JellyPages.com

Sabtu, 19 November 2011

SEKALI LAGI

Udara  bayu  malam  menerpa  perlahan  ke  arah  muka  Ilham . Ilham  menarik  nafas  panjang  lalu  perlahan-lahan  dia  menghembuskan  nafasnya . Kemudian , Ilham  melihat  jam  ditangannya . “Pukul  2  pagi , malam  masih  muda .” Desus  hati  kecil  Ilham . Sudah  menjadi  kebiasaan  Ilham  tidur  lewat  malam . Kadang-kadang  tidak  tidur  langsung  hingga  ke  paginya . Apabila  malam  menjelma , matanya  memang  terlalu  susah  untuk  dilelapkan . Setiap  kali  matanya  ditutup , setiap  kali  dan  setiap  saat  itulah  bermacam  perkara  yang  muncul  di  benak  fikirannya .
   Perkara  itu  berlanjutan  sehinggalah  tibanya  wakti  Subuh . Apabila  azan  Subuh  berkumandang  pula , saat  itu  mulalah  matanya  menjadi  kuyu . Tubuhnya  agak  liat  sekali  untuk  bersolat  Subuh . Namun , sebagai  orang  Islam , itu  sudah  menjadi  kewajipan  baginya  untuk  bersolat .
♥♥♥♥♥♥♥♥♥
   “Ilham , mama  rasa  Ilham  perlu  berjumpa  dengan  doktor . Mama  tak  nak  sakit  Ilham  ni  berlanjutan . Setiap  malam  mama  lihat , Ilham  bukan  main  susah  lagi  nak  masuk  bilik  untuk  tidur . Ilham , mama  takut  kesihatan  Ilham  terganggu  sebab  tak  cukup  tidur .” Kata  Datin  Zahara  ketika  sedang  membantu  Mak  Kiah  menyediakan  sarapan  pagi . Datin  Zahara  begitu  sayangkan  anaknya Ilham . Dia  amat  risau  sekali  jika  Ilham  jatuh  sakit . Tambahan  pula , Ilham  merupakan  satu-satunya  anak  tunggal  lelakinya . Ilham  mempunyai  2  orang  kakak . Semuanya  telah  pun  mendirikan  rumahtangga . Hanya  tinggal  Ilham  sahaja  yang  masih  belum  berkahwin .
   Sudah  2  bulan  anaknya  berkelakuan  begitu . Semuanya  berpunca  dari  sebuah  peristiwa  hitam  yang  telah  berlaku  pada  anaknya . Pada  suatu  ketika  dahulu , Ilham  pernah  bercinta  dengan  seorang  gadis  yang  manis , cantik  dan  bersopan  santun . Gadis  itu  bernama  Haryana  atau  lebih  mesra  dipanggil  dengan  nama  Yana . Yana  merupakan  seorang  gadis  yang  lemah  lembut  dan  pendiam  orangnya . Malangnya  Yana  telah  meninggal  dunia  kerana  mati  lemas  di  laut  yang  berjauhan  dari  kesibukan  kota  raya . Pada  ketika  itu , Yana  sedang  memancing  bersama  rakan-rakannya  di  sebuah  bot . Yana  tergelincir  lalu  jatuh  ke  laut .Rakan-rakan  Yana  semuanya  tidak  mahir  berenang . Peristiwa  itu  membuatkan  rakan-rakan  Yana  berasa  serba  salah . Mereka  kesal  kerana  membiarkan  Yana terkapai-kapai  di  lautan  meminta  pertolongan . Mereka  bukannya  menolong , malah  hanya  menjerit-jerit  nama  Yana .  Sedangkan  Yana  semakin  jauh  dibawa  arus  dan  ombak  yang  tinggi . Kejadian  telah  hanya  disedari  pihak  pengurus  bot  yang  digunakan  oleh  Yana  dan  rakan-rakan  untuk  memancing . Mereka  berusaha  untuk  menyelamatkan  Yana . Namun , usaha  mereka  gagal  apabila  Yana  yang  ditemui  telah  pun  meninggal  dunia  kerana  paru-parunya  sudah  terlalu  banyak  dimasuki  air  laut .
