JellyPages.com

Isnin, 16 Julai 2012

Mencari Bidadari

   Cuaca  cerah  perlahan – lahan  menjadi  mendung . Matahari  kian  hilang  sinarnya  di  balik  awan  putih  yang  kian  gelap  warnanya . Beberapa  minit  kemudian .......HUJAN............
   “Habib ,  abah  ada  sesuatu  yang  ingin  dibicarakan  pada  engkau .” Kata  Haji  Ismail  sambil  menggamit  lengan  anak  teruna  tunggalnya  iaitu  Habib  atau nama  sebenarnya  Muhammad  Habib . Habib  yang  pada  ketika  itu  sedang  asyik  memerhatikan  panorama  kala  hujan  turun  di  tepi  tingkap  segera  menoleh  ke  arah  ayahnya  Haji  Ismail . Dahi  Habib  berkerut  sedikit . Hairan , musykil  serta  tertanya – tanya  apa  yang  ingin  di ucapkan  oleh  ayahnya .
   “Ya , abah . Abah  mahu  berbicara  soal  apa  pada  Habib ? Habib  sedia mendengarnya .” kata  Habib  sambil  menghulurkan  sebuah  senyuman  yang  manis  penuh  ikhlas . Gigi  ratanya  jelas  terpamer . Putih  serta  tersusun  rapi . Haji  Ismail  masih  lagi  menatap  wajah  anaknya . Tetapi  mulutnya  masih  lagi  seperti  teragak – agak  mahu  dibuka . Mungkin  bimbang  apa yang  bakal  dikatakan  akan  menghiris  perasaan  anak  terunanya  itu .
   “Abah , apa  yang  abah pandang  pada  Habib ? Jangan  di renung  begitu  wajah  Habib . Habib  kurang  selesa  abah . Apa  itu  berita  buruk  yang  ingin  abah  sampaikan ? Kalau  benar  begitu , Habib  sabar  sahaja . Itu  semua  dugaan  dari  Allah . Bukankah  sabar  sebahagian  daripada  iman .” Ujar  Habib  dengan  panjang  lebar . Haji  Ismail  tersenyum  mendengar  sarahan  anaknya . Tidak  sia – sia  dia  menghantar  Habib  hingga  ke  Mesir  untuk  belajar  di  Universiti  Al – Azhar . Fikirnya .
   “Hem  begini  Habib . Abah  rasa  selayaknya  sekarang  kamu  mencari  isteri . Abah  sudah  tua . Nanti  bila  abah  tiada  siapa  lagi  yang  mahu  menemani  hidup  engkau  Habib .” Haji  Ismail  memulakan  percakapannya . Dia  berhenti  seketika . Kelihatan  Haji  Ismail  sudah  uzur  benar . Urat – urat  hijau  jelas  nampak  di tangan  kasarnya . Wajahnya  berkedut  seribu  namun  tetap  tenang .
   “Isteri ? Insyaallah  abah . Jodoh  itu  rahsia  dan  ketentuan  dari  Allah . Tapi  kenapa  harus  Habib  yang  cari  isteri ? Patutnya  abah  yang  cari  isteri . Bukankah  umi  sudah  lama  meninggal  dunia ? Kalau  abah  tidak  keberatan , Habib  boleh  saja  mencari  seorang  untuk  abah . Di  sekolah  tempat  Habib  mengajar  juga  ada  banyak  janda . Pilih  saja  salah  satu .” Habib  berseloroh  dengan  panjang  lebar . Sengaja  Habib  berbuat  lawak  sedikit  berharap  moga  Haji  Ismail  bakal  terhibur . Haji  Ismail  terbatuk  kecil  mendengar  bicara  Habib .
   “Habib , abah  tidak  main – main . Habib , abah  sudah  tua . Sebagai  seorang  ayah , abah  juga  punya keinginan  ingin  melihat  engkau  beristeri . Sebelum  abah  menutup  mata , abah  ingin  melihat  engkau  bahagia . Abah ....” Kata – kata  Haji  Ismail  terhenti  disitu . Matanya  mula  berkaca – kaca  menahan  sebak . Habib  pantas  menggenggam  erat  tangan  Haji  Ismail  serta  mencium  dahi  ayahnya . Habib  tahu  bahawa  Haji  Ismail  menyayangi  dan  mengambil  berat  perihalnya . Lebih – lebih  lagi , Habib  merupakan  anak  tunggal  Haji  Ismail .
