Kekasih Yang Sempurna
“Saya benci awak .” Aku terdiam seketika mendengar ayat yang terbit dari bibirnya . Aku merenung tepat ke dalam anak matanya . Sepertinya ada sesuatu yang cuba disembunyikan olehnya . Aku cuba mencari – mencari apa yang sedang bermain di fikirannya . Namun , aku tak dapat . Emosi aku bercelaru setelah mendengar ayat yang diucapkan oleh si dia sebentar tadi . Mengapa ? Mengapa ini harus terjadi kepadaku ?
“Maafkan saya Aqmal . Sepatutnya saya beritahu perkara ini dari dulu lagi . Saya sebenarnya tak cintakan awak . Hati saya milik orang lain . Bukan awak Aqmal . Maafkan saya . Saya bercinta dengan awak pun secara paksa . Papa dan mama yang paksa saya untuk mencintai awak . Nah , ambil cincin ni . Kita putus tunang .” Ujarnya panjang lebar dan terus pergi meninggalkan aku yang sedang terpinga – pinga dihadapannya . Aku pantas memegang erat tangannya . Dia cuba untuk melepaskan tangannya dari peganganku . Namun , tidak berjaya . Ternyata tanganku lebih kuat berbanding dengan tangan lembutnya .
“Maya . Sanggup awak buat saya begini . Kalau awak memang tak cintakan saya dari dulu lagi kenapa awak setuju bila mama dan papa awak tunangkan saya dengan awak ? Kenapa ? Awak ni memang tak berhati perut langsung .” Aku mula menjawab tidak puas hati . Maya hanya mendiamkan dirinya . Lama dia mendiamkan dirinya . Namun aku masih setia menanti jawapan yang bakal terbit dari bibirnya mogelnya . Dahi Maya berkerut sedikit . Mungkin sedang memikir apa yang patut dijawab dengan soalan yang baru aku berikan sebentar tadi .
“Sebab .. Masa tu , saya tengah kecewa dengan bekas teman lelaki saya . So , untuk ambil jalan mudah , saya setuju dengan rancangan pertunangan kita . Tapi , sekarang teman lelaki saya dah sedia terima saya balik . Malah dia juga sudi untuk berkahwin dengan saya . Saya tak nak kehilangan dia . Jadi , saya ambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan awak . Untuk apa kita bertunang dan kemudiannya berkahwin kalau kita tidak mencintai antara satu sama lain ? Saya lakukan ini demi kebaikan kita semua . Saya tak nak awak kecewa terhadap saya . Bagaimana kita boleh duduk sebumbung di rumah nanti , sedangkan saya mencintai orang lain ?” Maya kembali menjawab setiap pertanyaanku dengan pertanyaan lagi . Ternyata dia memang bijak dalam mengatur perbicaraan , sehingga aku terjerat kembali dengan soalan yang diajukan kembali kepadaku .
“Tak payah awak nak tanya saya dengan panjang lebar Maya . Sebab sekarang saya dah memang kecewa terhadap awak . Kecewa yang teramat sangat . Sanggup awak tinggalkan saya semata – mata seorang lelaki yang telah beristeri .” Ujarku kembali dan aku terus berjalan meninggalkannya tanpa menoleh ke belakang lagi . Aku betul – betul kecewa dengan Maya . Ternyata perasaan cinta yang Maya tunjukkan pada aku selam a ini hanya lakonan semata – mata . Sungguh pandai dia bermain dalam watak yang diciptakan oleh dia sendiri .
♥♥♥♥♥♥
7 tahun kemudian ..
Aku melangkah perlahan turun dari kapal terbang . Aku melihat satu persatu wajah manusia di KLIA . Tiba – tiba mata aku melekat pada seorang gadis . Gadis itu sedang menunjukkan papan yang tertera nama aku di hadapan papan tersebut . “ Aqmal Habib .” Ya , itulah nama aku . Aku menghampiri gadis itu perlahan – lahan . Dia mungkin tidak mengenali aku kerana aku sendiri pun tidak mengenalinya .
“Erm , adik ....” Aku menyapanya . Namun , aku berasa agak kekok sedikit . Wajahnya yang manis bertudung membuatkan aku terpana seketika memandang wajahnya . Sungguh ayu . Gadis itu menoleh ke arah aku . Dia tersenyum . Ah , sungguh manis . Lesung pipit jelas terpancar di pipi gebunya .
“Assalamualaikum , erm .. awak ni Aqmal Habib ek ?” Aku hanya mengangguk perlahan .
“Jom ikut !” Dia mempelawa aku untuk mengikutnya . Aku hanya mengikut sahaja kehendaknya . Dari jauh ku lihat seseorang seperti sedang melambaiku dari dalam kereta . Aku mengikuti gadis yang bersama aku sebentar tadi menuju ke arah kereta tersebut .
