak cik . Tanya sahaja . Insyaallah , Saya akan menjawab sejujurnya . Lagipun tiada gunanya juga saya mahu berbohong pada pak cik ini . Apa untungnya . Nah tiada bukan ...” Ujar Habib ringkas .
“Apa kamu sudah berpunya ? Maksud pak cik , apa kamu sudah ada calon isteri ?” Tanya Haji Firdaus . Mata Habib membulat mendengar pertanyaan Haji Firdaus . Secara perlahan – lahan , ingatannya mula kembali mengingati mimpinya semalam . Masih terngiang- ngiang di telinga Habib ungkapan perempuan yang muncul di dalam mimpinya . “Jodoh itu ketentuan Allah .”
“Oh , soalan itu . Mudah saja . Saya akan menjawab sejujurnya . Sebenarnya saya masih lagi solo . Saya juga belum ada calon isteri . Masih dalam proses mencari .” jawab Habib dengan jujur .
“Bagaimana calon isteri yang Habib inginkan ?” Tanya Haji Firdaus lagi .
“Cukuplah perempuan itu baik akhlaknya pak cik . Serta solat 5 waktunya dijaga dengan baik .” jawab Habib lagi .
“Alhamdulillah ... Mujur kamu masih belum berpunya . Sebenarnya pak cik ada hajat . Kalau pak cik satukan kamu dengan anak gadis pak cik , apa kamu mahu menerima . Maafkan pak cik andai hajat ini terlalu besar untuk kamu tunaikan . Tetapi pak cik berharap sangat ingin mengambil kamu sebagai menantu pak cik .” Tutur Haji Firdaus dengan berterus terang . Degupan jantungnya kembali normal setelah berjaya meluahkan apa yang tersirat di hatinya . Kelihatan Habib seperti lagi berfikir . Dibiarkan sahaja Habib melayan perasaannya . Namun tidak lama .
“Pak cik . Jika sudah begitu , saya tidak kisah . Saya sanggup menerima anak pak cik sebagai isteri saya . Tetapi pak cik berbincang dulu pada anak pak cik . Takut – takut dia pula yang tidak sudi menerima saya . Maklumlah saya ini tidak tampan .” kata Habib .
“Kamu ini Habib . Ada – ada saja . Baiklah . Pak cik akan khabarkan dulu pada anak gadis pak cik dulu . Setelah dia bersetuju , nanti pak cik khabarkan kepada kamu . Em , pak cik minta diri dululah . Assalamualaikum Habib menantu pak cik . Hehe .” Gurau Haji Firdaus . Sememangnya hati Haji Firdaus kini lapang dan gembira . Sungguh mulia hati Habib kerana mahu menerima tawarannya . Dalam diam – diam Haji Firdaus tidak putus – putus mengucapkan rasa syukur pada ilahi atas kesudian Habib . Bukan mudah mahu menemui lelaki sebaik Habib .
●●●●●●
Di rumah Haji Firdaus ... (selepas Isyak)
“Aisyah !” panggil Haji Firdaus . Aisyah anak gadis Haji Firdaus yang sedang sibuk menyediakan hidangan malam segera mendapatkan ayahnya .
“Ada apa ayah ? Jom kita ke dapur . Makanan sudah siap . Ibu juga sudah menunggu .” Pelawa Aisyah . Haji Firdaus tanpa membuang masa terus berlalu ke dapur . Wajahnya berseri – seri . Senyuman Haji Firdaus juga seakan lebih panjang pada malam itu . Hajah Fatimah yang juga perasaan akan riak wajah suaminya .
“Amboi abang ... Berseri – seri nampak wajah tu . Ada apa – apa ke ?” Tanya Hajah Fatimah . Aisyah yang melihat situasi itu hanya tersenyum . Dia tahu ayahnya itu sedang gembira . Cumanya dia tidak tahu ayahnya gembira berkaitan hal apa .