   “Abah , jangan  berkata  begitu . Habib  sayang  abah . Insyaallah . Jodoh  pertemuan  di tangan  Allah . Ajal  maut juga  di  tangan  Allah . Insyaallah  abah . Pasti  abah  akan  sempat  melihat  Habib  pada  hari  yang  bahagia  buat  Habib . Bukan  buat  Habib  seorang . Tetapi  juga  buat  abah ...” Kata  Habib  sambil  mengesat  airmata  Haji  Ismail . Dalam  diam – diam  dia  berhasrat  ingin  mencari  dan   menunaikan  permintaan  ayahnya  itu . Bukan  ingin  menunaikan . Tetapi  memang  Habib  sudah  cukup  syarat  dan  kelayakan  untuk  mencari  bakal  isteri . Cuma  jodohnya  sahaja  belum   tiba .
   “Menjelang  tengah  malam , Habib  pun  terlena  setelah  selesai  melakukan  solat  sunat  istikharah . Memohon  diberikan  petunjuk  oleh  Allah  dalam  urusan  mencari  bakal  isteri . Habib  berserah  sepenuhnya  kepada  takdir . Dalam  kesyahduan  malam , Haji  Ismail  masih  lagi  berteleku  di  atas  tikar  sejadah . Berdoa  dengan  penuh  linangan  air mata . Berharap  semoga  dosa – dosanya  di ampuni  Allah  dan  berdoa  semoga  anaknya  bakal  dapat  mencari  seorang  bidadari  buat  pendamping  hidup  Habib  sendiri . Bidadari  solehah .
●●●●●●
   “Assalamualaikum  saudara .” Kedengaran  suara  seorang  perempuan  menyapa . Habib  yang  sedang  santai  menikmati  panorama  air  terjun  di  kampung  halamannya  segera  menjawab  salam  perempuan  itu .
   “Waalaikumussalam . Saudari  mencari  siapa ?” Tanya  Habib .
   “Saya  mencari  orang  yang  bernama  Habib .” Jawabnya . Habib  terkesima  sebentar . Hatinya  tertanya – tanya  siapa  perempuan  itu  yang  kepingin  menemuinya . Habib  merenung  wajah  perempuan  itu .  Wajahnya  samar – samar . Namun , Habib  tahu  perempuan  itu  mempunyai  rupa  paras  yang  menarik  juga . Berbaju  kurung  putih . Subhanallah . Indah  sungguh  bidadari  di hadapannya . Fikir Habib . Astagfirullah .. Habib  beristigfar  pantas  apabila  menyedari   perbuatannya  yang  tadi  boleh  mendatangkan  maksiat  kepadanya . Merenung  dan  memandang  wajah  seorang  perempuan  bukan  mahram  adalah  berdosa .
   “Sayalah  Habib . Ada  apa  saudari mencari  saya ?”
  “Apa  betul  saudara  ini  bernama  Muhammad  Habib  bin  Haji  Ismail ?”
   “Ya , itu  nama  penuh  saya . Ada  urusan apa  saudari  mencari  saya .”
   “Saya  ingin  melawat  saudara .” Jawabnya  ringkas . Habib  mengerutkan  dahinya  sedikit .  Habib  juga  menggaru – garu  kepalanya  yang  tidak  gatal . Dia  hairan . Untuk  apa  perempuan  itu  mahu  melawatnya . Dia  bukan  sakit . Malah  kenal  sama  perempuan  itu  juga tidak .
   “Saya  tahu  saudara  tidak  sakit . Saudara  juga  tidak  mengenali  saya . Tetapi  percayakah  saudara  kita  bertemu  kerana  Allah ? Allah  yang  mengaturkan  pertemuan  antara  kita . Jodoh  itu  ketentuan   Allah .” Ujarnya  dengan  panjang  lebar .
   “Jodoh ? Maksud  saudari apa ? Saya  kurang  mengerti .” Habib  bertanya  kembali  padanya .
   “Maaf  saudara  Habib . Saya  terpaksa  pergi . Semoga  kita  bertemu  lagi  dengan  izin  Allah . Insyallah . Assalammualaikum .” Selesai  berkata – kata . Perempuan itu  terus  berlalu  pergi . Belum  sempat  Habib  mengejar  perempuan  tersebut , dia  terus  menghilang . Habib  kecewa ! Tiba – tiba  tanpa  di duga muncul  seekor  ular  mematuk  kakinya . Habib  terus  terduduk . Tolong ! Tolong  Habib .......