   Ilham  yang  mendengar  berita  kematian  Yana  turut  pengsan . Jenazah  Yana  dikebumikan  terus  pada  hari  tersebut .  Ilham  tidak  dapat  datang  semasa  upacara  pengebumian  kerana  belum  sedar  dari  pengsan .  Ilhan  hanya  sedar  dari  pengsan  setelah  malam  menjelma . “Yana , Yana , Yana ..” Itu  sahajalah  perkataan  yang  terbit  dari  mulutnya . Semangat  Ilham  kembali  pulih  setelah  dibawa  berjumpa  dengan  pakar  kaunseling .
♥♥♥♥♥♥♥♥♥
   “Aduh ! Apa  ni  bro ! Main  langgar-langgar  orang . Mata bro  ni , bro  letak  kat  mana  wei ! Kat  lutut  ke ? Belah  la  wei !!” Marah  seorang  gadis  pada  Ilham . Ilham  secara  tidak  sengaja  terlanggar  seorang  anak  gadis  sunti  yang  sedang  menunggang  motosikal . “Adik .. abang  minta  maaf . Abang  tak  sengaja .  Abang  betul-betul  tak  Nampak  adik  tadi ..” Kata  Ilham  cuba  untuk  mententeramkan  keadaan .
   “Lain  kali  mata  tu  jaga  sikitlah  wei ! Tak  sengaja  konon ! Kalau  orang  mati  tadi  macam  mana ? Baju  orang  habis  kotor ! ” Gadis  tersebut  menjawab  seperti  tidak  puas  hati . Ilham  menjadi  geram  setelah  mendengar  jawapan  gadis  tersebut . Sakit-sakit  begitu , mulutnya  masih  sahaja  terus  membebel . Gadis  tersebut  mengangkat  wajahnya  setelah  mengutip  buku-buku  yang  bertaburan . Ilham  tersentak  memandang  wajah  gadis  itu . Sungguh , Ilham  amat  terkejut  pada  masa  itu . “Yana ?” Muncul  nama  Yana  dibibirnya . Wajah  gadis  itu  mirip  sekali  dengan  Yana . Gadis  itu  mengerutkan  dahinya  tanda  kehairanan .
   “Yana ? Wei  bro ! Nama  orang  Yani  la .  Haryani ! Bukan  Yana , tapi  Yani  ! Faham ?” Gadis  itu  memperkenalkan  dirinya  sebagai  Yani . Yani  segera  menghidupkan  enjin  motornya . “Gila agaknya  mamat  ni .” Kata  Yani  menyindir  Ilham . Ilham  hanya  mendiamkan  diri . Dia  mati  akal  untuk  menjawab  kata-kata  gadis  yang  memperkenalkan  dirinya  sebagai  Yani . Ilham  menggeleng-gelengkan  kepalanya . Beberapa  kali  juga  dia  menggosok  matanya .
   “Tak  mungkin  dia  Yana . Yana  dah  lama  meninggal . Ah ! Mungkin  pelanduk  dua  serupa . Tak  mungkin  dia  Yana  yang  aku  kenal . Yana  yang  aku  kenal  lemah  lembut , bersopan  santun  dan  berbudi  bahasa . Tak  macam  dia !” Ilham  memberikan  pendapatnya  sendiri  . Ilham  tersenyum  sendiri  teringatkan  peristiwa  tadi .
   Ilham  memandu  perlahan  keretanya . Dia  khuatir  jikalau  pisang  berbuah  2  kali . “Biar  lambat , asal  selamat .” Desas  hati  kecil  Ilham . Hari  itu  merupakan  hari  pertamanya  bergelar  sebagai  seorang  guru . Dia  akan  mengajar  di  sebuah  sekolah  menengah . Sudah  lama  Ilham  bercita-cita  ingin  menjadi  seorang  guru . Ilham  bukan  sahaja  bertugas  sebagai  seorang  guru  biasa , tetapi  juga  sebagai  seorang  guru  disiplin  di  sekolah  itu .

♥♥♥♥♥♥♥♥♥

   “Selamat  pagi  semua  murid – murid . Nama  saya  Ilham  Shah . Awak  semua  boleh  panggil  saya  sebagai  cikgu  Ilham  sahaja . Saya  berumur  24  tahun .” Ilham  memperkenalkan  dirinya  kepada  murid-muridnya . Ilham  berusaha  untuk  menyembunyikan  sedikit  perasaan  kekoknya . Maklumlah , hari  itu  merupakan  hari  pertamanya  mengajar .
   “Tok tok tok !” Terdengar  suara  pintu  kelas  diketuk . “Masuk !” Kata  Ilham  tegas . Sengaja  Ilham  meninggikan  sedikit  suaranya . Ilham  menoleh  ke  arah  pintu  kelas . “Yani??” kata  Ilham  di  dalam  hati  kecilnya .
