JellyPages.com

Khamis, 9 Jun 2011

Senyuman Terakhir By Shima

Senyuman Terakhir♥♥♥
Kali pertama kami bertemu tiada langsung niat untuk mengenali antara satu sama lain. Dia dengan halnya, aku dengan hal aku. Namun kerana statusnya sebagai seniorku terpaksa juga aku mengenali dirinya. Abang Fariz, itulah panggilanku kepadanya dan nama itu juga yang terpahat di hati setelah hampir 2 tahun usia pengenalan kami. Abang Fariz seorang lelaki yg sederhana,sejuk mata memandang dan paling aku suka, dia tak pernah lekang dengan senyuman manisnya. Mungkin keramahannya yg membuatkan kami semakin rapat, Sehinggakan tiada lagi rahsia diantara kami…Ya…Abang Fariz dan Shima..

Hari ini kelas tambahanku tamat agak awal jadi aku mengambil keputusan untuk menunggu Abang Fariz di kafe, ada sesuatu yg ingin kuberi kepadanya memandangkan hari lahirnya yang bakal menjelang. Aku tahu terlalu awal untuk hadiah itu namun aku tetap ingin menghadiahkan itu Abang fariz sesuatu. Hampir 5 minit kemudian Abang Fariz tiba dengan senyuman manis terukir di bibirnya.

“Assalamualaikum..maafkan abang,sebab datang lewat..” Dia mengambil tempat di sebelahku, perlahan aku menjawab salamnya.

Aku mengambil bungkusan di dalam beg lalu kuserahkan kepadanya. Raut wajah Abang Fariz agak panik, digaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

“Erk..apa ni Shima? “
“Untuk abang Fariz  la..Shima ikhlas nak bagi kat abang Fariz tau..”
Dahi Abang Fariz berkerut-kerut namun jarinya pantas mengoyak balutan hadiah itu. Kemudian dibukanya kotak kecil yang berbentuk hati. Matanya bersinar cerah, lantas dikeluarkannya jam tangan hadiah pemberianku itu.
“Ya Allah..Shima! ini jam hari tu kan? Shima, jam ni kan mahal. Kalau Shima guna duit tu untuk belanja kan lebih baik..”
“Suka tak?”

Aku cuba menduga. Itulah jam tangan yg paling diminati Abang Fariz, namun disebabkan kekurangan wang dia tidak jadi membelinya. Ketika itu kami keluar untuk membeli barang-barang  yang penting.

Abang Fariz menggangguk kecil. “Suka, tapi kurang suka Shima bazirkan duit untuk abang.Tapi, jam ni utk apa? Hari lahir abangkan lambat lagi,bulan depan la..”
Aku tersenyum memandang gelagat Abang Fariz. Sememangnya dia begitu, selalu berpesan agar aku berjimat cermat. Katanya, dia sudah merasai bagaimana susahnya untuk mendapatkan wang, keluarganya sederhana sahaja namun kaya dengan kasih sayang. Bagiku, bukankah itu lebih berharga?

“Abang, salah ke kalau Shima hadiahkan sesuatu buat Abang Fariz? Lagipun sepanjang kita berkawan, Shima jarang beri hadiah kat Abang fariz…Tak apa lah,nanti masa hari lahir Abang Fariz Shima bagi lagi hadiah.
“Habis??Shima ingat Abang ni selalu ke bagi hadiah kat Shima? Ok, hadiah ni Abang terima sebagai hadiah hari lahir, tapi Abang tak nak hadiah lain dah, sebab ni pun dah sangat berharga Shima..”
Mata Abang Fariz memandangku penuh makna. Akhirnya aku mengalah di hadapannya. Dalam hati aku tetap mahu hadiahkan sesuatu buat Abang Fariz. Sejak kebelakangan ini kami jarang bertemu kerana Abang Fariz begitu sibuk dengan peperiksaan yang bakal dihadapinya. Jadi aku tak mahu hubungan kami menjadi hambar. Sebolehnya aku mahu kami sentiasa gembira.