●●●●●●
   “Habib ! Habib  bangun !” kata  Haji  Ismail . Mendengar  namanya  seperti  dipanggil , Habib  segera  membuka  mata . Rupanya  Habib  mengigau . Habib  segera  bangkit  dari  kamar   apabila  mendengar  ayahnya  sedang  mengetuk  pintu  kamarnya .
   “Eya , abah . Habib  sudah  bangun . Sebentar  lagi  Habib  menyusul  abah  ke  surau . Habib  mahu  bersiap  dahulu .” kata  Habib  dari  kamarnya . Habib  segera  pergi  ke  bilik  mandi . Takut  terlewat  untuk   bersolat  subuh  berjemaah  di surau .
●●●●●●
   Habib  masih  lagi  duduk  di  dalam  surau . Solat  subuh  telah  pun diselesaikan . Habib  masih  lagi  duduk  dan  termenung . Haji  Firdaus  yang  menjadi  imam  solat  subuh   tadi  duduk  dan  mendekatinya . Menyedari  kedatangan  Haji  Firdaus , Habib  segera  menghulurkan  tangan  untuk  bersalaman  dengan  Haji  Firdaus .
   “Habib ... semoga  Allah  merahmati  kamu .” kata  Haji  Firdaus .
   “Terima  kasih  pak  cik . Semoga  Allah merahmati  pak  cik  dan  keluarga  pak  cik juga .” Balas  Habib .
   “Habib , pak  cik  minta  maaf . Pak  cik  ingin  bertanya  sesuatu  pada  kamu .” kata  Haji  Firdaus . Habib  tersenyum  mendengar  kata – kata  Haji  Firdaus . Lucu . Belum  bertanya  sudah  mahu  meminta  maaf .
   “Ada  apa  pak  cik . Tanya  sahaja . Insyaallah , Saya  akan menjawab  sejujurnya . Lagipun  tiada  gunanya  juga  saya  mahu  berbohong  pada  pak  cik  ini . Apa  untungnya . Nah  tiada  bukan ...” Ujar  Habib  ringkas .
   “Apa  kamu  sudah  berpunya ? Maksud  pak cik , apa  kamu  sudah  ada calon  isteri ?” Tanya  Haji  Firdaus . Mata  Habib  membulat  mendengar  pertanyaan  Haji  Firdaus .  Secara  perlahan – lahan , ingatannya  mula  kembali  mengingati  mimpinya  semalam . Masih  terngiang- ngiang  di  telinga  Habib  ungkapan  perempuan  yang  muncul  di  dalam  mimpinya . “Jodoh  itu  ketentuan  Allah .”
   “Oh , soalan  itu . Mudah  saja . Saya  akan  menjawab  sejujurnya . Sebenarnya  saya  masih  lagi  solo . Saya  juga  belum  ada  calon  isteri . Masih  dalam  proses  mencari .” jawab  Habib  dengan  jujur .
   “Bagaimana  calon  isteri  yang  Habib  inginkan ?” Tanya  Haji  Firdaus  lagi .
   “Cukuplah  perempuan  itu  baik  akhlaknya  pak cik . Serta  solat  5  waktunya  dijaga  dengan  baik .” jawab  Habib  lagi .
   “Alhamdulillah ... Mujur  kamu  masih  belum  berpunya . Sebenarnya  pak  cik  ada  hajat . Kalau  pak  cik  satukan  kamu  dengan  anak  gadis  pak  cik , apa  kamu  mahu  menerima . Maafkan  pak  cik  andai  hajat  ini  terlalu  besar  untuk  kamu  tunaikan . Tetapi  pak  cik  berharap  sangat  ingin  mengambil  kamu  sebagai  menantu  pak  cik .” Tutur  Haji  Firdaus  dengan  berterus  terang . Degupan  jantungnya  kembali  normal  setelah  berjaya  meluahkan  apa  yang  tersirat  di hatinya . Kelihatan  Habib  seperti  lagi  berfikir . Dibiarkan  sahaja  Habib  melayan  perasaannya . Namun  tidak  lama .
   “Pak  cik . Jika  sudah  begitu , saya  tidak  kisah . Saya  sanggup  menerima  anak  pak  cik  sebagai  isteri  saya . Tetapi  pak  cik  berbincang  dulu  pada  anak pak  cik . Takut – takut  dia  pula  yang  tidak  sudi  menerima  saya . Maklumlah  saya  ini  tidak  tampan .” kata  Habib .
