“Anak
tak tahu diuntung ! Menghabiskan beras
dirumah sahaja tahu ! Hoi Aisyah ! Harapkan nama sahaja cantik , tapi
pemalas !” Tengking Mak Siti
kepadaku . Aku terkejut dengan
tindakan Mak Siti yang
menyiram sebaldi air terhadapku
. Sampai hati Mak
Siti memperlakukan aku
sebegini . Aku cuma lewat
bangun , bukannya aku tidak
bangun pun . Aku pantas
bangkit dari katil . Aku
ingin segera menuju
ke bilik mandi , namun
pergerakan aku dihalang
oleh Mak Siti . Mak
Siti menolak tubuhku
hingga jatuh tersungkur
ke bawah . Hampir sahaja
kepalaku terkena bucu
katil . Kalau tidak pasti
bengkak dahi aku .
“Aduh ! Apa
mak ni main
tolak – tolak . Sakitlah ! Aduh mak ! Aduh ! Sakit mak ! Mak , Aisyah janji
Aisyah tak akan
bangun lewat lagi .. Aisyah janji
mak . Aduh sakit mak ..” Kataku sambil
mengaduh kesakitan .
Sakitnya bukan kepalang
lagi apabila sebilah
rotan hinggap di seluruh
tubuhku . Namun Mak Siti
terus sahaja memukul
aku tanpa rasa
belas kasihan . Aku hanya
mampu menangis memohon
belas kasihan dari
Mak Siti .
Beginilah
kehidupan aku setiap
hari . Dipukul , ditendang , dirotan
sudah menjadi kebiasaan
buat aku . Belum lagi
ditambah dengan kata – kata
cacian dan makian .. Beginilah nasib
aku yang bernama
Nur Aisyah . Sejak kecil
aku tinggal bersama
Mak Siti . Ayahku pula
sudah lama menghilangkan
diri tanpa jejak . Mak Siti
bukan merupakan ibu
kandungku . Mak Siti adalah
mak cik aku . Dia
adalah kakak kepada
bondaku . Setiap hari , aku berdoa
dan sentiasa berharap
semoga ayahku datang
bagi membawaku pergi
daripada sebarang penderitaan
yang aku hadapi
ini . Sumpah ! Aku sudah
jemu . Jemu dengan penderitaan
yang aku lalui
ini .
●●●●●●
“Assalamualaikum . Mak Siti ! Ooo Mak Siti” Terdengar ucapan
salam dilaungkan . Siapalah yang
memberi salam itu . Aku
hanya menjawab didalam
hati . Tidak berani rasanya
aku ingin menyambut
tetamu itu . Tetamu itu
memanggil Mak Siti . Bukannya Nur
Aisyah .
“Waalaikumussalam . Eh , Ilham . Masuklah .
Rumah kayu sahaja
ni Ilham . Biasa – biasa sahaja .” Kata Mak
Siti dengan ramahnya . Aku di dalam
bilik hanya memasang
telinga sahaja . Aku tidak
berani untuk keluar
daripada kamar . Maklumlah , Mak
Siti dari awal – awal
lagi sudah berpesan
terhadapku perihal ini . Apabila
ada tetamu datang
berkunjung ke rumah , aku pula
di arah untuk terperuk
di dalam kamar
tidurku . Aku pun tidak
tahu kenapa Mak Siti
sanggup memperlakukan aku
sebegini . Aku dilakukan persis
seperti pembantu rumah . Padahal aku
ini adalah anak
saudaranya sendiri .
Bukannya orang lain
juga .
Mak Siti
pula bukannya tiada
anak . Dia ada anak . Sofea
namanya . Atau lebih tepat
lagi kak Sofee . Itulah panggilan
aku terhadap sepupu
aku itu . Mak Siti
asyik beri gelaran
pemalas pada aku . Padahal
kak Sofee itu
lagilah pemalas . Asyik nak
berlawa sahaja . Ala , bedak tebal – tebal
pun tetap jugak
sama rupanya . Jongang . Haha .
Bukan nak mengata , tapi kenyataan .
