SIAPA
Bunyi angin malam terus menderu-deru masuk ke lubang telinga Syikin . Suara cengkerik dan unggas lain juga semakin hilang di telan angin . Syikin menekan perlahan tombol pintu rumahnya . Matanya kuyu menahan rasa mengantuk . Dia memandang kerah jam tangan tangan miliknya . Sudah pukul 11.32 malam .
“Mana papa dan mama ni ? Jam dah lewat begini pun masih belum balik lagi .” Getus hati kecil Syikin . Dia menunggu dengan setia kepulangan ibu dan ayahnya sambil ditemani perasaan resah yang kian menguasai dirinya . Sedang asyik menonton televisyen , tiba-tiba pintu rumahnya diketuk bertalu-talu . Tanpa ucapan ‘Assalamualaikum’. Suara itu hanya memanggil namanya . Syikin kenal benar dengan si pemilik suara . Suara itu milik mak ciknya . Mak cik Alia . Syikin pantas bangun dari sofa menuju ke pintu .
“Eh ! Mak cik lah . Masuklah !” Pelawa Syikin dengan mesra sekali . Pantas dia menutup pintu selepas mak ciknya melangkah masuk ke dalam rumah . Wajah mak cik Alia tampak pucat . Seperti orang kesejukkan . Namun , wanita itu hanya tersenyum memandang Syikin . Syikin tertanya-tanya di dalam hatinya . Kenapa mak ciknya datang ke rumah pada sebelah malam . Tidak pula disiang harinya .
“Mak cik datang ni sahaja nak jenguk Syikin . Mak cik rindu sangat kat Syikin .”Kata mak cik Alia seolah-olah mengetahui apa yang sedang bermain di kotak fikiran Syikin . Ingin juga Syikin bertanya mengapa wanita itu dating menjenguknya di waktu malam . Bukankah siang masih dapat menjenguknya ? Namun , mulutnya seperti terkunci . Tiada satu patah perkataan perkataan pun yang dapat disoalnya . Sepanjang malam , wanita itu berbual dan bercerita kepadanya . Wanita itu menceritakan bahawa sekarang dia mempunyai masalah peribadi . Wanita itu baharu saja putus cinta dengan kekasihnya . Katanya dia amat kecewa dengan teman lelakinya itu . Teman lelaki itunya telah berlaku curang terhadapnya . Syikin mengerutkan dahinya sedikit . Dia bersa musykil . Mengapa harus wanita itu menceritakan masalah peribadinya terhadap Syikin ? Bukankah Syikin masih mentah dan belum matang langsung dalam soal percintaan ? Syikin hanya mengangguk kepala mendengar luahan hati mak ciknya itu . Nampak gaya , wanita itu seperti terlalu kecewa ? “DASAR LELAKI !” kata wanita itu menunjukkan rasa geramnya .
Setelah beberapa jam berbual , Syikin akhirnya terlelap jua . Matanya seperti tidak dapat dibuka lagi . Terasa suatu kucupan sejuk hinggap di dahinya . Syikin tahu kucupan itu adalah dari mak ciknya . Malam terus sunyi dibuai suara cengkerik …..
●●●●●●●●●●●●
“KRING ! KRING !” Syikin terbangun dari tidurnya selepas mendengar deringan telefon . Syikin mengangkat perlahan gagang telefon . Orang yang menelefon itu adalah ibu Syikin .
“Ya , mama .. hem.. ade ape..” Kata Syikin dengan nada yang lemah . Matanya masih lagi tersa berat untuk dibuka .
“Cepat bersiap ! Mama dan papa dah tunggu kat stesen bas ni . Kami nak jemput Ekin sahaja lagi . Mak cik Alia meninggal semalam pukul 11.3O malam di rumahnya semalam selepas polis mendapati ada kesan pisau di perutnya . Mak cik Alia dibunuh .”Kata ibunya dengan panjang lebar . Syikin terpana . Badannya tiba-tiba terasa lemah . Kalau mak cik Alia meninggal 11.3O semalam , jadi siapakah yang berbual dengannya semalam . Apakah itu khayalannya semata-mata ?
Seribu pertanyaan bermain di fikirannya . Siapakah dia ? Siapa ?
by:Shima

