“Ima .. Ian janji kita akan tetap berkawan sampai bila-bila , dan Ian sayang Ima sebagai sahabat .
“Ian , Ian jangan kata macam tu . Ima tak akan tinggalkan Ian .”
“Tapi , Ima .. Ima kena ikut mereka . Mereka keluarga baru Ima . Ian pasti yang mereka pasti akan jaga Ima dengan baik . Percayalah cakap Ian . Kita tetap kawan dan Ian sayang Ima sampai syurga .”
“Ian , tapi Ima tak sanggup nak tinggalkan Ian di rumah anak Belaian Kasih ni seorang diri .”
“Papa , bagilah Ian ikut sama .” Rengekku .
“Tak boleh Shima , nanti nenek tu marah.”,kata Papa menunjuk ke arah seorang perempuan tua yang memegang erat tangan Ian . Ada garis-garis duka yang terpamer di wajah tuanya .
“Ima !!!” Panggil Ian sambil berusaha mengejar kereta yang semakin jauh membelah keheningan pagi .
“Ian…!!”
Tiba-tiba aku tersentak . Aku mengucap panjang . Rupa-rupanya aku bermimpi sejak kami sekeluarga berpindah ke tempat yang baru seminggu lalu . Aku selalu bermimpikan kisah sewaktu aku diambil sebagai anak angkat oleh Encik Khairul dan Puan Kharunnisa . Semenjak peristiwa itu aku berazam untuk mencari sahabat kesayanganku iaitu Ian .
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Aku melangkah dengan langkah perlahan menuju ke kelas yang ditetapkan di sekolah baru ini , Smk Maju Jaya . Aku ditempatkan di kelas 5 Amanah , manakala abang Fariz pula di kelas 6 Abadi . Abang Fariz memang dingin terhadapku sejak dari dulu lagi . Dia seakan-akan tidak dapat menerima aku sebagai adiknya , dan dia juga seolah-olah membenci aku . Namun aku tahu , pasti abang Fariz akan lembut jua hatinya juga suatu hari nanti .
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Selesai solat Isyak , aku membuka computer ribaku . Mungkin ada emel untukku hari ini . Aku hanya membalas yang perlu sahaja kepada rakanku , Nurul Qalbi dan Suryati . Nampaknya hari ini aku ada kawan baru .
<Cloud> Assalamualaikum , hi saya tengah mencari kawan untuk berkongsi masalah .
<Flower> Waalaikumsalam , kalau sudi saya sedia mendengar segala masalah awak .
“Flower” adalah nama samaran aku jika ada rakan baru ingin berkenalan denganku .
<Cloud> Saya sebenarnya sedang mencari sahabat saya yang telah terpisah sejak dari kecil lagi . Saya begitu merindui dia . Walaupun kami berpisah , namun saya tetap menyayangi sahabat saya itu sampai syurga .
Aku tersentak . Hatiku tertanya-tanya . Adakah Cloud ini Ian yang aku cari-cari selama ini ? Oh ! Tak mungkin Shima .. Jangan cepat melatah . Aku cuba memujuk diriku , Cloud terlalu mudah untuk berterus terang .
<Cloud> Flower ?? Adakah awak masih disitu ?
<Flower> Oh , Cloud maaf sebab saya tengah menghantar mesej kepada seseorang tadi .. Apapun .. Saya doakan agar awak berjaya menjumpai kembali rakan awak itu .
<Cloud> Em ,, tak apa . Terima kasih . Lain kali kita berbual lagi . Nampaknya tempat saya ni dah nak tutup . Assalamulaikum..
Patutkah aku memberitahu dia yang aku juga tengah mencari sahabat sepertinya ? Sahabat yang terpisah sejak dari kecil lagi . Ah ! Biarlah dulu . Tetapi mengapa naluriku kuat mengatakan bahawa dia adalah Ian yang aku cari . Ya Allah bantulah aku .
