Udara bayu malam menerpa perlahan ke arah muka Ilham . Ilham menarik nafas panjang lalu perlahan-lahan dia menghembuskan nafasnya . Kemudian , Ilham melihat jam ditangannya . “Pukul 2 pagi , malam masih muda .” Desus hati kecil Ilham . Sudah menjadi kebiasaan Ilham tidur lewat malam . Kadang-kadang tidak tidur langsung hingga ke paginya . Apabila malam menjelma , matanya memang terlalu susah untuk dilelapkan . Setiap kali matanya ditutup , setiap kali dan setiap saat itulah bermacam perkara yang muncul di benak fikirannya .
Perkara itu berlanjutan sehinggalah tibanya wakti Subuh . Apabila azan Subuh berkumandang pula , saat itu mulalah matanya menjadi kuyu . Tubuhnya agak liat sekali untuk bersolat Subuh . Namun , sebagai orang Islam , itu sudah menjadi kewajipan baginya untuk bersolat .
♥♥♥♥♥♥♥♥♥
“Ilham , mama rasa Ilham perlu berjumpa dengan doktor . Mama tak nak sakit Ilham ni berlanjutan . Setiap malam mama lihat , Ilham bukan main susah lagi nak masuk bilik untuk tidur . Ilham , mama takut kesihatan Ilham terganggu sebab tak cukup tidur .” Kata Datin Zahara ketika sedang membantu Mak Kiah menyediakan sarapan pagi . Datin Zahara begitu sayangkan anaknya Ilham . Dia amat risau sekali jika Ilham jatuh sakit . Tambahan pula , Ilham merupakan satu-satunya anak tunggal lelakinya . Ilham mempunyai 2 orang kakak . Semuanya telah pun mendirikan rumahtangga . Hanya tinggal Ilham sahaja yang masih belum berkahwin .
Sudah 2 bulan anaknya berkelakuan begitu . Semuanya berpunca dari sebuah peristiwa hitam yang telah berlaku pada anaknya . Pada suatu ketika dahulu , Ilham pernah bercinta dengan seorang gadis yang manis , cantik dan bersopan santun . Gadis itu bernama Haryana atau lebih mesra dipanggil dengan nama Yana . Yana merupakan seorang gadis yang lemah lembut dan pendiam orangnya . Malangnya Yana telah meninggal dunia kerana mati lemas di laut yang berjauhan dari kesibukan kota raya . Pada ketika itu , Yana sedang memancing bersama rakan-rakannya di sebuah bot . Yana tergelincir lalu jatuh ke laut .Rakan-rakan Yana semuanya tidak mahir berenang . Peristiwa itu membuatkan rakan-rakan Yana berasa serba salah . Mereka kesal kerana membiarkan Yana terkapai-kapai di lautan meminta pertolongan . Mereka bukannya menolong , malah hanya menjerit-jerit nama Yana . Sedangkan Yana semakin jauh dibawa arus dan ombak yang tinggi . Kejadian telah hanya disedari pihak pengurus bot yang digunakan oleh Yana dan rakan-rakan untuk memancing . Mereka berusaha untuk menyelamatkan Yana . Namun , usaha mereka gagal apabila Yana yang ditemui telah pun meninggal dunia kerana paru-parunya sudah terlalu banyak dimasuki air laut .
Ilham yang mendengar berita kematian Yana turut pengsan . Jenazah Yana dikebumikan terus pada hari tersebut . Ilham tidak dapat datang semasa upacara pengebumian kerana belum sedar dari pengsan . Ilhan hanya sedar dari pengsan setelah malam menjelma . “Yana , Yana , Yana ..” Itu sahajalah perkataan yang terbit dari mulutnya . Semangat Ilham kembali pulih setelah dibawa berjumpa dengan pakar kaunseling .
♥♥♥♥♥♥♥♥♥
“Aduh ! Apa ni bro ! Main langgar-langgar orang . Mata bro ni , bro letak kat mana wei ! Kat lutut ke ? Belah la wei !!” Marah seorang gadis pada Ilham . Ilham secara tidak sengaja terlanggar seorang anak gadis sunti yang sedang menunggang motosikal . “Adik .. abang minta maaf . Abang tak sengaja . Abang betul-betul tak Nampak adik tadi ..” Kata Ilham cuba untuk mententeramkan keadaan .