   “Alamak ! Dia  cikgu  rupanya !” kata  Yani  pula  di  dalam  hatinya . Mukanya  mulai  merah  kerana  menahan  rasa  malu . Dia  menyesal  kerana  bersikap  kasar  terhadap  Ilham  pagi  tadi .
   “O , awak .. jam  sudah  menunjukkan  pukul  7:15a.m  baru  awak  sampai  di  sekolah . Awak  ingat  sekolah  ni  ayah  awak  yang  punya ? Saya  paling  pantang  kalau  pelajar  lambat  masuk  ke  kelas ! Kali  ni  saya  maafkan  awak !” Ilham  mula  menunjukkan  sifat  tegasnya  kepada  anak  murid . Dia  sedar , Yani  balik  semula  ke  rumah  mungkin  kerana  hendak  menukar  pakaiannya  yang  kotor  pagi  tadi  setelah  terjatuh  di  dalam  lopak  air  ketika  berlanggar  dengannya . Tetapi , memandangkan  Ilham  merupakan  seorang  guru  disiplin dia  harus  bersikap  tegas  kepada  anak  muridnya  supaya  murid – murid   gerun  kepadanya .
   “Tapi ..” Yani  cuba  untuk  membela  dirinya . Namun  disampuk  lagi  oleh  Ilham  pula . “Sudah ! Jangan  nak  beri  pelbagai  alasan pula . Duduk  di  tempat  awak . Waktu  rehat , saya  nak  jumpa  awak  di  bilik  disiplin  nanti !” Ilham  memberi  arahan  kepada  Yani . Yani  mengikut  sahaja  apa  yang  diarah  oleh  Ilham . Kalau  diikutkan  hatinya , ingin  sahaja  dia  menjawab  kata – kata  Ilham . Tetapi  memandangkan  Ilham  merupakan  seorang  guru  disiplin , hajatnya  terpaksa  dibatalkan . Yani  tidak mahu , gara – gara  melawan  guru  dia  harus  digantung  sekolah . Dia  tidak  mahu  kasih  ayahnya  padanya  juga  berkurang  selepas  kepergian  kakaknya . Kakaknya  Yana  telah  meninggal  dunia  sejak  beberapa  bulan  yang  lepas . Hati  ayah  mana  yang  tidak  sedih . Anak  kesayangannya  telah  pergi  meninggalkannya  dalam  sekelip  mata . Kini  , kasih  Datuk  Hairul  beralih  sepenuhnya  pula  pada  Haryani atau  lebih  mesra  dipanggil  Yani .
♥♥♥♥♥♥♥♥
      “Masuk !” Pinta  Ilham . Yani  dengan  muka  masam  mengucapkan  salam  kepada  Ilham . Ilham  tersenyum  melihat  gelagat  Yani . Ilham  menyuruh  Yani  duduk . Yani  hanya  mengikut  sahaja , apa  yang  disuruh  oleh  Ilham .
   “Cikgu , nak  apa ? Cikgu  nak  marah  orang  lagi  pasal  kes  orang  yang  datang  lambat  pagi  tadi  ke ? Tapi  orang  bukannya  suka – suka  untuk  datang  lambat ..” Kata  Yani  memulakan  perbualan . Yani  masih  lagi  cuba  untuk  membela  dirinya . Ilham  mengetapkan  bibirnya . Dia  memandang  wajah  Yani . Wajah  Yani , benar – benar  mengingatkan  Ilham  pada  arwah  Yana . Mereka  memang  seiras . Cuma  yang  membezakan  mereka  berdua  adalah  perwatakan dan  lesung pipit  yang  terdapat  di  wajah  mereka . Yana  seorang  yang  lemah  lembut . Berbeza  pula  dengan  Yani . Yani  pula  seorang  yang  kasar  dan  tomboy  sedikit . Yana  tidak  mempunyai  lesung  pipit  seperti  Yani . Tetapi  dari  segi  ketinggian  Yani  hampir  sama  ketinggian  dengan  Ilham . Yana  pula  lebih  rendah  dari  Yani .