“Kita makan dulu . Lepas makan saya nak berbincang sedikit dengan kamu berdua .” kata Haji Firdaus . Selesai bercakap , beliau terus membaca doa makan . Upacara makan pun bermula . Bunyi pinggan berlaga dengan sudu juga kelihatan meriah . Ternyata ikan masak lemak cili api benar – benar mencuri selera Haji Firdaus . Siapa lagi kalau bukan Aisyah yang memasaknya .....
●●●●●●
“Aisyah , apa kamu nak ke kalau ayah suruh kamu kawin ?” Tanya Haji Firdaus sebaik – sahaja mereka bertiga sudah berkumpul di ruang tamu . Mata Aisyah membulat mendengar pertanyaan ayahnya .
“Err , kawin ?” Tanya Aisyah .
“Eya , kawin .. nak ke ?” kata Haji Firdaus . Sementara Hajah Fatimah hanya mendiamkan diri . Lebih suka mendengar dari bercakap .
“Err , Aisyah memang nak . Tapi ... Betul ke ayah suruh Aisyah kawin ?” Tanya Aisyah lagi .
“ Apa muka saya ni nampak main – main ke ? Ayah serius ni Aisyah . Kalau kamu nak , ayah boleh tolong carikan .” Ujar Haji Firdaus dengan wajah yang serius .
“Eh , tak usah di cari ayah !”
“Kamu sudah ada calon ke ?” Tanya Haji Firdaus . Aisyah mengeleng – gelengkan kepalanya .
“Kalau tidak ada calon , kenapa kamu suruh ayah agar tidak mencari calonnya pula ?”
“Aisyah memang tidak ada calonnya . Tetapi semasa di Mesir dahulu , Aisyah ada berjumpa dengan seorang lelaki . Dia 3 tahun lebih tua dari Aisyah ..” kata Aisyah . Haji Firdaus masih lagi berdiam . Menunggu anaknya menghabiskan kata – katanya .
“Dia baik dengan Aisyah . Cumanya kami hanya kawan sahaja .” sambung Aisyah lagi .
“Lalu apa ? Kamu mencintai dia ?” Tanya Haji Firdaus . Aisyah mengangguk – anggukkan kepalanya .
“Setiap kali Aisyah bertemu dia , ingin rasanya Aisyah mahu meluahkan perasaan kepada dia . Tapi Aisyah tidak mampu ayah . Sampai sekarang Aisyah masih belum meluahkan pada dia . Tapi yang pastinya sekarang dia juga solo ayah .” ujar Aisyah dengan panjang lebar . Mendengar jawapan dari Aisyah , wajah Haji Firdaus mulai suram . Fikirannya mula teringat pada Habib . Pemuda yang ramah , santun lagi baik orangnya. Fikirnya , hasratnya ingin bermenantukan Habib mulai pudar . Tidak yakin apakah Habib dan Aisyah mampu disatukan ?
“Boleh kamu bawa pemuda itu berjumpa ayah dulu ? Kalau berkenan hati ayah padanya , nanti ayah akan tolong kamu beterus terang .” Tawar Haji Firdaus . Fikirnya , lebih baik dia menemui dulu pemuda yang disukai oleh Aisyah itu . Siapa tahu dia mungkin lebih baik dari Habib .
●●●●●●
Habib masih di kamarnya . Bersiap sedia mahu ke rumah temannya semasa di Mesir dahulu . Katanya di rumah kawannya ada majlis makan - makan . Ringkas dan tampan sekali rupa paras Habib pada malam itu . Ibarat seperti pelakon yang bernama Ashraf Muslim !
“Abah, Habib pergi dulu .” kata Habib sambil menyalami tangannya Haji Ismail .
●●●●●●
Di rumah Haji Firdaus ....