“Lain kali mata tu jaga sikitlah wei ! Tak sengaja konon ! Kalau orang mati tadi macam mana ? Baju orang habis kotor ! ” Gadis tersebut menjawab seperti tidak puas hati . Ilham menjadi geram setelah mendengar jawapan gadis tersebut . Sakit-sakit begitu , mulutnya masih sahaja terus membebel . Gadis tersebut mengangkat wajahnya setelah mengutip buku-buku yang bertaburan . Ilham tersentak memandang wajah gadis itu . Sungguh , Ilham amat terkejut pada masa itu . “Yana ?” Muncul nama Yana dibibirnya . Wajah gadis itu mirip sekali dengan Yana . Gadis itu mengerutkan dahinya tanda kehairanan .
“Yana ? Wei bro ! Nama orang Yani la . Haryani ! Bukan Yana , tapi Yani ! Faham ?” Gadis itu memperkenalkan dirinya sebagai Yani . Yani segera menghidupkan enjin motornya . “Gila agaknya mamat ni .” Kata Yani menyindir Ilham . Ilham hanya mendiamkan diri . Dia mati akal untuk menjawab kata-kata gadis yang memperkenalkan dirinya sebagai Yani . Ilham menggeleng-gelengkan kepalanya . Beberapa kali juga dia menggosok matanya .
“Tak mungkin dia Yana . Yana dah lama meninggal . Ah ! Mungkin pelanduk dua serupa . Tak mungkin dia Yana yang aku kenal . Yana yang aku kenal lemah lembut , bersopan santun dan berbudi bahasa . Tak macam dia !” Ilham memberikan pendapatnya sendiri . Ilham tersenyum sendiri teringatkan peristiwa tadi .
Ilham memandu perlahan keretanya . Dia khuatir jikalau pisang berbuah 2 kali . “Biar lambat , asal selamat .” Desas hati kecil Ilham . Hari itu merupakan hari pertamanya bergelar sebagai seorang guru . Dia akan mengajar di sebuah sekolah menengah . Sudah lama Ilham bercita-cita ingin menjadi seorang guru . Ilham bukan sahaja bertugas sebagai seorang guru biasa , tetapi juga sebagai seorang guru disiplin di sekolah itu .
♥♥♥♥♥♥♥♥♥
“Selamat pagi semua murid – murid . Nama saya Ilham Shah . Awak semua boleh panggil saya sebagai cikgu Ilham sahaja . Saya berumur 24 tahun .” Ilham memperkenalkan dirinya kepada murid-muridnya . Ilham berusaha untuk menyembunyikan sedikit perasaan kekoknya . Maklumlah , hari itu merupakan hari pertamanya mengajar .
“Tok tok tok !” Terdengar suara pintu kelas diketuk . “Masuk !” Kata Ilham tegas . Sengaja Ilham meninggikan sedikit suaranya . Ilham menoleh ke arah pintu kelas . “Yani??” kata Ilham di dalam hati kecilnya .
“Alamak ! Dia cikgu rupanya !” kata Yani pula di dalam hatinya . Mukanya mulai merah kerana menahan rasa malu . Dia menyesal kerana bersikap kasar terhadap Ilham pagi tadi .
“O , awak .. jam sudah menunjukkan pukul 7:15a.m baru awak sampai di sekolah . Awak ingat sekolah ni ayah awak yang punya ? Saya paling pantang kalau pelajar lambat masuk ke kelas ! Kali ni saya maafkan awak !” Ilham mula menunjukkan sifat tegasnya kepada anak murid . Dia sedar , Yani balik semula ke rumah mungkin kerana hendak menukar pakaiannya yang kotor pagi tadi setelah terjatuh di dalam lopak air ketika berlanggar dengannya . Tetapi , memandangkan Ilham merupakan seorang guru disiplin dia harus bersikap tegas kepada anak muridnya supaya murid – murid gerun kepadanya .
“Tapi ..” Yani cuba untuk membela dirinya . Namun disampuk lagi oleh Ilham pula . “Sudah ! Jangan nak beri pelbagai alasan pula . Duduk di tempat awak . Waktu rehat , saya nak jumpa awak di bilik disiplin nanti !” Ilham memberi arahan kepada Yani . Yani mengikut sahaja apa yang diarah oleh Ilham . Kalau diikutkan hatinya , ingin sahaja dia menjawab kata – kata Ilham . Tetapi memandangkan Ilham merupakan seorang guru disiplin , hajatnya terpaksa dibatalkan . Yani tidak mahu , gara – gara melawan guru dia harus digantung sekolah . Dia tidak mahu kasih ayahnya padanya juga berkurang selepas kepergian kakaknya . Kakaknya Yana telah meninggal dunia sejak beberapa bulan yang lepas . Hati ayah mana yang tidak sedih . Anak kesayangannya telah pergi meninggalkannya dalam sekelip mata . Kini , kasih Datuk Hairul beralih sepenuhnya pula pada Haryani atau lebih mesra dipanggil Yani .