Jam tanganku sudah menunjukkan jam 8.30 mlm. Hari ini, 23 Jun, usia Abang Fariz genap 19 tahun. Hari lahirnya yang kuraikan utk kali ke-2. Awal-awal lagi aku sudah menanti kedatangan Abang Fariz untuk menjemputku di rumah. Kami berjanji untuk meraikannya di sebuah restoran Seafood. Itu semuanya cadanganku, aku mahu Abang Fariz sentiasa gembira kerana setiap kali dia tersenyum, senyuman itu cukup menenangkan. Abang Fariz tiba tepat pada masanya. Kami sedondon biru tanpa disengajakan, atau memang sudah jodoh? Aku tertawa sendiri.

Kereta yang dipandu Abang Fariz meluncur laju menuju ke destinasi. Kami tak banyak bercakap kerana Abang Fariz lebih menumpukan perhatian untuk memandu. Malam ini kereta berpusu-pusu, mungkin malam minggu jadi orang ramai mengambil kesempatan untuk bersantai di tepi-tepi pantai. Abang Fariz memandangku sekilas, sempat aku melihat dia tersenyum manis. Ah, senyuman itu lagi..

“Jom, dah sampai. Shima turun dulu nanti saya menyusul kemudian, susah pulak nak cari tempat letak kereta ni. Abang letak kat tempat jauh je lah...”

Aku menggeleng. “Shima ikut. Kita jalan sama-sama la, lagipun Shima dah tempah meja  jadi,Abang fariz jangan risau? Sekarang, awk letak je kat depan tu..tu..”
Abang Fariz ketawa bila aku menjuihkan mulut ke arah tempat letak kereta yang kosong. Setelah meletakkan kereta kami sama-sama berjalan ke restoren itu. Aku sememangnya telah menempah meja yg terletak di hujung sudut restoran, betul-betul menghadap ke arah pantai. Agak romantik dan sesuai untuk kami berdua.

“Selamat hari lahir Abangg Fariz..ni utk Abang Fariz, ikhlas daripada Shima.” Sebuah bungkusan berbalut kemas aku serahkan kepada Abang Fariz.

Abang Fariz memandangku agak serius. Aku tahu dia marahkan aku kerana melanggar permintaannya supaya tidak memberikan hadiah lain. Entah mengapa, aku betul-betul mahu menghadiahkan Abang Fariz sesuatu, dan kali ini aku menghadiahkan sebentuk cincin silver untuknya. Abang Fariz masih seperti tadi, tiada tanda-tanda untuk menghadiahkan senyumannya kepadaku seperti selalu.

“Abang Fariz..Shima ikhlas ni..hari ni baru betul-betul untuk hari lahir Abang Fariz.Yang hari tu untuk kasih sayang je.Ambil lah..” Aku cuba memujuk. Nampaknya pujukkanku berkesan apabila abang Fariz sedikit tersenyum.
” Abang Fariz dah cakap,Shima tak perlu lagi nak kasi hadiah kat Abang.Lagipun,apa yang Shima bagi selam ni pun dah cukup.Shima bagi Abang kasih sayang,perhatian dan macam- macam lagi.Hurm Shima ni degil la.Shima,ingat Shima seorang je ke yang ada hadiah,nah Abang pun ada tau.Bukalah.. “

Sebuah bungkusan berbalut merah hati dihulurkan kepadaku. Aku kaget, namun setelah didesak Abang Fariz bungkusan itu bertukar tangan. Lantas dengan cermat aku membuka pembalutnya. Sebuah kotak berbentuk hati, sama seperti yang aku berikan untuk Abang Fariz Cuma lebih kecil saiznya. Kubuka kotak itu, dan kali ini aku terharu. Loket silver berbentuk hati dan di dalamnya ada gambar kami berdua. Cantik!

“Abang Fariz..”
“Shima pakai la..Abang suka tengok Shima gembira. Kalau boleh tiap-tiap hari Abang nak tengok Shima..sepanjang masa. Kalau Shima rindukan Abang, tengok je gambar Abang tu. Kalau Abang pulak rindukan Shima, hurm..Abang nak buat apa ek?”
Aku ketawa. Abang fariz betul-betul pandai mengambil hati.
“Kalau rindukan Shima,Abang Fariz senyumlah..”
“Senyum? Kenapa senyum?” Dia bertanya hairan.
Aku menarik nafas dalam-dalam. “Sebab senyuman Abang Fariz tu Shima boleh rasa. Setiap kali Abang Fariz senyum, Shima tahulah yang Abang Fariz ni indu kat Shima ok”
 “Hurm, macam ni?” Abang Fariz menghadiahkan aku senyumannya, dan aku rasakan inilah senyuman paling manis yg pernah aku lihat di wajah Abang Fariz. Tenang sekali setiap kali aku melihatnya tersenyum.