“Ayah dan ibu duduk di dapur dulu . Nanti bila dia sudah sampai , nanti Aisyah suruh dia ke dapur .” kata Aisyah . Haji Firdaus dan Hajah Fatimah hanya mengikut sahaja apa yang dipinta oleh Aisyah . Manakala Aisyah pula berdebar- debar rasa jantungnya . ‘Semoga ayah menerima dia ya Allah’ doa hati kecil Aisyah . Tidak lama kemudian kedengaran bunyi sebuah kereta datang .... Haji Firdaus pula setia menanti . Jantungnya juga berdebar . Tidak tahu kenapa .
“Silakan masuk . Ayah dan ibu menunggu di dapur .”pelawa Aisyah . Lantas pemuda yang dimaksudkan Aisyah segera mengikuti Aisyah .
“Assalamualaikum ...”ucap pemuda itu . Haji Firdaus yang dari tadi duduk termenung di meja makan segera mengangkat muka . Namun , sebaik sahaja mengangkat muka , Haji Firdaus terus memeluk pemuda itu . Aisyah dan Hajah Fatimah juga turut panik melihat reaksi Haji Firdaus .
“Habib !” kata Haji Firdaus . Aisyah pula semakin hairan . Bagaimana pula Haji Firdaus boleh mengenali Habib fikirnya .
“Ya Allah kecil dunia ini pak cik !” balas Habib lagi .
“Ayah ? Abang Habib ? Bagaimana ... bagaimana kalian boleh kenal ?” Tanya Aisyah lagi .
“Aisyah , saya mengenali ayah Aisyah sebab sering selalu terserempak di surau .” Jelas Habib .
“Eya , Aisyah . Malah kami juga sering bertukar ganti menjadi imam . Habib ni tinggi jugak sekolahnya . Macam kamu jugak Aisyah . Belajar sampai ke negeri Mesir .” Puji Haji Firdaus . Habib pula kelihatan malu – malu di puji Haji Firdaus . Manakala wajah Haji Firdaus pula berseri kembali apabila melihat wajah Habib . Seolah – olah Habib adalah sumber inspirasi baginya .
“Kamu pula Aisyah . Bagaimana pulak kamu ni boleh kenal dengan budak Habib ni ?” Tanya Haji Firdaus lagi . Aisyah hanya mendiamkan diri . Malu untuk bertentangan mata dengan Haji Firdaus . Apalagi dengan Habib . Perasaan malu mulai menguasai dirinya .
“Begini pak cik . Semasa di Mesir dahulu , kami memang sering dan selalu berhubung . Pendek kata kami memang selalu berjumpalah .” jelas Habib . Haji Firdaus hanya menganggukkan kepalanya . Kini , dia mengerti pemuda yang dicintai Aisyah itu adalah Habib . Subhanallah ....
“Err , ayah dan abang Habib . Jom makan . Nanti sejuk pula makanan tu .” kata Aisyah spontan sambil mulutnya menjuih ke arah makanan yang terhidang di atas meja . Habib tersenyum melihat telatah Aisyah . Dunia ini memang kecil . Getus hati kecil Habib .
Melihat semuanya sudah bersedia . Haji Firdaus pun menyuruh Habib mengetuai bacaan doa makan . Habib tanpa membantah , segera membaca mengikut apa yang disuruh Haji Firdaus . Majlis makan malam pun bermula .........
●●●●●●
Ruang tamu di rumah Haji Firdaus ...
“Begini Habib , kamu sudah pun mengenali anak pak cik . Bagaimana ? Apa kamu mahu menerima cadangan dari pak cik tempoh hari ? tanya Haji Firdaus . Aisyah mengerutkan dahinya . Cadangan ? Cadangan apa ? Fikir Aisyah . Kepalanya ligat berfikir . Namun tidak disuarakan .
“Pak cik . Bukankah saya sudah katakan tempoh hari . Saya bersetuju saja . Asalkan pihak pak cik sudi menerima saya . Lagipun saya ini tidak tampan . Siapalah yang mahu ...” kata Habib sambil berlawak sedikit .