♥♥♥♥♥♥♥♥
“Masuk !” Pinta Ilham . Yani dengan muka masam mengucapkan salam kepada Ilham . Ilham tersenyum melihat gelagat Yani . Ilham menyuruh Yani duduk . Yani hanya mengikut sahaja , apa yang disuruh oleh Ilham .
“Cikgu , nak apa ? Cikgu nak marah orang lagi pasal kes orang yang datang lambat pagi tadi ke ? Tapi orang bukannya suka – suka untuk datang lambat ..” Kata Yani memulakan perbualan . Yani masih lagi cuba untuk membela dirinya . Ilham mengetapkan bibirnya . Dia memandang wajah Yani . Wajah Yani , benar – benar mengingatkan Ilham pada arwah Yana . Mereka memang seiras . Cuma yang membezakan mereka berdua adalah perwatakan dan lesung pipit yang terdapat di wajah mereka . Yana seorang yang lemah lembut . Berbeza pula dengan Yani . Yani pula seorang yang kasar dan “tomboy” sedikit . Yana tidak mempunyai lesung pipit seperti Yani . Tetapi dari segi ketinggian Yani hampir sama ketinggian dengan Ilham . Yana pula lebih rendah dari Yani .
“Siapa orang tu ?” Tanya Ilham pula . Sengaja dia menukar topik perbualan Yani . Dia ingin benar mengenali diri Yani yang sebenar . “Orang ? Apa cikgu ni ? Orang tanya pasal apa cikgu nak jumpa orang kat sini . Cikgu tanya lain pula . Tak kan cikgu panggil orang macam nak berkenalan dengan orang pula . Orang tau la , pagi tadi orang cakap kasar dengan cikgu ..” Dengan panjang lebar Yani berceloteh . Ilham mengerutkan dahinya .
“Jawab soalan saya ! Saya tak ada masa nak dengar celoteh awak kat sini !” Ilham meninggikan suaranya pada Yani . Yani tersentak . Yani menundukkan kepalanya .
“Ok , maafkan saya . Saya tanya awak , siapa orang tu ? Saya tak tanya perkara lain ..” Ilham mula memperlahankan kembali suaranya setelah melihat muka Yani yang mulai pucat . Yani hanya mendiamkan diri . Beberapa saat kemudian , Yani tiba – tiba rebah pengsan . Ilham kaget . Segera dia memanggil guru lain . Kemudian dia menelefon ambulan . Ilham berasa serba salah kerana meninggikan suara pada Yani . Ilham tidak menyangka bahawa Yani selama sedang menderita . Yani menghidap penyakit jantung berlubang . Ilham mengetahui tentang perkara itu setelah diberitahu oleh guru lain . Dia gelisah bagai cacing kepanasan . Ilham tidak mahu sesuatu yang buruk terjadi kepada Yani .
♥♥♥♥♥♥♥♥
“Eh ! Pak cik Hairul ! Pak cik buat apa apa kat hospital ? Pak cik nak jenguk siapa ?” Tanya Ilham apabila terjumpa dengan Datuk Hairul di hospital . Ilham ketika itu baru sahaja dari sekolah terus berangkat ke hospital untuk menjenguk Yani . Tidak disangka sahabat ayahnya iaitu Datuk Hairul turut berda disitu .
“Eh , kau Ilham . Hem .. Pak cik datang ni jenguk anak pak cik . Dia pengsan masa di sekolah tadi . Tahu saja anak pak cik pengsan . Pak cik terus begegas ke hospital .” Ujar Datuk Hairul kepada kepada Ilham .
“Boleh Ilham tengok anak pak cik tu ?” Tanya Ilham lagi . Sememangnya Ilham tidak pernah lagi melihat anak Datuk Hairul . Nama anak Datuk Hairul pun Ilham tidak mengetahui . Datuk Hairul mengangguk lalu membawa Ilham ke wad tempat anaknya berada . Ilham hanya mengikut dari belakang .
♥♥♥♥♥♥♥♥
“Yani ?” Kata Ilham separuh terkejut . Datuk Hairul memandang wajah Ilham . “Jadi , Ilham kenal dengan Yani ?”Tanya Datuk Hairul lagi . Ilham hanya mengangguk . “Dia . anak didik Ilham pak cik . Sekarang Ilham telah pun menjadi guru di sekolah tempat Yani belajar .” Jawab Ilham .