Tiba-tiba Abang Fariz menepuk dahinya. “Abang tertinggal jam tangan tu dalam kereta la Shima..Abang pergi ambik kejap ya. Mana boleh tak pakai, hadiah istimewa tu..”
“Ehh !..tak payahlah. Kita makan dulu, nanti lepas makan kita jalan-jalan kejap. Kan awal lagi? Kejap lagi la ek?” Aku cuba menghalangnya. Sayang kalau masa-masa begini dibiarkan berlalu.

Abang Fariz berkeras mahu mengambil jam tangan pemberianku. Aku hanya mampu mengalah, abang Fariz  terlalu sukar untuk dihalang. Aku mengekori abang Fariz dengan pandanganku. Setelah kelibatnya hilang di celah-celah kereta yang berpusu, aku melihat loket itu sekali lagi. Kami memang padan, itu kata kawan-kawanku. Dan buktinya dalam loket itu kami nampak seiras, sama padan. Aku melihat jam tanganku, sudah jam 9.30 mlm.
Beberapa buah kereta baru saja tiba dan diparkir berhampiran dengan restoran. Aku melemparkan pandangan ke arah jalan yang semakin sesak. Abang Fariz sudah berada di seberang jalan dan sempat melambaikan tangannya ke arahku. Bibirnya mengukir senyuman lagi, malah lebih menawan. Aku membalas lambaiannya dan Abang Fariz berlari-lari anak untuk menyeberangi jalan. Malangnya, ada sebuah kereta yang sedang memecut laju melalui jalan itu.

DEBUMMMMM!!!!

Ketika itu segala-galanya berlaku terlalu pantas. Aku melihat tubuh Abang Fariz melayang-layang sebelum jatuh ke atas sebuah kereta. Kemudian, tubuh yang sudah tidak bermaya itu tergolek jatuh di atas jalan raya. Abang Fariz cuba untuk bangun, sedaya upaya digagahinya dan ketika itu juga sebuah kereta dari arah yang bertentangan merempuh laju tubuhnya. Abang Fariz terjatuh, malah tidak bergerak-gerak.

Dan aku? Aku kaku, tergamam dengan apa yg sedang berlaku. Aku betul-betul keliru. Setelah beberapa orang mengerumuni tubuh Abang Fariz yg sudah terbujur kaku itu barulah aku tersedar. Aku berlari pantas ke arah abang Fariz, keadaannya sangat parah. Aku sudah mula meraung ketika memangku kepalanya. Abang Fariz sudah tidak berdaya. Puas aku menjerit memanggilnya, dan Abang Fariz akhirnya terus meninggalkan aku buat selamanya. Aku meratap, meraung sepuas-puas hati. Abang Fariz! Dan ditangannya, sebuah jam tangan yang berlumuran darah masih erat dipegang. Aku menatap wajah kau Abang Fariz, dan senyuman itu…senyuman terakhir itu juga pergi buat selama-lamanya…

By : Shima

Hatiku Hatimu Jua

“Hatiku Hatimu Jua”
“Anak puan mengidap penyakit barah hati yang kronik . ”Kata –kata doktor masih terngiang-ngiang di telingaku . Dunia seakan gelap , tubuhku lemah longlai . Ya Allah,tabahkanlah hati hambamu ini .
“Hai,kenapa ni ?? Aidil Nampak semenjak dua menjak ni Ika macam ada masalah je.”Sambil itu tangannya menarik kerusi kosong di hadapanku .
“Tak rehat ke ?”Namun aku kmasih lagi mendiam seribu bahasa . “Kitakan sahabat baik . Kalau Ika ada masalah,apa salahnya kalau kongsi bersama Aidil .”Memang kuakui Aidil merupakan sahabat sejatiku,tapi aku tidak mahu membebankan Aidil dengan masalahku .
“Ika cakaplah ..”Begitu lembut lembut suara Aidil seakan-akan mahu memujukku . Air mataku seakan mahu gugur tetapi sempatku kumpul kekuatan untuk bersuara .
“Aidil,andai Ika pergi dulu sebelum Aidil,maafkanlah segala kesalahan Ika ya . “
“Ya Allah,Ika,ajal maut di itu semua ditangan Allah S.W.T,kita tidak berhak untuk menentukannya !” Aku tidak mampu menahan air mataku untuk terus agar tidak gugur . “Tapi Ika kesuntukkan masa . Ika sakit ! Ika sakit !! Ika mengidap penyakit sakit barah hati !!” Aku menangis teresak-esak . Aku luahkan segala perasaan sedih yang sedang bersarang dihatiku.
“Bawa mengucap banyak-banyak Ika . Aidil percaya masih ada insan yang bermurah hati untuk mendermakan hatinya buat Ika.”Aidillah sahabatnya yang masih member sejuta harapan,segunung sokongan malah mengembalikan semangatku yang semakin pudar dan lemah . Dalam hati aku bersyukur kerana mempunyai sahabat sepertinya .