“Kamu ini Habib . Tidak habis - habis dengan tidak tampan . Bukan paras rupa yang kami pentingkan . Tetapi keikhlasan hati budi kamu yang kami inginkan dari kamu .” Jelas Haji Firdaus .
“Apa pak cik sudah bertanya pada Aisyah ?” kata Habib lagi . Haji Firdaus menggelengkan kepalanya . Aisyah dan Haja Fatimah pula semakin hairan dengan situasi itu .
“Pak cik akan tanyakan sekarang . Aisyah apa kamu mahu kalau ayah satukan kamu dengan Habib ?” Tanya Haji Firdaus spontan kepada Aisyah . Pipi Aisyah pula mulai kemerahan . Malu mulai mencengkam segenap hatinya . Mahu menjawab perkataan ya tapi malu .....
“Diam tandanya setuju .....”kata Haji Firdaus mengusik Aisyah . Habib pula hanya tersenyum . Sememangnya sejak dari dulu lagi Habib memang sudah punya hati dan perasaan kepada Aisyah . Tetapi untuk meluahkan rasa cintanya kepada Aisyah terlalu amat sukar baginya . Habib bukan malu . Tetapi pada masa itu dia belum punya kekuatan untuk berterus terang . Kini biarlah dia meluahkan sekarang . Fikir Habib . Ya Rabb , bantu aku . Getus hati kecil Habib .
“Sebenarnya pak cik . Saya memang sudah lama punya hati sama Aisyah . Sejak pertemuan pertama kali di Mesir juga hati saya sudah terpaut kepadanya . Aisyah , sekiranya kamu mahu , apakah kamu sudi menerima saya sebagai suami buat kamu ? Apakah kamu sudi menjadi bidadari buat saya ?” Tanya Habib kepada Aisyah . Hajah Fatimah dan Haji Firdaus hanya mendiamkan diri . Membiarkan sahaja . Habib memang seorang pemuda yang betul – betul berani . Getus hati kecil Hajah Fatimah . Memang ciri – ciri lelaki yang baik !
“Tapi , bukankah itu terlalu tergesa – gesa abang ? Err maksud Aisyah , apa kita tidak perlu untuk bercinta dahulu ?” Tanya Aisyah lagi .
“Dalam islam tiada istilah bercinta sebelum kahwin . Cinta hanya wujud selepas kahwin . Begini , cinta sebenarnya adalah cinta yang menyelamatkan kekasih dari dosa . Cinta sejati ialah cinta yang dapat menjaga kesucian iman dan kekasihnya ke syurga . Jika tulus mencintai maka perlu bertegas dalam perkara ini . Jangan digoda oleh nafsu dan ditipu oleh syaitan . Kerana cinta nafsu dan syaitan , zahirnya menawan , hakikatnya ia adalah dosa dan membawa ke neraka Allah .” ujar Habib dengan panjang lebar .
“Betul kata Habib itu Aisyah . Bercinta selepas kahwin boleh mendatangkan banyak pahala . Bercinta sebelum kahwin pula boleh mendatangkan banyak dosa .” Sokong Haji Firdaus . Hajah Fatimah pula hanya mengangguk tanda setuju .
“Hem , jika sudah begitu suratannya . Aisyah bersedia menerimanya . Benarlah kata orang , jodoh itu ketentuan Allah . Bertemu dan berpisah kita hanya kerana Allah .” kata Aisyah lagi . Mendengar ungkapan Aisyah yang berbunyi ‘jodoh itu ketentuan Allah’ , Habib tidak putus – putus mengucapkan rasa syukurnya pada ilahi . Kini dia mengerti , perempuan yang muncul di dalam mimpinya tempoh hari ternyata adalah Aisyah .... Subhanallah .....
Habib juga semakin tidak sabar ingin memberitahu khabar gembira ini kepada Haji Ismail . Pasti itu khabar yang paling gembira buat ayahnya ...
-T A M A T-
By : SHIMASS .


Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum .Sila tinggalkan komen anda .
-jika suka , datang lagi ke blog ini :)