   “Siapa  orang  tu ?” Tanya  Ilham  pula . Sengaja  dia  menukar  topik  perbualan  Yani . Dia  ingin  benar  mengenali  diri  Yani  yang  sebenar . “Orang ? Apa  cikgu  ni ?  Orang  tanya  pasal  apa  cikgu  nak  jumpa  orang  kat  sini . Cikgu  tanya  lain  pula . Tak  kan  cikgu  panggil  orang  macam  nak  berkenalan  dengan  orang  pula . Orang  tau la , pagi  tadi  orang  cakap  kasar  dengan  cikgu ..” Dengan  panjang  lebar  Yani  berceloteh . Ilham  mengerutkan  dahinya .
   “Jawab  soalan  saya ! Saya  tak  ada  masa  nak  dengar  celoteh  awak  kat  sini !” Ilham  meninggikan  suaranya  pada  Yani . Yani  tersentak . Yani  menundukkan  kepalanya  .
“Ok , maafkan  saya . Saya  tanya  awak  , siapa  orang  tu ? Saya  tak  tanya  perkara  lain ..” Ilham  mula  memperlahankan  kembali  suaranya  setelah  melihat  muka  Yani  yang  mulai  pucat . Yani  hanya  mendiamkan  diri . Beberapa  saat  kemudian , Yani  tiba – tiba  rebah  pengsan . Ilham  kaget  . Segera  dia  memanggil  guru  lain . Kemudian  dia  menelefon  ambulan . Ilham  berasa  serba  salah kerana  meninggikan  suara  pada  Yani . Ilham  tidak  menyangka  bahawa  Yani  selama  sedang  menderita . Yani  menghidap  penyakit  jantung  berlubang . Ilham  mengetahui  tentang  perkara  itu  setelah  diberitahu  oleh  guru  lain . Dia  gelisah  bagai  cacing  kepanasan . Ilham  tidak  mahu  sesuatu  yang  buruk  terjadi  kepada  Yani .
♥♥♥♥♥♥♥♥
“Eh ! Pak  cik  Hairul ! Pak  cik  buat  apa  apa  kat  hospital ? Pak  cik  nak  jenguk  siapa ?” Tanya  Ilham  apabila  terjumpa  dengan  Datuk  Hairul  di  hospital . Ilham  ketika  itu  baru  sahaja  dari  sekolah  terus  berangkat  ke  hospital  untuk  menjenguk  Yani . Tidak  disangka  sahabat  ayahnya  iaitu  Datuk  Hairul  turut  berda  disitu .
   “Eh , kau  Ilham . Hem .. Pak  cik  datang  ni  jenguk  anak  pak  cik . Dia  pengsan  masa  di  sekolah  tadi . Tahu  saja  anak  pak  cik  pengsan . Pak  cik  terus  begegas  ke  hospital .” Ujar  Datuk  Hairul  kepada  kepada  Ilham .
   “Boleh  Ilham  tengok  anak  pak  cik  tu ?” Tanya  Ilham  lagi . Sememangnya  Ilham  tidak  pernah  lagi  melihat  anak  Datuk  Hairul . Nama  anak  Datuk  Hairul  pun  Ilham  tidak  mengetahui . Datuk  Hairul  mengangguk  lalu  membawa  Ilham  ke  wad  tempat  anaknya  berada . Ilham  hanya  mengikut  dari  belakang .
♥♥♥♥♥♥♥♥
   “Yani ?” Kata  Ilham  separuh  terkejut . Datuk  Hairul  memandang  wajah  Ilham . “Jadi , Ilham  kenal  dengan  Yani ?”Tanya  Datuk  Hairul  lagi . Ilham  hanya  mengangguk . “Dia . anak  didik  Ilham  pak  cik . Sekarang  Ilham  telah  pun  menjadi  guru di  sekolah  tempat  Yani  belajar .” Jawab  Ilham .
   “Ilham  jadi  cikgu ? Jadi  maknanya  Yani  ni  anak  murid  Ilham  la . Hem , kecil  dunia  ni  Ilham . Tak  sangka  Ilham  ni cikgu  pula . Agaknya  cikgu  baru ..” kata  Datuk  Hairul . Datuk  Hairul  menarik  nafas  panjang . Kelihatan  wajahnya  sedikit  muram . Ilham  melihat  ke  arah  Yani . Wajahnya  pucat  sekali . Disebalik  sifat  kasarnya  selama  ini , ternyata  tersimpan  sebuah  penderitaan  dalam  dirinya .
