JellyPages.com

Sabtu, 9 Julai 2011

Sayang Sampai Syurga

“Ima .. Ian  janji kita  akan  tetap  berkawan  sampai  bila-bila , dan  Ian  sayang  Ima  sebagai  sahabat .
“Ian , Ian  jangan  kata  macam tu . Ima  tak  akan  tinggalkan  Ian .”
“Tapi , Ima .. Ima  kena  ikut  mereka . Mereka  keluarga  baru  Ima . Ian  pasti  yang  mereka  pasti  akan  jaga  Ima  dengan  baik . Percayalah  cakap  Ian . Kita  tetap  kawan  dan  Ian  sayang  Ima  sampai  syurga .”
“Ian , tapi  Ima  tak  sanggup  nak  tinggalkan  Ian  di  rumah  anak  Belaian  Kasih  ni  seorang  diri .”
“Papa , bagilah  Ian  ikut  sama .” Rengekku .
“Tak  boleh  Shima , nanti  nenek  tu  marah.”,kata  Papa  menunjuk  ke  arah  seorang  perempuan  tua  yang  memegang  erat  tangan  Ian . Ada  garis-garis  duka  yang  terpamer  di  wajah  tuanya .
“Ima !!!” Panggil  Ian  sambil  berusaha  mengejar  kereta  yang  semakin  jauh  membelah  keheningan  pagi .

“Ian…!!”
Tiba-tiba  aku  tersentak . Aku  mengucap  panjang . Rupa-rupanya  aku  bermimpi  sejak  kami  sekeluarga  berpindah  ke  tempat  yang  baru  seminggu  lalu . Aku  selalu  bermimpikan  kisah  sewaktu  aku  diambil  sebagai  anak  angkat  oleh  Encik  Khairul  dan  Puan  Kharunnisa . Semenjak  peristiwa  itu  aku  berazam  untuk  mencari  sahabat  kesayanganku  iaitu  Ian .
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Aku  melangkah  dengan  langkah  perlahan  menuju  ke  kelas  yang  ditetapkan  di  sekolah  baru  ini , Smk  Maju  Jaya . Aku  ditempatkan  di  kelas  5 Amanah , manakala  abang  Fariz  pula  di  kelas  6 Abadi . Abang  Fariz  memang  dingin  terhadapku  sejak  dari  dulu  lagi . Dia  seakan-akan  tidak  dapat  menerima  aku  sebagai  adiknya , dan  dia  juga  seolah-olah  membenci  aku . Namun  aku  tahu ,  pasti  abang  Fariz  akan  lembut  jua  hatinya  juga  suatu  hari  nanti .
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Selesai  solat  Isyak , aku  membuka  computer  ribaku . Mungkin  ada  emel  untukku  hari  ini . Aku  hanya  membalas  yang  perlu  sahaja  kepada  rakanku , Nurul  Qalbi  dan  Suryati . Nampaknya  hari  ini  aku  ada  kawan  baru  .
<Cloud> Assalamualaikum , hi  saya  tengah  mencari  kawan  untuk  berkongsi  masalah .
<Flower>  Waalaikumsalam ,  kalau  sudi  saya  sedia  mendengar  segala  masalah  awak .
“Flower”  adalah  nama  samaran   aku  jika  ada  rakan  baru  ingin  berkenalan  denganku .
<Cloud> Saya  sebenarnya  sedang  mencari  sahabat  saya  yang  telah  terpisah  sejak  dari  kecil  lagi .  Saya  begitu  merindui  dia .  Walaupun  kami  berpisah ,  namun  saya  tetap  menyayangi  sahabat  saya  itu  sampai  syurga . 
Aku  tersentak . Hatiku  tertanya-tanya .  Adakah  Cloud  ini  Ian  yang  aku  cari-cari  selama  ini ?  Oh !  Tak  mungkin  Shima ..  Jangan  cepat  melatah . Aku  cuba  memujuk  diriku , Cloud  terlalu  mudah   untuk  berterus  terang .
<Cloud> Flower ??  Adakah  awak  masih  disitu ?
<Flower>  Oh , Cloud  maaf  sebab  saya  tengah  menghantar  mesej  kepada  seseorang  tadi .. Apapun ..  Saya  doakan  agar  awak  berjaya  menjumpai  kembali  rakan  awak  itu .
<Cloud> Em ,,  tak  apa . Terima  kasih . Lain  kali  kita  berbual  lagi .  Nampaknya  tempat  saya  ni  dah  nak  tutup .  Assalamulaikum..