   “Kamu  ini  Habib . Ada – ada  saja . Baiklah . Pak  cik  akan  khabarkan  dulu  pada  anak  gadis  pak  cik  dulu . Setelah  dia  bersetuju , nanti  pak  cik  khabarkan  kepada  kamu . Em , pak  cik  minta  diri  dululah . Assalamualaikum Habib  menantu  pak  cik . Hehe .” Gurau  Haji  Firdaus . Sememangnya  hati  Haji  Firdaus  kini  lapang  dan  gembira . Sungguh  mulia  hati  Habib  kerana  mahu  menerima  tawarannya . Dalam  diam – diam  Haji  Firdaus  tidak  putus – putus  mengucapkan  rasa  syukur  pada  ilahi  atas  kesudian  Habib . Bukan  mudah  mahu menemui  lelaki  sebaik  Habib .
●●●●●●
Di  rumah  Haji Firdaus ... (selepas Isyak)
   “Aisyah !” panggil  Haji  Firdaus . Aisyah  anak  gadis  Haji  Firdaus  yang  sedang  sibuk  menyediakan  hidangan  malam  segera  mendapatkan  ayahnya .
   “Ada  apa  ayah ? Jom  kita  ke dapur . Makanan  sudah  siap . Ibu  juga  sudah  menunggu .” Pelawa  Aisyah . Haji  Firdaus  tanpa  membuang  masa  terus  berlalu  ke  dapur . Wajahnya  berseri – seri . Senyuman  Haji  Firdaus  juga  seakan  lebih  panjang  pada  malam  itu . Hajah  Fatimah  yang  juga  perasaan  akan  riak  wajah  suaminya .
   “Amboi  abang ... Berseri – seri  nampak  wajah  tu . Ada  apa – apa  ke ?” Tanya  Hajah  Fatimah . Aisyah  yang  melihat  situasi  itu  hanya  tersenyum . Dia  tahu  ayahnya  itu  sedang  gembira . Cumanya  dia  tidak  tahu  ayahnya  gembira  berkaitan  hal  apa .
   “Kita  makan  dulu . Lepas  makan  saya  nak  berbincang  sedikit  dengan  kamu  berdua .” kata  Haji  Firdaus . Selesai  bercakap , beliau  terus  membaca doa  makan . Upacara  makan  pun  bermula . Bunyi  pinggan  berlaga  dengan  sudu  juga  kelihatan  meriah . Ternyata  ikan  masak  lemak  cili  api  benar – benar  mencuri  selera  Haji  Firdaus . Siapa  lagi  kalau  bukan  Aisyah  yang  memasaknya .....
●●●●●●
   “Aisyah , apa  kamu  nak  ke  kalau  ayah  suruh  kamu  kawin ?” Tanya  Haji  Firdaus  sebaik – sahaja  mereka  bertiga  sudah  berkumpul  di ruang  tamu . Mata  Aisyah  membulat  mendengar  pertanyaan  ayahnya .
   “Err , kawin ?” Tanya  Aisyah .
   “Eya , kawin .. nak  ke  ?” kata  Haji  Firdaus . Sementara  Hajah  Fatimah  hanya  mendiamkan  diri . Lebih  suka  mendengar  dari  bercakap .
   “Err , Aisyah  memang  nak . Tapi ... Betul  ke  ayah  suruh  Aisyah  kawin ?” Tanya  Aisyah  lagi .
   “ Apa  muka  saya  ni  nampak  main – main  ke ? Ayah  serius  ni  Aisyah . Kalau  kamu  nak , ayah  boleh  tolong  carikan .” Ujar  Haji  Firdaus  dengan  wajah  yang  serius .
   “Eh , tak  usah  di cari  ayah !”
  “Kamu  sudah  ada  calon  ke ?” Tanya  Haji  Firdaus . Aisyah  mengeleng – gelengkan  kepalanya .
  “Kalau  tidak  ada  calon , kenapa  kamu  suruh  ayah  agar  tidak  mencari  calonnya  pula ?”
   “Aisyah  memang  tidak  ada  calonnya . Tetapi  semasa  di  Mesir  dahulu , Aisyah  ada  berjumpa  dengan  seorang  lelaki . Dia  3  tahun  lebih  tua  dari  Aisyah ..” kata  Aisyah . Haji  Firdaus  masih  lagi  berdiam . Menunggu  anaknya  menghabiskan  kata – katanya .