“Oh , papa !” Aku menjerit kegembiraan . Tidak ku sangka ternyata Papa rupanya yang melambai aku sebentar tadi . Sebenarnya , aku sendiri tidak mengenali papa kerana aku lihat papa agak berisi setelah 7 tahun aku meninggalkan tanah air . Aku sebenarnya menyambung belajar di Universiti Al – Azhar selepas kecewa dengan peristiwa dahulu .. Ya .. Peristiwa dahulu ...
♥♥♥♥♥♥
“Erm , papa .. boleh Aqmal tahu siapa nama budak yang jemput Aqmal kat airport tadi ? Hee ..” Tiba – tiba terpacul soalan itu dari mulutku ketika aku dan papa sedang menonton television bersama – sama . Wajahku mulai merah kerana menahan malu . Aduh ! kenapa harus keluar soalan itu .. Aku merungut kecil . Papa tersenyum melihat aku .
“Aik , ni ada apa – apa ke Aqmal ? Aqmal suka budak tu ek . Kalau Aqmal setuju , papa boleh datang rumah merisik budak tu ..” Papa mula mengusik aku . Aku mula jadi tidak keruan bila papa mula menyentuh soal merisik padaku . Aku tersenyum kelat .
“Please papa .. Aqmal serious ni .. Papa ni main – main pula .. Aqmal belum lagi kenal betul dengan budak tu .. Tak kan papa nak terus hantar rombongan merisik .. Nanti , apa pula kata budak tu . Ala , beritahu ajalah nama budak tu papa ..” Aku mula menunjukkan sedikit nada manja seakan merajuk pada papa . Papa ketawa kecil melihat mulutku yang mulai muncung sepuluh inci .
“Cahaya Hatiku ..” Jawab papa ringkas . Aku terpaku seketika . Cahaya Hatiku ? Pelik .. Belum pernah ada orang yang bernama sebegitu . Aku musykil seketika . Aku terdiam mendengar jawapan papa .
“Cahaya Hatiku .. Sedapkan nama tu Aqmal . Secantik orang empunya nama . Siapa tahu suatu hari nanti budak tu boleh jadi Cahaya Hati buat Aqmal ..” Ah ! Papa sekali lagi mula mengusik aku . Namun , dalam diam – diam aku mula terpikat pada empunya nama Cahaya Hatiku .. Tapi , kenapa di penghujung nama dia perlu ada ‘Ku’ ..? Jangan – jangan budak tu memang untuk aku . Aku tersenyum sendirian memikirkan perkara tersebut .
“Sudahlah Aqmal . Jangan nak berangan – angan . Jangan risau dengan budak tu . Papa dah aturkan semuanya . Esok pukul 8.oo malam , selepas solat Isyak Aqmal jangan lupa janji temu Aqmal dengan budak tu . Pakaian esok biar kemas sikit .” Ujar papa ketika aku masih lagi sedang memikirkan tentang gadis yang empunya nama Cahaya Hatiku . Aku terkedu . Ternyata papa terlalu bijak dalam mengatur strategi . Papa seperti tahu apa yang sedang terpendam di lubuk hatiku . Aku hanya mengangguk perlahan . Dalam diam – diam sekali lagi aku berterima kasih kepada papa . Papa memang tetap the best .
♥♥♥♥♥♥
Hati aku berdebar – debar menanti saat ini . Aku melihat jam di tangan . Sudah pukul 8.20p.m .. Mana dia ni . Aku merungut kecil . Perempuan memang selalu lambat .
“Assalamualaikum Encik Aqmal Habib .” Tiba – tiba aku terdengar seperti ada suara yang memberi salam . Ah ! Itu dia . Dah sampai pun Cahaya Hatiku .
“Waalaikummussalam .. Oh silakan duduk . Awak nak minum . Nanti abang panggilkan waiter . Erm , malam ni abang belanja awak .” Aku keliru . Kenapa aku terlalu mudah untuk mesra dengan gadis ini . Kenapa aku menggelarkan diri aku sebagai abang , sedangkan dia hanya menggelarkan diri aku sebagai awak .. Dia duduk betul – betul di hadapanku . Malam ini , dia kelihatan sungguh ayu .dengan memakai pakaian serba serbi semua merah jambu . Muslimah sejati ... 5 minit kemudian datang waiter membawa jus Orange .
“Nama awak Cahaya Hatiku kan ..” Aku memulakan perbualan . Tapi agak tersasul sedikit . Sepatutnya aku bertanya hal lain . Ini tanya nama pula . Dia tersenyum manis . Dia mengangguk perlahan . Mungkin itulah nama dia yang sebenar .. Mungkin ..
“Pandai awak berkata – katakan .. Siapa yang beritahu nama orang kat awak ? Orang tak pernah cakap pun ..” Aku tersenyum mendengar soalan yang diajukan khas buat aku itu .