  Patutkah  aku  memberitahu  dia  yang  aku  juga  tengah  mencari  sahabat  sepertinya ?  Sahabat  yang  terpisah  sejak  dari  kecil  lagi . Ah !  Biarlah  dulu . Tetapi  mengapa  naluriku  kuat   mengatakan  bahawa  dia  adalah  Ian  yang  aku  cari . Ya  Allah  bantulah  aku .
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
“Hai ,  pelajar  baru  ke ? Perkenalkan  saya  Sofian . Panggil  aje  Ian okay ..” Aku  terkejut  apabila  disapa  oleh  seorang  pelajar  lelaki  ketika  sedang  berada  di  kantin  bersama  abang  Fariz . Abang  Fariz  segera  mengundur  diri . Mungkin  dia  tidak  mahu  mengganggu  pelajar  tersebut  untuk  bersahabat  denganku .
“Sofian ? Oh , nama  saya  Shima . Panggil  aje  apa-apa  nama  yang  awak  suka .”  Balasku  sambil  mengukirkan  senyuman .  Sofian  terlalu  peramah  orangnya . Baru  sahaja  beberapa  minit  berjumpa  kami  sudah  seperti  saling  mengenali .
“Em ,  panggil  Ima  boleh  ke ?” Aku  tersedak  mendengar  perkataan  “Ima”  terkeluar  dari  mulutnya . Sudah  lama  aku  tidak  mendengar  seseorang  memanggilku  dengan  nama  begitu . Hanya  Ian  yang  pernah  memanggilku  begitu .
“Ima ? Kenapa ? Ima  tak  suka  Ian  panggil  Ima  ya ?” Sekali  lagi  aku  tersentak . Perkataan  “Ian”  dari  mulutnya  membuatkan  aku  merasa  rindu  yang  teramat  sangat  pada  Ian . Adakah  dia  Ian  yang  aku  cari  selama  ini ? Aku  merasa  air  mataku  hendak  menitik . Aku  segera  meninggalkan  Sofian  yang  terpinga-pinga  melihat  situasiku . Semasa  sesi  pembelajaran aku  tidak  dapat  menumpukan  sepenuh  perhatian  pada  pelajaranku . Wajah  Sofian  sentiasa  bermain  di  fikiranku .
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Solat  Asar  telah  pun  berlalu . Aku  duduk  di  buaian  rumahku . Tiba-tiba  abang  Fariz  datang  menghampiriku . Kelihatan  ada  sesuatu  yang  ingin  dibicarakannya  denganku . Dia  tersenyum  kepadaku . Aku  membalas  senyumannya  kembali . Inilah  kali  pertama  aku  melihat  abang  Fariz  tersenyum  kepadaku . Terasa  bagai  dalam  mimpi .
“Assalamualaikum  Shima . Buat apa  duduk  seorang  diri  kat  sini .  Dah  solat ?” Tanya  abang  Fariz  kepadaku .
“Waalaikumsalam . Duduk-duduk  saja  nak  tenangkan  fikiran . Pasal  solat  abang  jangan  risau . Baru  je  tadi  Shima  solat .” Jawabku  ringkas.
“Em , Shima  ..  Abang nak  minta  maaf  kat  Shima , sebab  selama  ni  abang  selalu  kasar  terhadap  Shima . Ya ,  memang  abang  mengaku   yang  pada  mulanya  abang  memang  tak  dapat  terima  yang  Shima  akan  jadi  adik  abang . Tapi  sekarang  perasaan  benci  tu  bertukar  jadi  sayang  pula .” Jujur  sekali  abang  Fariz  kepadaku .
“Tak  apa . Shima  tak  kisah . Lagipun  itu  kisah  lama .” Kataku  lagi . Aku  merasa  bersyukur  kerana  akhirnya  abang  Fariz  berubah  jua  akhirnya .
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
<Cloud>  Dah  tidur  ke  Flower ?
<Flower>  Belum  lagi  ..  Kenapa ?
<Cloud>  Tak  ada  apa ..  Maaflah  kalau  mengganggu ..
<Flower>  Tak..tak  mengganggu  pun  .  Lagipun  sekarang  fikiran  saya  tengah  bercelaru .
<Cloud> Em,,boleh  saya  tahu  kenapa ? Kitakan  kawan .. Apa  salahnya  kalau  awak  kongsi  sedikit  masalah  awak  tu  dengan  saya  J Itupun  kalau  awak  sudi .  Kalau  tak  sudi  tak  apa . Saya  tak  paksa  awak K
<Flower>  Sebenarnya ,  saya  rindukan  kawan  lama  saya . Macam  awak  juga .  Kami  terpisah  sejak  dari  kecil  lagi .  Saya  teringin  nak  cari  dia .  Tapi  saya  takut  nk  bagitahu  kat  keluarga ..Takut-takut  mereka  kecil  hati .  Lebih-lebih  lagi  abang  saya  tu .
Jujur  sekali  kata-kataku  terhadapnya . Sememangnya  Cloud  memang  baik  dan  memahami  orangnya . Aku  menunggu  respon  daripada  Cloud  hamper  5  minit .
<Flower>  Haiii  Cloud ??  Awak  masih  disitu  ke ?
<Cloud>  Erm ,  saya  rasa  ..  mungkin  sayalah  kawan  yang  awak  cari  tu ..