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
“Hai , pelajar baru ke ? Perkenalkan saya Sofian . Panggil aje Ian okay ..” Aku terkejut apabila disapa oleh seorang pelajar lelaki ketika sedang berada di kantin bersama abang Fariz . Abang Fariz segera mengundur diri . Mungkin dia tidak mahu mengganggu pelajar tersebut untuk bersahabat denganku .
“Sofian ? Oh , nama saya Shima . Panggil aje apa-apa nama yang awak suka .” Balasku sambil mengukirkan senyuman . Sofian terlalu peramah orangnya . Baru sahaja beberapa minit berjumpa kami sudah seperti saling mengenali .
“Em , panggil Ima boleh ke ?” Aku tersedak mendengar perkataan “Ima” terkeluar dari mulutnya . Sudah lama aku tidak mendengar seseorang memanggilku dengan nama begitu . Hanya Ian yang pernah memanggilku begitu .
“Ima ? Kenapa ? Ima tak suka Ian panggil Ima ya ?” Sekali lagi aku tersentak . Perkataan “Ian” dari mulutnya membuatkan aku merasa rindu yang teramat sangat pada Ian . Adakah dia Ian yang aku cari selama ini ? Aku merasa air mataku hendak menitik . Aku segera meninggalkan Sofian yang terpinga-pinga melihat situasiku . Semasa sesi pembelajaran aku tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian pada pelajaranku . Wajah Sofian sentiasa bermain di fikiranku .
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Solat Asar telah pun berlalu . Aku duduk di buaian rumahku . Tiba-tiba abang Fariz datang menghampiriku . Kelihatan ada sesuatu yang ingin dibicarakannya denganku . Dia tersenyum kepadaku . Aku membalas senyumannya kembali . Inilah kali pertama aku melihat abang Fariz tersenyum kepadaku . Terasa bagai dalam mimpi .
“Assalamualaikum Shima . Buat apa duduk seorang diri kat sini . Dah solat ?” Tanya abang Fariz kepadaku .
“Waalaikumsalam . Duduk-duduk saja nak tenangkan fikiran . Pasal solat abang jangan risau . Baru je tadi Shima solat .” Jawabku ringkas.
“Em , Shima .. Abang nak minta maaf kat Shima , sebab selama ni abang selalu kasar terhadap Shima . Ya , memang abang mengaku yang pada mulanya abang memang tak dapat terima yang Shima akan jadi adik abang . Tapi sekarang perasaan benci tu bertukar jadi sayang pula .” Jujur sekali abang Fariz kepadaku .
“Tak apa . Shima tak kisah . Lagipun itu kisah lama .” Kataku lagi . Aku merasa bersyukur kerana akhirnya abang Fariz berubah jua akhirnya .
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
<Cloud> Dah tidur ke Flower ?
<Flower> Belum lagi .. Kenapa ?
<Cloud> Tak ada apa .. Maaflah kalau mengganggu ..
<Flower> Tak..tak mengganggu pun . Lagipun sekarang fikiran saya tengah bercelaru .
<Cloud> Em,,boleh saya tahu kenapa ? Kitakan kawan .. Apa salahnya kalau awak kongsi sedikit masalah awak tu dengan saya J Itupun kalau awak sudi . Kalau tak sudi tak apa . Saya tak paksa awak K
<Flower> Sebenarnya , saya rindukan kawan lama saya . Macam awak juga . Kami terpisah sejak dari kecil lagi . Saya teringin nak cari dia . Tapi saya takut nk bagitahu kat keluarga ..Takut-takut mereka kecil hati . Lebih-lebih lagi abang saya tu .
Jujur sekali kata-kataku terhadapnya . Sememangnya Cloud memang baik dan memahami orangnya . Aku menunggu respon daripada Cloud hamper 5 minit .
<Flower> Haiii Cloud ?? Awak masih disitu ke ?
<Cloud> Erm , saya rasa .. mungkin sayalah kawan yang awak cari tu ..
Aku terkedu . Biar betul budak ni .. Aku takut dia bergurau pula di tengah malam ni .
<Flower> Apa ? Biar betul . Jangan nak berguraulah Cloud . Tak mungkin .