“Mak Siti . Mana anak
Mak Siti ? Lama benar
dah kami tak
jumpa .” Kedengaran suara itu
bertanya perihal anak
Mak Siti . Siapa agaknya
dia ya ? Aku sendiri
tertanya – tanya .
“Sofee , o Sofee . Cepatlah sikit
buat air tu . Ni , haa , abang Ilham
engkau tak sabar
nak jumpa engkau
ni .” Kata Mak Siti . Buat
air konon . Entah – entah air
kosong sahaja yang
dia hidangkan . Aku
tersenyum sendirian bila
memikirkan soal itu . Beberapa minti
kemudian , terdengar suara kaki
kak Sofee menuju ke
ruang tamu .
“Err , minumlah . Air kosong
aje . Maklumlah , tadi Sofee
sibuk memasak di
dapur . Jadi Sofee suruhlah
Aisyah buat air . Tak
sangka air kosong
aje yang dia
buat . Nak buat air
teh , tapi mak pulak dah
memanggil . Hehe .” Jawab
kak Sofee tergagap . Tengok ! Siap guna
nama aku pulak
tu . Aku tak kisah sebab
kak Sofee memang
begitu . Dia selalu ambil
kesempatan terhadap aku .
“Err , tak
apalah Mak Siti . Asal
tengkuk ni basah
pun jadilah . Em , mana Aisyah ? Siapa Aisyah
tu Mak Siti . Tak
pernah dengar nama
dia pun sebelum
ni ?”
“Aisyah ?
Aisyah ada dalam
bilik dia . Biasalah , kalau tak
dikejutkan dari tidur sampai
kiamat pun dia
tak akan bangun . Aisyah itu
anak saudara mak
cik . Mak cik bela
dia sejak dia
dari kecil lagi .”
“Mana
mak ayah Aisyah
Mak Siti”
“Ibunya
sudah meninggal . Ayahnya pula
hilang entah kemana . Itulah mak
cik kasihan sungguh
pada dia . Walaupun Aisyah
hanya anak saudara
mak cik , mak cik sayang
dia sangat – sangat . Mak cik
belai dan beri
dia kasih sayang yang
cukup pada dia . Tapi
sayang , Aisyah tak pernah
anggap mak cik macam
mak dia . Malah dia
selalu menyakitkan hati
mak cik . Kadang – kadang Sofee kakak
sepupunya sendiri dipukulnya
jika angin marahnya
datang melanda .” Ujar Mak
Siti dengan panjang
lebar . Berderai air mataku mendengar
perbualan Mak Siti . Apa
salah aku pada
Mak Siti sampai
aku sanggup dihina
dan dimalukan di
depan tetamu . Ingin sahaja
aku menjerit dan
memberitahu pada tetamu
tersebut yang aku
bukan seperti Mak
Siti ceritakan . Mana pernah
aku menampar wajah
kak Sofee . Malah tangan
kak Sofeelah yang
sering menampar pipiku . Kadang – kadang sampai
bengkak bibirku .
Aku
betul – betul kecewa dengan perlakuan
mereka . Kecewa yang amat
sangat ................................
●●●●●●
“Selamat
malam awak . Tak tidur
lagi ke ?” Sapa suatu
suara ketika aku
sedang menghayati keindahan
bintang – bintang di langit . Hampir sahaja
aku menjerit kerana
terkejut . Siapa dia ? Suka –
suka sahaja menyapa
aku . Kenal pun tidak .
“Selalu
ke Aisyah duduk
termenung di laman luar
rumah waktu malam – malam
begini ? Tak takut ke ?” Tanyanya lagi
kepadaku . Eh ! Bagaimana
dia tahu namaku ?
“Awak
ni siapa ? Bagaimana awak
tahu nama kita ? Kita
tak kenal awak
pun ? Ha , kita ingat .
Ingat sangat – sangat . Awak ni tetamu yang
datang tadikan ?” Aku
pula yang bertanya
kepadanya .
“Tadi
Mak Siti yang
kasi tau . Aisyah .. Cantik nama , seindah orang
yang empunya nama
tersebut .”
“Ala , jangalah nak
bermadah – madah pula . Kita tanya
siapa nama awak ?”