“Papa .. dia cakap nama awak Cahaya Hatiku ..Eh , itu nama samaran awak saja kan ..” Aku mula mengagak . Mana mungkin nama dia Cahaya Hatiku .
“Apalah awak ni . Sekolah saja dekat Universiti Al – Azhar . Tapi , tak tahu maksud Cahaya Hatiku tu apa ..” Aduh ! Bodohnya aku . Ah , papa ni memang sengaja nak kenakan aku . Baru aku ingat di sebalik perkataan Cahaya Hatiku itu .. Kenapalah aku langsung tak fikir . Ha , Nurul Qolbi ! I got it .. baru aku mengerti . Nurul Qolbi tu maksudnya Cahaya Hatiku ..
“Ala , jangan ingat abang tak tahu ek . Nama awak ni Nurul Qolbi kan .. Unik nama tu tau . Tak pernah lagi abang dengar .” Aku cuba untuk menutup malu . Cover line ..
"Hmm .. betullah tu . Bak kata ibu , nama menggambarkan sesuatu. Nama yang baik dipilih kepada anak dengan harapan anak akan menjadi sebaik nama yang diberikan . Macam orang ni , Nurul Qolbi tu maksudnya Cahaya Hatiku . Orang ni Cahaya Hati ibu dan ayah yang sentiasa menjaga dan menyayangi diri ni. Dan orang akan cuba sedaya upaya untuk menjadi cahaya yang menyinari hidup ibu dan ayah serta keluarga ." Banyak pula syarahan dia terhadap aku . Aku terpana mendengar kata – katanya .
“Erm , siapa orang tu ?” Aku jadi pelik pula mendengar butir bicaranya .
" Hehe .. orang tu maknanya saya la . Saya tak tahu nak bahasakan diri saya macam mana . Jadi , gunakan ‘orang’ kan senang . Memang selalu macam tu bila saya cakap dengan orang yang saya tak kenal . Nak bahasakan diri ni ‘aku’ rasa macam tak sopan pula . Dengan kawan yang dah kenal tak apa la. Tapi kalau nak bahasakan diri saya , rasa pelik pulak . Macam baik sangat pulak." Begitu petah sekali dia menerangkan padaku . Aku mengangguk tanda faham . Aku gelak mendengar kata – katanya . Dia memandang aneh ke arah aku .
“Kenapa gelak pula . Betul la apa orang cakap tu .” Dia jadi pelik setelah melihat aku ketawa mendengar penerangan darinya .
“Maksudnya , awak belum kenal abang lagi la ye ?” Aku bertanya kembali . Dia sekadar mengangguk . Betullah tu . Dia mungkin hanya mengetahui nama aku . Tapi belum mengenali aku dengan lebih dalam .. Eh , dia kan anak angkat papa , tak mungkin papa tak ceritakan perihal aku kepada dia ni ..Aku mula berfikir sendiri .
“Nama awak , Kekasih Yang Sempurna kan ..” dia pula yang mula meneka maksud di sebalik nama aku . Ya , Aqmal Habib maksudnya kekasih yang sempurna . Aku mengangguk perlahan . Dia tersenyum .
" Ok . Dengar ni. Sabda Rasulullah SAW : " Di antara kewajipan ayah kepada anaknya ialah mendidiknya baik- baik dan memberi nama yang baik." Berdasarkan hadis ni , jelaslah bahawa kita sebagai umat Nabi Muhammad seharusnya memilih nama yang baik kepada anak serta mendidiknya dengan ajaran Islam dengan sebaik mungkin . Betul tak?" Aku pula cuba mengujinya .
“Betul sangatlah tu awak . Ni mesti tanya papa lagikan tentang hadis tu ..”
“Hahaha” , berderai bunyi ketawa aku memecah kuping telinga aku ..
“Itu dah sampai tahap hina abang .. abang memang dah tau tentang hadis tu la Nurul ..”Aku semakin mula mesra dengan dia . Dia memang pandai mencuit hatiku .
“Kalau macam tu , cuba awak bagi sebab kenapa papa letak nama Aqmal Habib kat awak ?” Dia cuba menguji aku . Pantas aku memikirkan apa yang patut aku padankan dengan soalannya tadi .
“Nak tau sebabnya ? Sebab nak jadi Kekasih Yang Sempurna buat Nurul la . Nak ?” Aku mula mengatur bicara untuk memikatnya. Dia tersenyum malu . Wajahnya mulai kemerahan . Dia terdiam mendengar kata – kata aku .
“Nurul marah ek , abang cakap macam tu ?” Aku mula merasa serba salah setelah melihat dia terdiam .
“Tak ada lah awak ..” Dia kembali tersenyum .. Huh , selamat aku . Nasib dia tak marah .
“Jadi Nurul setuju la kan ..” Aku kembali mengusiknya ..