“Ilham jadi cikgu ? Jadi maknanya Yani ni anak murid Ilham la . Hem , kecil dunia ni Ilham . Tak sangka Ilham ni cikgu pula . Agaknya cikgu baru ..” kata Datuk Hairul . Datuk Hairul menarik nafas panjang . Kelihatan wajahnya sedikit muram . Ilham melihat ke arah Yani . Wajahnya pucat sekali . Disebalik sifat kasarnya selama ini , ternyata tersimpan sebuah penderitaan dalam dirinya .
“Dulu , pak cik pernah punyai seorang lagi anak . Nama dia Haryana . Tapi , keluarga pak cik panggil dia Yana . Dia merupakan anak sulung pak cik . Malangnya Yana , telah meninggal dunia selepas kerana ditemui mati lemas . Kejadian itu , berlaku beberapa bulan yang lepas .”Ujar Datuk Hairul . Ilham terpana . Ilham tidak menyangka bahawa Yana yang dicintanya selama ini ternyata rupanya anak Datuk Ilham . Namun , Ilham hanya mendiamkan diri . Dibiarkan sahaja Ilham Datuk Hairul menyambung ceritanya . Ilham tidak mampu berkata apa lagi . Hatinya sebak .
“Pak cik bukan tak sayang pada Yani . Tapi pak cik kecewa terhadap Yani . Dia sering melakukan hal . Contohnya , Yani pernah ponteng sekolah , bergaduh dan bermacam lagi yang dia telah lakukan . Tapi pak cik tahu . Dia lakukan semua ni , bukan suka – suka . Dia sebenarnya inginkan perhatian juga dari pak cik . Sepanjang arwah Yana hidup , pak cik mengaku , pak cik selalu lebihkan Yana dari Yani . Pak cik menyesal sangat – sangat .Bila arwah Yana dah pergi , pak cik tak dapat nak terima kenyataan . Pak cik anggap Yani , sebagai Yana . Disebabkan mereka mempunyai wajah yang seiras . Pak cik bukan memanggilnya dengan nama Yani . Tetapi pak cik panggil dia dengan nama Yana . Mungkin , sebab itu .. jiwa Yani tertekan . Dia rahsiakan penyakit dia . Sehinggalah pak cik terjumpa surat dan dokumen sakit dia ketika masuk ke bilik Yani .” Ujar Datuk Hairul dengan panjang lebar . Ilham hanya mampu tersenyum kelat . Perlahan – lahan airmata Ilham gugur juga mendengar cerita Datuk Hairul .
“Papa .. cikgu ..”tiba – tiba terdengar suara Yani . Yani telah pun sedar dari pengsannya . Namun keadaannya masih lemah . Terlalu lemah . Yani dalam keadaan nazak .
“Papa .. Yani sayang Papa ..Cikgu , kak Yana datang tu .. dia datang nak ajak Yani pergi . Kak Yana cakap dia sayang cikgu Ilham . Papa , Yani , nak pergi ikut kakak . Papa , lepaskan Yani ….” Kata Yani dengan lemah . Ilham memegang erat tangan Yani . Sejuk dan dingin kian terasa . “Yani .. cakap kat kak Yana , cikgu pun sayang dia . Cikgu sayang kat Yani juga ..”Kata Ilham pula . Ilham tahu , masa Yani telah pun semakin tiba . Ilham sedih , baru sahaja dipertemukan dengan Yani . Allah sudah menduganya lagi .
“Datuk , lepaskanlah dia pergi . Biarkan dia pergi dengan aman . Mari kita baca Yaasin untuk dia .”Ujar doktor yang berada disitu pula . Akhirnya , Datuk Hairul pun melepaskan Yani pergi walau hatinya tidak rela . Mungkin, ini balasan kepadanya kerana melalaikan Yani . Akhirnya Allah mengambil sekali lagi anaknya .
Yani , pula akhirnya selamat mengucap 2 kalimah syahadat sambil diiringi airmata . Ilham , redha dengan kepergian Yani . Walaupun sekali lagi terpaksa kehilangan orang yang tersayang . Hari itu , hati kedua – dua lelaki ini tergores kerana telah kehilangan orang yang tersayang sekali lagi ..
*Hargailah orang tersayang ..
Create by :
SHIMASS


Sedih ....
BalasPadam