Aku  terkedu . Biar  betul  budak  ni ..  Aku  takut  dia  bergurau  pula  di tengah  malam ni .
<Flower> Apa ?  Biar  betul .  Jangan  nak  berguraulah  Cloud . Tak  mungkin .
<Cloud> Erm ,  tak  ada yang  mustahil  dalam  dunia  ni . Saya  haraplah  jangkaan  yang  awak  ni  adalah  kawan  saya  ialah  tepat . Jumpa  awak  di  Taman  Effeil  pada  31 Disember  ni . Jangan  lupa  bawa  gambar  masa  kita  kecil-kecil  dahulu . Sayang  awak  sampai  syurga ! Dadaaa !!!!

SAYANG  SAMPAI  SYURGA ??  Itu ..  macam  ayat  Ian ..  Jangan-jangan …
<Flower>  Papaaiiiii ……..
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Aku  dan  abang  Fariz  menuju  ke  kawasan   Effeil   untuk  menemani  Papa  dan  Mama  yang  hendak  membeli  barang  keperluan  harian . Aku   dan  abang  Fariz  lega  kerana  masing-masing  telah  pun  selesai  menduduki  peperiksaan  SPM  dan  STPM  .  Aku  menuju  ke  Taman  Effeil  dan  duduk  di  salah  satu  pondok  yang  tersedia  di  situ .
Aku  menanti  dengan  penuh  debaran  kedatangan  Ian . Perasaan  gelisah  mula  mendatangi  diriku . Aku  mengambil keputusan  untuk  menunggu  setengah  jam  lagi .  Tepat  jam  11.30  pagi  aku  mula  pergi  melangkah  untuk  meninggalkan  Taman  Effeil  dengan  hati  yang  kecewa  kerana  aku  merasa  seperti  dipermainkan  oleh  Cloud .  Baru  sahaja  beberapa  langkah  aku  berjalan ,  tiba  aku  mendengar  seseorang  memanggil  namaku .
“Flower …..!!!!” Aku  terkedu .  Tidak  kusangka  ternyata  Cloud  memang  menepati  janjinya  untuk  berjumpa  denganku . Aku  menoleh  kebelakang  aku  merasa  amat  terperanjat  kerana  orang  yang  memanggil  aku  ialah  SOFIAN !

“Sofian ?  Awak … Adakah awak … awak..”  Aku  ingin  menanya  kepastian  yang  sebenar adakah  dia  adalah  Cloud .  Tapi  pertanyaan  aku  tidak  dapat  aku  habiskan  kerana  aku  terlalu  terkejut .
“Ya , Ima . Saya  adalah  Cloud  yang  awak  tunggu , dan  saya  juga  adalah  Ian  sahabat  yang  awak  cari  selama  ini..”  Jawab  Sofian  melulu . Dia  kemudiannya  mengeluarkan  sesuatu  dari  begnya  dan  menunjukkan  beberapa  album  gambar  lama . Dia  menyerahkan  album  gambar  itu  kepadaku . Ternyata  apa  yang  dinyatakan  oleh  Sofian  adalah  benar .  Dia  adalah  Ian  yang  aku  cari  selama  ini .  Mutiara  putih  perlahan-lahan  mengalir  dipipiku . Aku  menangis  kegembiraan .
“Sofian..Ima  tak  sangka  yang  ternyata  ini  yang  Sofian  ini  adalah Ian . Ima  tak  sangka  yang  Ian  akan  masih  mengingati  janji  kita  dahulu .  Ternyata  Ian  masih  mengingati  hubungan  persahabatan  di  antara  kita  walaupun  kita  telah  terpisah  selama  beberapa  tahun .”Kataku  dalam  tangisan .
“Ala..sudahlah ..jangan  nangis   lagi  Shima .. “,tiba-tiba  abang  Faris  datang  sambil  bersalaman  dengan  Ian .  Mereka  seperti  sudah  lama  saling  mengenali .  Aku  keliru .
“Sebenarnya  Shima ,  abang  dah  lama  tau  yang  Sofian  ni  adalah  Ian . Sebabnya ,  abang  dah  selidik  semua  tentang  Sofian .  Dia  juga  pernah  tinggal  rumah  anak  yatim  yang  bernama  Belaian  Kasih .  Jadi ,  abang  dan  Sofian  pun  merancanglah  pertemuan  ni . Abang  buat  ni  sebenarnya  demi  Shima . Abang  tau  Shima  rindu  akan  orang  bernama  Ian  semasa  abang  terdengar  Shima  mengigau  menyebut  nama  Ian ..”Kata  abang  Fariz  dengan  panjang  lebar . Aku   tersenyum  mendengar  kata-katanya .
“SAYANG  AWAK  SEMUA  SAMPAI  SYURGA !”  kataku  pula . Aku  terlalu  gembira  dengan  pertemuan  ini . Moga  persahabatan  kami  akan  terus  terjalin  buat  selamanya  .
Amin……
Karya :
Shima..
*Cerita  ni  kita  buat  khas  untuk  orang  yang  bernama  Ian … Moga  orang  empunya  nama  dalam  watak  cerpen  ni  terhibur .. Ian ,  kita  dah  tunaikan  janji  kita  pada  awak .  Kita  dah  pun  buat  cerita  ni  khas  untuk  Ian … Dadaaaa J