2 bulan kemudian..

Sejak dua bulan yang lepas,aku seakan melupakan berita sedih yang menimpa diriku . Ini semua adalah kerana sokongan dan dorongan daripada Aidil . Malah aku juga bersyukur kerana keluargaku tidak jemu-jemu memberikan semangat untukku .
    Tetapi aku berasa agak pelik . Sejak akhir-akhir ini Aidil selalu mengucapkan kata-kata yang berbaur kematian .
“Kalau ditakdirkan Aidil yang pergi dulu,akan Aidil hadiahkan hati Aidil buat Ika .” Ujar Aidil sambil tersenyum kepadaku .
  Suatu petang,ketika aku dan Aidil sedang bermain badminton,tanpa diduga penyakit yang kuhidapi datang menyerang . Aku meronta-ronta menahan kesakitan . Tidak lama kemudian,pandanganku mulai kabur dan semakin gelap dan aku terus tidak sedarkan diri .

●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●
“Syukurlah . Kau dah sedar rupanya Ika .”Perlahan-lahan aku membuka mataku dan aku memandang sekeliling . Aku lihat mak , ayah , abang dan kakak di sisiku . Mereka tersenyum memandanku dan dan mengalirkan airmata kesyukuran .Rupa-rupanya sudah seminggu aku koma .

   Tiga hari selepas aku dikeluarkan dari hodpital , kini aku boleh menjalani rutin harianku seperti biasa . Aku bersyukur kerana masih ada insan yang rela mendermakan hatinya untukku . Aku sungguh terhutang nyawa dengan insan tersebut . Namun begitu , aku tidak tahu siapakah insan yang berhati murni ini .

“Mak selama Ika keluar dari hospital,Ika langsung tak nampak batang hidung Aidil .Kemana agaknya Aidil pergi ya Mak ? Kenapa dia tak datang jenguk Ika ??” Ibuku hanya membisu . Sambil itu tangannya menuangkan air ke dalam cawan di hadapanku . Namun aku dapat merasakan ada kemuraman jelas terpancar di wajah ibuku .
“Mak,Aidil mana ??” sekali lagi aku bertanya kerana tidak puas hati .
“Mak kenapa dia tak datang jenguk Ika ?”Pertanyaan demi pertanyaan membuatkan ibuku akhirnya akur dengan kemahuanku yang ingin mengetahui kebenaran .
“Ika,Allah menyuruh umatnya supaya sentiasa sabar dan tabah menghadapi segala dugaan dari-Nya .Ika fahamkan .. sebenarnya,sebenarnya..Aidil dah tinggalkan kita buat selamanya . Aidil telah kembali ke rahmatullah setelah mendermakan hatinya buat Ika . Aidil juga berpesan supaya merahsiakan hal ini daripada pengetahuan Ika . Allah lebih menyayangi Aidil Ika !!”
  Kata-kata ibuku membuatkan aku terpaku . Tidak kusangka Aidil sanggup kehilangan nyawa demi diriku . Sungguh besar pengorbananya terhadapku . Airmata yang telah lama ku simpan gugur juga akhirnya .
“Mak..esok Ika nak ke kubur Aidil .”Kataku dalam tangisan . Malam itu aku hanya mampu berdoa dan menangis di atas kematian Aidil .
●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●
Di pusara Aidil ,aku telah berjanji yang aku akan sentiasa mengingatinya . Aku akan jaga baik-baik pemberiannya .
“Aidil,terima kasih atas segalanya.Aku akan jaga hati ini kerana hatiku hatimu jua ,”
-AMIN-
By : Shima