“Panggil
abang pun cukuplah
Aisyah . Lagipun abang ni
memang lebih tua
sikit dari Aisyah . Sebaya Sofea . Lebih
sikitlah dari Sofea . Kiranya abang ni
layak dipanggil abang
oleh Sofea dan
Aisyah .”
“Apa
hubungan abang dengan
kak Sofee ?” Pertanyaan demi
pertanyaan aku berikan
kepadanya . Aku sejujurnya sudah
mengetahui namanya . Cuma aku
sahaja yang suka – suka
bertanya namanya . Ilham namanya . Cantik nama
itu bukan ? Nama aku
pun apa kurangnya . Hikhikhik .
“Abang
dan Sofee cuma kawan . Kami
kenal dari laman
Facebook . Abang ingatkan gambar
profil yang dia
gunakan di Facebook
itu gambar dia . Hem , rupanya gambar
orang lain pulak .” Katanya sambil
tersenyum hambar .
Kekecewaan jelas terpampar
diraut wajahnya . Kasihan sungguh . Hidup – hidup pula
dia ditipu kak
Sofee . Hehe . Nasib awaklah ...
“Habis ? Kak
Sofee guna gambar
siapa abang ?”
“Aik ? Aisyah tak
tahu ke ?” Aku hanya
menggeleng – gelengkan
kepala mendengar pertanyaannya . Aku menggaru – garu kepala
yang tidak gatal
tanda kehairanan .
“Maksud
abang apa ? Kita tak
fahamlah .” Terus terang aku
katakan yang aku
tidak faham dengan
kata – katanya sebntar tadi .
“Em , biar
abang tunjuk kat
Aisyah . Abang pun tak
tahu bagaimana nak
jelaskan .” Katanya pula .
Aku hanya mengangguk . Dia kemudian
mengeluarkan laptop dari beg
sandangnya . Mungkin dia ingin
membuka laman Facebook . Aku menunggu dengan
penuh debaran ..
●●●●●●
Hah ! Seperti tidak
percaya rasanya bila
melihat apa yang
ditunjukkan oleh abang Ilham
kepadaku . Terbeliak mata kedua
biji mata aku
memandang ke arah
skrin laptop milik
abang Ilham . Mahu rasanya
aku menjerit memanggil
nama kak Sofee . Namun , aku sedar . Aku
marah pun tiada
gunanya . Sampai hati kak
Sofee .
“Sekarang
Aisyah dah fahamkan , apa yang
abang nak beritahu
pada Aisyah . Selama ini
mati – mati abang ingat
yang gambar ini
milik Sofea . Ternyata bukan . Ternyata juga
gambar ini milik
Aisyah .” Ujarnya dengan panjang
lebar . Aku hanya tunduk
diam membisu . Timbul pula
rasa simpatiku terhadap
abang Ilham .
“Abang , abang suka
kat kak Sofee
sebab gambar itu ek
?” Tanya aku kepadanya . Aduh ! Kenapa muncul
pula soalan itu . Ades ! Tragis betul
ini .
“Siapa
cakap abang suka
pada Sofea ? Aisyah ni ,
main tembak sahaja
bila bercakap .” Jawabnya pula . Aduh , malunya aku . Terasa
pipiku bertukar merah
jambu pula . Aku tersengih – sengih macam
kerang busuk mendengar
jawapannya yang spontan
itu .
“Habis itu ? Yang abang
sampai sanggup pergi
ke kampung ini
kenapa ? Mesti sebab abang
nak jumpa kat
kak Sofee kan ..?” Aku cuba
meneka lagi . Entah kenapa aku
merasa seperti selesa
pula berbual dengannya . Aku berasa
begitu serasi sekali
berbual dengan abang
Ilham . Dan paling utama
sekali , kenapa aku
merasa yang dia
ialah kunci kepada
aku untuk keluar
dari segala penderitaan . Aku menghembus
nafas kecil . Semoga tanggapan
aku itu benar .
“Abang
pergi kampung ini
bukan nak jumpa
Sofea . Abang ada misi
yang yang hendak
diselesaikan di sini . Kebetulan Sofea
tinggal di sini . So , abang minta
kebenaran untuk tinggal
disini selama beberapa
hari .”