<Cloud> Erm , tak ada yang mustahil dalam dunia ni . Saya haraplah jangkaan yang awak ni adalah kawan saya ialah tepat . Jumpa awak di Taman Effeil pada 31 Disember ni . Jangan lupa bawa gambar masa kita kecil-kecil dahulu . Sayang awak sampai syurga ! Dadaaa !!!!
SAYANG SAMPAI SYURGA ?? Itu .. macam ayat Ian .. Jangan-jangan …
<Flower> Papaaiiiii ……..
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Aku dan abang Fariz menuju ke kawasan Effeil untuk menemani Papa dan Mama yang hendak membeli barang keperluan harian . Aku dan abang Fariz lega kerana masing-masing telah pun selesai menduduki peperiksaan SPM dan STPM . Aku menuju ke Taman Effeil dan duduk di salah satu pondok yang tersedia di situ .
Aku menanti dengan penuh debaran kedatangan Ian . Perasaan gelisah mula mendatangi diriku . Aku mengambil keputusan untuk menunggu setengah jam lagi . Tepat jam 11.30 pagi aku mula pergi melangkah untuk meninggalkan Taman Effeil dengan hati yang kecewa kerana aku merasa seperti dipermainkan oleh Cloud . Baru sahaja beberapa langkah aku berjalan , tiba aku mendengar seseorang memanggil namaku .
“Flower …..!!!!” Aku terkedu . Tidak kusangka ternyata Cloud memang menepati janjinya untuk berjumpa denganku . Aku menoleh kebelakang aku merasa amat terperanjat kerana orang yang memanggil aku ialah SOFIAN !
“Sofian ? Awak … Adakah awak … awak..” Aku ingin menanya kepastian yang sebenar adakah dia adalah Cloud . Tapi pertanyaan aku tidak dapat aku habiskan kerana aku terlalu terkejut .
“Ya , Ima . Saya adalah Cloud yang awak tunggu , dan saya juga adalah Ian sahabat yang awak cari selama ini..” Jawab Sofian melulu . Dia kemudiannya mengeluarkan sesuatu dari begnya dan menunjukkan beberapa album gambar lama . Dia menyerahkan album gambar itu kepadaku . Ternyata apa yang dinyatakan oleh Sofian adalah benar . Dia adalah Ian yang aku cari selama ini . Mutiara putih perlahan-lahan mengalir dipipiku . Aku menangis kegembiraan .
“Sofian..Ima tak sangka yang ternyata ini yang Sofian ini adalah Ian . Ima tak sangka yang Ian akan masih mengingati janji kita dahulu . Ternyata Ian masih mengingati hubungan persahabatan di antara kita walaupun kita telah terpisah selama beberapa tahun .”Kataku dalam tangisan .
“Ala..sudahlah ..jangan nangis lagi Shima .. “,tiba-tiba abang Faris datang sambil bersalaman dengan Ian . Mereka seperti sudah lama saling mengenali . Aku keliru .
“Sebenarnya Shima , abang dah lama tau yang Sofian ni adalah Ian . Sebabnya , abang dah selidik semua tentang Sofian . Dia juga pernah tinggal rumah anak yatim yang bernama Belaian Kasih . Jadi , abang dan Sofian pun merancanglah pertemuan ni . Abang buat ni sebenarnya demi Shima . Abang tau Shima rindu akan orang bernama Ian semasa abang terdengar Shima mengigau menyebut nama Ian ..”Kata abang Fariz dengan panjang lebar . Aku tersenyum mendengar kata-katanya .
“SAYANG AWAK SEMUA SAMPAI SYURGA !” kataku pula . Aku terlalu gembira dengan pertemuan ini . Moga persahabatan kami akan terus terjalin buat selamanya .
Amin……
Karya :
Shima..
*Cerita ni kita buat khas untuk orang yang bernama Ian … Moga orang empunya nama dalam watak cerpen ni terhibur .. Ian , kita dah tunaikan janji kita pada awak . Kita dah pun buat cerita ni khas untuk Ian … Dadaaaa J


Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum .Sila tinggalkan komen anda .
-jika suka , datang lagi ke blog ini :)