Dik by Shima~~

DIK
“Akira , Akira  sayang  abang ?” Satu  soalan  yang  sering  muncul  di  mulutnya .  Mungkin  orang  mendengar  soalan  ini  juga  sudah  jemu  untuk  menjawabnya . Namun  demi  rasa  kasih  Akira  pada  abangnya  Akira  rela  menjawab  soalan  itu  walau  beribu  kali  di  soal . 
“Ya , abang .  Akira  sayang sangat-sangat  kat  abang . Abang  sajalah  orang  yang  paling  Akira  sayang .”Jawab  Akira  sambil  menggenggam  erat  tangan  Akasyah  iaitu  abang  kesayangannya . Sudah  sebulan  Akasyah  terlantar  di  hospital  kerana  disahkan  menghidap  penyakit  barah  otak . Akira  adalah  orang  yang  terdekat  dengan  Akasyah . mereka  merupakan  anak  yatim  piatu  sejak  dari  kecil  lagi .  Kemana  sahaja  mereka  pergi ,  mereka  pasti  bersama .  Akasyah  sangat  menyayangi  Akira . Akira  sahajalah  merupakan  satu-satunya  adiknya . Setiap  malam  Akira  akan  bermalam  di  hospital  bagi  menemani  abangnya .  Pada  sebelah  pagi  pula ,  Akira  akan  bekerja .  Akira  merupakan  seorang  doktor  di  tempat  abangnya  terlantar  sakit .  Oleh  sebab  itu ,  mudahlah  untuk  Akira  menjaga  dan  merawat  keadaan  Akasyah .
●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●
“Selamat  pagi  Mr . Akasyah  Akhil .  Masa  untuk  sarapan  pagi . Lepas  abang  sarapan  nanti , jangan  lupa  makan  ubat  tau  !  Kalau  abang  tak  ikut  apa  yang  Akira  kata ,  Akira  tak  nak  sayang  abang  lagi .” Kata  Akira  sambil  senyuman  manis  di  hadiahkan  khas  untuk  Akasyah .  Akasyah  membalas  senyuman  Akira  . Perlahan-lahan  Akasyah  mengunyah  roti . Sambil  itu  matanya  tidak  berhenti-henti  merenung  wajah  Akira .  Hatinya  senang  sekali  melihat  Akira .  Meskipun  sibuk , Akira  tidak  pernah  lupa  untuk  menunaikan  tanggungjawab  kepadanya . Kalau  dulu , dia  dapat  menjaga  Akira , melindungi  Akira , memujuk  Akira  apabila  merajuk . Tapi  kini  dia  hanya  mampu  duduk  dan  terbaring  di  wad  sakit .  Keadaan  sakitnya  sudah  semakin  teruk . Penyakit  barah  yang  dihidapinya  sudah  sampai  ke  puncaknya .  Dia  hanya  menunggu  masa  sahaja  lagi . Akasyah  berharap  semoga  Akira  akan  dapat  merelakan  kepergiannya  suatu  hari .
●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●
Ku  akan  menjagamu ,
Dibangun  dan  tidurmu ,
Disemua  mimpi  dan  nyatamu ,
Ku akan  menjagamu ,
Tuk  hidup  dan  matiku ,
Tak  ingin  kau  rapuh . . .
  Akira  menutup  perlahan-lahan  matanya sambil  mendengar  lagu  kesukaan  Akasyah iaitu  lagu  yang  didendangkan  oleh  Wali yang  bertajuk ‘DIK’ . Sememangnya  lagu  itu  amat  bermakna  bagi  Akira . Akira  termenung  sendirian  di  biliknya .  Hari  ini  tiada  sesiapa  yang  membuat  temu  janji  dengannya . Masa  itu  juga  digunakan  oleh  Akira  untuk  menenangkan  fikiran . Namun  ketenangan  yang  dimiliki  Akira  hanya  sebentar  sahaja  apabila  ada  jururawat  yang  mengetuk  pintu  biliknya .
“Tok tok tok !”
“Ya , sila  masuk .  Ada  apa  Shima ?”  Tanya  Akira kepada  jururawat  tersebut .  Akira  kehairanan . Setahunya  dia  tidak  ada  temu  janji  dengan  sesiapa  pada  hari  tu .
“Doktor  Akira !  Pesakit  di bilik  O5  memerlukan  bantuan  doktor sekarang . Keadaan  pernafasannya  tidak  stabil  doktor.” Jelas  jururawat  tersebut  dengan  panjang  lebar .  Mendengar  nombor  bilik  tersebut  disebut  oleh  jururawat  tersebut ,  Akira  pantas  keluar  dari  biliknya  .  Pesakit  yang  berada  di  bilik  itu  adalah  Akasyah . Akira  berharap  semoga  abangnya  berada  dalam  keadaan  baik .
“Ya ,  Allah .  Adakah  masa  untuk  abang  telah  sampai .  Ya  Allah ,  Sungguh .  Akira  tidak  sanggup  kehilangan  abang . Ya  Allah .” Hati  kecil  Akira  merintih . 
●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●
“Akira ,  Akira  sayang  abang ?”  Sekali  lagi  soalan itu  muncul  di  mulut  Akasyah . Akira  hanya  mengangguk . Keadaan  Akasyah  sudah  semakin  tenat .  Nafasnya  kelihatan  tercungap-cungap .
“Akira , abang  rasa  mungkin  masa  abang  telah  tiba .  Akira ,  kalau  abang  dah  tak  ada  lagi  nanti .  Akira  jangan  sedih . Akira  jaga  diri  baik-baik .  Nanti  dah tak  ada  sesiapa  yang  dapat  jaga  Akira .”  Kata  Akasyah  dengan  suara  yang  kadang-kadang  pelahan ,  kadang-kadang  laju .
“Abang , abang  jangan  cakap  macam  tu .  Akira  sayang  sangat  kat  abang . Abang !”  Kata  Akira  pula  sambil  menangis  teresak-esak .  Sungguh  dia  tidak  sanggup  untuk  kehilangan  Akasyah .
“Akira , kalau  Akira  rindukan  abang . Akira  dengarlah  lagu ‘DIK’ .  Lagu  tu lah  satu-satunya  tanda  sayang  abang  pada  Akira .  Nah  ambil ini.” Akasyah  menghulurkan  sepucuk  surat .
“Akira , Akira  jangan  baca  dulu .  Tunggu  bila  abang  dah  pergi , Akira  baca  ya . Asyhadullahilah....”Dengan  kuasa  tuhan ,  Akasyah  telah  pergi  menemui  tuhannya . Air  mata  Akira  megalir  tidak  berhenti-henti.
“Sabarlah doktor  Akira . Allah  lebih  menyayanginya .” Kata  jururawat  Shima  sambil  menenangkan Akira . 
●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●
Kepada : Akira .

