DIK
“Akira , Akira sayang abang ?” Satu soalan yang sering muncul di mulutnya . Mungkin orang mendengar soalan ini juga sudah jemu untuk menjawabnya . Namun demi rasa kasih Akira pada abangnya Akira rela menjawab soalan itu walau beribu kali di soal .
“Ya , abang . Akira sayang sangat-sangat kat abang . Abang sajalah orang yang paling Akira sayang .”Jawab Akira sambil menggenggam erat tangan Akasyah iaitu abang kesayangannya . Sudah sebulan Akasyah terlantar di hospital kerana disahkan menghidap penyakit barah otak . Akira adalah orang yang terdekat dengan Akasyah . mereka merupakan anak yatim piatu sejak dari kecil lagi . Kemana sahaja mereka pergi , mereka pasti bersama . Akasyah sangat menyayangi Akira . Akira sahajalah merupakan satu-satunya adiknya . Setiap malam Akira akan bermalam di hospital bagi menemani abangnya . Pada sebelah pagi pula , Akira akan bekerja . Akira merupakan seorang doktor di tempat abangnya terlantar sakit . Oleh sebab itu , mudahlah untuk Akira menjaga dan merawat keadaan Akasyah .
●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●
“Selamat pagi Mr . Akasyah Akhil . Masa untuk sarapan pagi . Lepas abang sarapan nanti , jangan lupa makan ubat tau ! Kalau abang tak ikut apa yang Akira kata , Akira tak nak sayang abang lagi .” Kata Akira sambil senyuman manis di hadiahkan khas untuk Akasyah . Akasyah membalas senyuman Akira . Perlahan-lahan Akasyah mengunyah roti . Sambil itu matanya tidak berhenti-henti merenung wajah Akira . Hatinya senang sekali melihat Akira . Meskipun sibuk , Akira tidak pernah lupa untuk menunaikan tanggungjawab kepadanya . Kalau dulu , dia dapat menjaga Akira , melindungi Akira , memujuk Akira apabila merajuk . Tapi kini dia hanya mampu duduk dan terbaring di wad sakit . Keadaan sakitnya sudah semakin teruk . Penyakit barah yang dihidapinya sudah sampai ke puncaknya . Dia hanya menunggu masa sahaja lagi . Akasyah berharap semoga Akira akan dapat merelakan kepergiannya suatu hari .
●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●
Ku akan menjagamu ,
Dibangun dan tidurmu ,
Disemua mimpi dan nyatamu ,
Ku akan menjagamu ,
Tuk hidup dan matiku ,
Tak ingin kau rapuh . . .
Akira menutup perlahan-lahan matanya sambil mendengar lagu kesukaan Akasyah iaitu lagu yang didendangkan oleh Wali yang bertajuk ‘DIK’ . Sememangnya lagu itu amat bermakna bagi Akira . Akira termenung sendirian di biliknya . Hari ini tiada sesiapa yang membuat temu janji dengannya . Masa itu juga digunakan oleh Akira untuk menenangkan fikiran . Namun ketenangan yang dimiliki Akira hanya sebentar sahaja apabila ada jururawat yang mengetuk pintu biliknya .
“Tok tok tok !”
“Ya , sila masuk . Ada apa Shima ?” Tanya Akira kepada jururawat tersebut . Akira kehairanan . Setahunya dia tidak ada temu janji dengan sesiapa pada hari tu .
“Doktor Akira ! Pesakit di bilik O5 memerlukan bantuan doktor sekarang . Keadaan pernafasannya tidak stabil doktor.” Jelas jururawat tersebut dengan panjang lebar . Mendengar nombor bilik tersebut disebut oleh jururawat tersebut , Akira pantas keluar dari biliknya . Pesakit yang berada di bilik itu adalah Akasyah . Akira berharap semoga abangnya berada dalam keadaan baik .
“Ya , Allah . Adakah masa untuk abang telah sampai . Ya Allah , Sungguh . Akira tidak sanggup kehilangan abang . Ya Allah .” Hati kecil Akira merintih .
●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●
“Akira , Akira sayang abang ?” Sekali lagi soalan itu muncul di mulut Akasyah . Akira hanya mengangguk . Keadaan Akasyah sudah semakin tenat . Nafasnya kelihatan tercungap-cungap .
“Akira , abang rasa mungkin masa abang telah tiba . Akira , kalau abang dah tak ada lagi nanti . Akira jangan sedih . Akira jaga diri baik-baik . Nanti dah tak ada sesiapa yang dapat jaga Akira .” Kata Akasyah dengan suara yang kadang-kadang pelahan , kadang-kadang laju .
“Abang , abang jangan cakap macam tu . Akira sayang sangat kat abang . Abang !” Kata Akira pula sambil menangis teresak-esak . Sungguh dia tidak sanggup untuk kehilangan Akasyah .
“Akira , kalau Akira rindukan abang . Akira dengarlah lagu ‘DIK’ . Lagu tu lah satu-satunya tanda sayang abang pada Akira . Nah ambil ini.” Akasyah menghulurkan sepucuk surat .
“Akira , Akira jangan baca dulu . Tunggu bila abang dah pergi , Akira baca ya . Asyhadullahilah....”Dengan kuasa tuhan , Akasyah telah pergi menemui tuhannya . Air mata Akira megalir tidak berhenti-henti.
“Sabarlah doktor Akira . Allah lebih menyayanginya .” Kata jururawat Shima sambil menenangkan Akira .
●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●
Kepada : Akira .
Dik aku pinta
Kau akan selalu setia ,
Dik aku mohon ,
Kau selalu menemani ,
Saatku tengah terluka ,
Kala ku tengah gundah ,
Ku akan menjagamu ,
Dibangun dan tidurku ,
Di semua mimpi dan nyatamu . .. .
Akira ,
Maafkan abang kerana tidak dapat menjaga Akira . Abang tahu yang abang selalu menyusahkan Akira . Maafkan abang . Mungkin sudah takdir tuhan abang lebih awal untuk pergi menemui tuhan .
Abang ikhlas menyayangi Akira selama ini . Akira lah cahaya hati abang . Terima kasih abang ucapkan kepada Akira kerana sentiasa memberi dorongan dan sokongan kepada abang .
Jangan ditangisi kepergian abang Akira . Kalau Akira merindui abang , Akira dengarlah lagu ‘DIK’ . lagu itu amat bermakna sekali buat abang . Lagu itu juga abang hadiahkan buat Akira .
Sekian . Walaupun kita terpisah , Akira tetap adik abang yang nombor utama .
Dari : Akasyah Akhil .
Akira melipat perlahan-lahan surat itu .
“Abang , Akira janji yang Akira akan selalu mendoakan abang . Terima kasih abang kerana menyayangi Akira.” Kata Akira ketika menziarahi pusara Akasyah .
-AL FATIHAH-
Create by : Shima


Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum .Sila tinggalkan komen anda .
-jika suka , datang lagi ke blog ini :)