“Misi ? Misi
apa pulak ? Boleh Aisyah
tahu ? Err , itupun kalau abang
sudi berkongsi cerita
dengan kita .”
“Abang
tak kisah Aisyah , kalau Aisyah
nak tahu .Sebenarnya , abang ke sini
adalah untuk mencari
seseorang . Dulu , ayah
abang pernah berkahwin
dengan orang sini . Jadi
mak abang kira
orang sini jugaklah . Hehe .”
“Lepas
itu ?”
“Tapi , mak
abang sudah lama
meninggal dunia . Semenjak kejadian
itu , ayah dihalau oleh
mak saudara abang . Mak
saudara abang memang
tak suka pada
ayah . Malah mak saudara
abang pernah cakap
yang dia akan
benci seluruh keturunan
kami .”
“Sampai
macam itu sekali
abang ?” Tanyaku dengan penuh
minat . Dia mengangguk .
“Jadi
abang ke sini cari
siapa ?”
“Abang
cari adik abang . Dia
masih tinggal di
kampung ini bersama
mak saudara abang . Dulu , ayah nak
ambil adik pergi
bersama kami , tapi mak
saudara abang halang
pulak . Dia suka rela ingin
mengambil adik abang
sebagai anak angkatnya . Ala , abang rasa
dia buat begitu
sebab tamakkan harta . Ayah
banyak harta . So , bila dia
jaga adik tu , secara
tak langsung sebahagian
dari harta ayah
akan berpindah juga
pada adik . Jadi , kiranya dia
ni nak tumpang
kesenangan macam tu .. CERITA TAMAT !” Ceritanya dengan
panjang lebar . Aku terpaku
mendengar ceritanya .
“Jadi
abang sudah jumpalah
siapa adik abang
itu ?” Tanyaku lagi ingin
tahu .
“Yup” jawabnya ringkas .
“Siapa
dia “
“Nur Aisyah
binti Hakim .” Jawabnya . Sekali
lagi mata aku
terbeliak . Nama yang disebutkan
oleh abang Ilham
serupa dengan namaku . Aku
terkesima sebentar mendengarnya . Betulkah apa yang
aku dengar ini ?
“Ya , Aisyah
ialah adik abang . Percayalah ... Ayah juga
telah melihat gambar
Aisyah di Facebook . Katanya wajah
Aisyah memang saling
tak tumpah seperti
arwah ibu . Selain itu , banyak
juga info tentang
Aisyah abang dapat
dari Sofea . Abang tahu
tentang segala perlakuan
Mak Siti terhadap
Aisyah . Segalanya Aisyah ...”
katanya sambil merenung
wajahku . Ternyata doaku selama
ini dikabulkan juga
oleh Allah swt . Alhamdulillah ..
●●●●●●
Sebulan kemudian ..
Alangkah
indahnya hidup ini
dirasakan . Hasrat aku ingin
berjumpa dengan ayah
kandungku juga telah
tercapai . Ayah ternyata tidak
melupakan aku . Dan yang
paling seronok ialah , aku
tidak lagi tinggal
bersama Mak Siti
dan kak Sofee . Apabila mengetahui
yang Ilham ialah
abang kepada aku , Mak
Siti terus menghalau
aku dan abang
Ilham . Bagus ! Memang itulah
yang aku
inginkan . Aku ingin terus
keluar dari rumah
yang umpama neraka
jahanam buatku !
“Lagi
satu berita yang
gembira buat kami
semua . Aku dan abang
Ilham bakal disatukan
tidak lama lagi . Majlis
perkahwinan kami bakal
dilangsungkan tidak lama
lagi . Hehe . Sebenarnya , abang
Ilham adalah abang
angkat aku rupanya . Aku sendiri
tidak mengetahui pada
mulanya . Namun , itu semua ketentuan
yang telah ditentukan
oleh Allah . Aku bersyukur
dengan nikmat yang
telah Allah berikan ....
-TAMAT-
Karya :
SHIMASS ..