Dik aku pinta
Kau akan selalu setia ,
Dik aku mohon ,
Kau  selalu  menemani ,
Saatku  tengah  terluka ,
Kala  ku  tengah  gundah ,
Ku  akan  menjagamu ,
Dibangun  dan  tidurku ,
Di  semua  mimpi  dan  nyatamu  . .. .

Akira ,
Maafkan  abang  kerana  tidak  dapat  menjaga  Akira . Abang  tahu  yang  abang  selalu  menyusahkan  Akira .  Maafkan  abang . Mungkin  sudah  takdir  tuhan  abang  lebih  awal  untuk  pergi  menemui  tuhan .
Abang  ikhlas  menyayangi  Akira  selama  ini .  Akira  lah  cahaya  hati  abang . Terima  kasih  abang  ucapkan  kepada  Akira  kerana  sentiasa  memberi  dorongan  dan  sokongan  kepada  abang .
Jangan  ditangisi  kepergian  abang  Akira .  Kalau  Akira  merindui  abang ,  Akira  dengarlah  lagu  ‘DIK’ .  lagu  itu  amat  bermakna  sekali  buat  abang .  Lagu  itu  juga  abang  hadiahkan  buat  Akira .
Sekian .  Walaupun  kita  terpisah ,  Akira  tetap  adik  abang  yang  nombor  utama .
Dari : Akasyah Akhil .
Akira  melipat  perlahan-lahan  surat  itu . 
“Abang ,  Akira  janji  yang  Akira  akan  selalu  mendoakan  abang . Terima  kasih  abang  kerana  menyayangi Akira.” Kata  Akira  ketika  menziarahi  pusara  Akasyah .
-AL FATIHAH-
Create by : Shima