   “Dulu , pak  cik  pernah  punyai  seorang  lagi  anak . Nama  dia  Haryana . Tapi , keluarga  pak  cik  panggil  dia  Yana . Dia  merupakan  anak  sulung  pak  cik . Malangnya  Yana , telah  meninggal  dunia selepas  kerana  ditemui  mati  lemas . Kejadian  itu , berlaku beberapa  bulan  yang  lepas .”Ujar  Datuk  Hairul . Ilham  terpana . Ilham  tidak  menyangka  bahawa  Yana  yang  dicintanya  selama  ini  ternyata  rupanya  anak  Datuk  Ilham . Namun , Ilham  hanya  mendiamkan  diri . Dibiarkan  sahaja  Ilham  Datuk  Hairul  menyambung  ceritanya . Ilham  tidak  mampu  berkata  apa  lagi . Hatinya  sebak .
   “Pak  cik  bukan  tak  sayang  pada  Yani . Tapi  pak  cik  kecewa  terhadap  Yani . Dia  sering  melakukan  hal . Contohnya , Yani  pernah  ponteng  sekolah , bergaduh  dan  bermacam  lagi  yang  dia  telah  lakukan . Tapi  pak  cik  tahu . Dia  lakukan  semua  ni , bukan  suka – suka . Dia  sebenarnya  inginkan  perhatian  juga  dari  pak  cik . Sepanjang  arwah  Yana  hidup , pak  cik  mengaku , pak  cik  selalu  lebihkan  Yana  dari  Yani . Pak  cik  menyesal sangat – sangat .Bila  arwah  Yana  dah  pergi , pak  cik  tak  dapat  nak  terima  kenyataan .  Pak  cik  anggap  Yani ,  sebagai  Yana . Disebabkan  mereka  mempunyai  wajah yang  seiras . Pak  cik  bukan  memanggilnya  dengan  nama  Yani . Tetapi  pak  cik  panggil  dia  dengan  nama  Yana . Mungkin , sebab  itu .. jiwa  Yani  tertekan . Dia  rahsiakan  penyakit  dia . Sehinggalah  pak  cik  terjumpa  surat  dan  dokumen  sakit  dia  ketika  masuk  ke  bilik  Yani .” Ujar  Datuk  Hairul  dengan  panjang  lebar . Ilham  hanya  mampu  tersenyum  kelat . Perlahan – lahan  airmata  Ilham  gugur  juga  mendengar  cerita  Datuk  Hairul .
   “Papa ..  cikgu ..”tiba – tiba  terdengar  suara  Yani . Yani  telah  pun sedar  dari  pengsannya . Namun  keadaannya  masih  lemah . Terlalu  lemah . Yani  dalam  keadaan  nazak .
   “Papa .. Yani  sayang  Papa ..Cikgu , kak  Yana  datang  tu .. dia  datang  nak  ajak  Yani  pergi .  Kak  Yana  cakap  dia  sayang  cikgu  Ilham . Papa , Yani , nak  pergi  ikut  kakak . Papa , lepaskan  Yani ….” Kata  Yani  dengan  lemah . Ilham  memegang  erat  tangan  Yani . Sejuk  dan  dingin  kian  terasa . “Yani ..  cakap  kat  kak  Yana , cikgu  pun  sayang  dia . Cikgu  sayang  kat  Yani  juga ..”Kata  Ilham  pula . Ilham tahu ,  masa  Yani  telah  pun  semakin  tiba . Ilham  sedih , baru  sahaja  dipertemukan  dengan  Yani . Allah  sudah  menduganya  lagi .
   “Datuk ,  lepaskanlah  dia  pergi . Biarkan  dia  pergi  dengan  aman . Mari  kita  baca  Yaasin  untuk  dia .”Ujar  doktor  yang  berada  disitu  pula . Akhirnya  , Datuk  Hairul pun  melepaskan  Yani  pergi  walau  hatinya  tidak  rela . Mungkin, ini  balasan  kepadanya  kerana  melalaikan  Yani . Akhirnya  Allah  mengambil  sekali  lagi  anaknya .
   Yani , pula  akhirnya  selamat  mengucap  2  kalimah  syahadat sambil  diiringi  airmata . Ilham , redha  dengan  kepergian  Yani . Walaupun  sekali  lagi  terpaksa  kehilangan  orang  yang  tersayang . Hari  itu ,  hati  kedua – dua  lelaki  ini  tergores  kerana  telah  kehilangan  orang  yang  tersayang  sekali  lagi ..
*Hargailah  orang  tersayang ..
Create by :
SHIMASS