“Setuju apa ?” Dia kembali mengajukan soalan kepada aku .
“Jadi kekasih abang ..” Aku sekali lagi cuba untuk memikat hatinya . Dia tersenyum . Mungkin dia fikir aku ni main – main . Aku serius la Nurul .. Jeritku di dalam hati .
“Awak ni , main – main pula . Orang tanya , kenapa papa bagi nama Aqmal Habib ?” Suaranya sedikit ditegaskan kepada aku . Aku mengalah . Ternyata , dia memang tidak mudah untuk dipikat .
" Ye la . Abang jawab betul – betul . Nama abang , Nurul dah tahukan . Maksudnya Kekasih Yang Sempurna . Abang tak pandailah nak terangkan macam Nurul tadi . Nama abang ni papa pilih supaya abang menjadi insan yang punya hati dan perasaan yang baik kepada semua orang . Supaya abang menjadi Kekasih Yang Sempurna bukan hanya kepada perempuan yang abang cintai tetapi juga kepada ALLAH SWT yang mencipta abang . Juga kepada keluarga yang sentiasa menyayangi abang . Semoga abang akan bertemu dengan Cahaya Hati yang boleh menjadi pendamping dalam hidup abang ." Aku mengeluarkan pendapat aku sendiri . Mungkin betul la .. Hehe ..
“Eh , jam dah nak pukul 10.oo malam ni . Jom abang hantar Nurul balik .” Aku mula mengajaknya balik . Maklumlah , tak baik anak dara balik lewat malam . Tak manis dipandang orang .. Apapun , malam ini akan sentiasa menjadi kenangan buat selamanya ...
♥♥♥♥♥♥
Sepanjang tempoh perkenalan aku dengan Cahaya Hatiku yakni Nurul Qolbi , aku merasa sungguh bahagia . Sifatnya yang sopan santun menarik hati aku . Walaupun begitu , aku masih lagi belum berani untuk memberitahu perkara yang sebenar kepadanya . Aku mencintaimu Nurul Qolbi .. Aku bukan takut untuk berjumpa dengan orang tuanya . Tapi , aku khuatir jikalau dia tidak sudi menerima aku menjadi kekasih buatnya . Papa pula orang yang menjadi pengikat antara kami . Ternyata papa memang berkenan terhadap Nurul Qolbi . Mungkin budi bahasanya , yang menjadi tarikan kepada papa .
Sehinggalah suatu petang , aku memberanikan diri untuk berjumpa dengan ibu Nurul Qolbi . Mungkin inilah langkah terbaik untuk memberitahu perkara yang sebenar . Biarlah aku yang bertindak dahulu , sebelum papa menghantar rombongan merisik ...
"Mak cik , saya sebenarnya dah lama pendam perasaan ni . Dah lama saya sukakan anak mak cik . Saya tak tahu bila saya mula sayangkan dia, tapi yang jelas saya perlukan dia dalam hidup saya . Saya nak sunting Nurul sebagai pendamping dalam hidup saya . Saya nak kahwin dengan Nurul." Aku menarik lafaz lega setelah meluahkan apa yang terbuku di hatiku . Kebetulan Nurul pada hari itu , Nurul tiada di rumah kerana menemani papa ke suatu tempat . Aku sendiri pun tak pasti ke manakah Nurul bersama papa pergi .
“Mak cik tak tahu nak cakap apa . Aqmal tak beritahu Nurul ke pasal ni . Mak cik tak berani nak buat keputusan sebab yang nak kahwinnya kamu berdua . Bukan mak cik" Aku jadi bingung mendengar kata – kata dari ibu Nurul .
“Sebenarnya saya tak ada cakap apa pun pada Nurul . Saya takut dia salah anggap dan menolak saya . Jadi saya beranikan diri untuk terus beritahu mak cik"Aku menjawab dengan terus terang .
" Macam nilah. Nanti mak cik bincang dengan Nurul . Nanti kalau dia setuju , Aqmal bawalah orang tua Aqmal dan rombongan datang . Jangan risau , mak cik pasti , Nurul mesti setuju . Mak cik kenal anak mak cik," Aku terkejut mendengar kata – kata ibu Nurul . Ternyata ibu Nurul betul – betul yakin dengan keputusan yang bakal di buat oleh Nurul Semoga tanggapan ibu Nurul itu betul .. Ammiin ...
♥♥♥♥♥♥
Hari yang ditunggu – tunggu telah pun tiba . Hari ini aku dan Cahaya hatiku bakal disatukan . Nurul , telah pun menerima lamaran dari aku . Syukran ya Allah .. Moga aku betul – betul dapat menjadi Kekasih Yang Sempurna buat Cahaya Hatiku .. Moga , hubungan ini akan berkekalan hingga ke syurga .. Ammiin ...
-TAMAT-
By : SHIMASS