   “Dia  baik  dengan  Aisyah . Cumanya  kami  hanya  kawan  sahaja .” sambung  Aisyah  lagi .
   “Lalu  apa ? Kamu  mencintai  dia ?” Tanya  Haji  Firdaus  . Aisyah  mengangguk – anggukkan  kepalanya .
   “Setiap kali  Aisyah  bertemu  dia , ingin  rasanya  Aisyah  mahu  meluahkan  perasaan  kepada  dia . Tapi  Aisyah  tidak  mampu  ayah . Sampai  sekarang  Aisyah  masih  belum  meluahkan  pada  dia . Tapi  yang  pastinya  sekarang  dia  juga  solo  ayah .” ujar  Aisyah  dengan  panjang  lebar . Mendengar  jawapan  dari  Aisyah , wajah  Haji  Firdaus  mulai  suram . Fikirannya  mula  teringat  pada  Habib . Pemuda  yang  ramah , santun  lagi  baik  orangnya. Fikirnya , hasratnya  ingin  bermenantukan  Habib  mulai   pudar . Tidak  yakin  apakah  Habib  dan  Aisyah  mampu  disatukan ?
   “Boleh  kamu  bawa  pemuda  itu  berjumpa  ayah  dulu ? Kalau  berkenan  hati  ayah  padanya , nanti  ayah  akan  tolong  kamu  beterus  terang .” Tawar  Haji  Firdaus . Fikirnya , lebih  baik  dia  menemui  dulu  pemuda  yang  disukai  oleh  Aisyah  itu . Siapa  tahu  dia  mungkin  lebih  baik  dari  Habib .
●●●●●●
   Habib  masih  di kamarnya . Bersiap  sedia  mahu  ke  rumah  temannya  semasa  di  Mesir  dahulu . Katanya  di  rumah  kawannya  ada  majlis  makan -  makan . Ringkas  dan  tampan  sekali  rupa  paras  Habib  pada  malam  itu . Ibarat   seperti  pelakon  yang  bernama  Ashraf  Muslim !
   “Abah, Habib  pergi  dulu .” kata  Habib  sambil  menyalami  tangannya  Haji  Ismail .
●●●●●●
  Di  rumah  Haji  Firdaus ....
 “Ayah  dan  ibu  duduk  di  dapur  dulu . Nanti  bila  dia  sudah  sampai , nanti  Aisyah  suruh  dia  ke dapur .” kata  Aisyah . Haji  Firdaus  dan  Hajah  Fatimah  hanya  mengikut  sahaja  apa  yang  dipinta  oleh  Aisyah . Manakala  Aisyah  pula  berdebar- debar  rasa  jantungnya . ‘Semoga  ayah  menerima  dia  ya  Allah’ doa  hati  kecil  Aisyah . Tidak  lama  kemudian  kedengaran  bunyi  sebuah  kereta  datang .... Haji  Firdaus  pula  setia  menanti . Jantungnya  juga  berdebar . Tidak  tahu  kenapa .
   “Silakan  masuk . Ayah  dan  ibu  menunggu  di dapur .”pelawa  Aisyah . Lantas  pemuda  yang  dimaksudkan  Aisyah  segera  mengikuti  Aisyah .
   “Assalamualaikum ...”ucap  pemuda  itu . Haji  Firdaus  yang  dari  tadi  duduk  termenung  di  meja  makan  segera  mengangkat  muka . Namun , sebaik  sahaja  mengangkat  muka , Haji  Firdaus  terus  memeluk  pemuda  itu . Aisyah  dan  Hajah  Fatimah  juga  turut  panik  melihat  reaksi  Haji  Firdaus .
   “Habib !” kata  Haji  Firdaus . Aisyah  pula  semakin  hairan . Bagaimana  pula  Haji  Firdaus  boleh  mengenali  Habib  fikirnya .
   “Ya  Allah  kecil  dunia  ini  pak  cik !” balas  Habib  lagi .
   “Ayah ? Abang  Habib ? Bagaimana ... bagaimana  kalian  boleh  kenal ?” Tanya  Aisyah  lagi .
   “Aisyah , saya  mengenali  ayah  Aisyah   sebab  sering  selalu  terserempak  di  surau .” Jelas  Habib .
   “Eya , Aisyah . Malah  kami  juga  sering  bertukar  ganti  menjadi  imam . Habib  ni  tinggi  jugak  sekolahnya . Macam  kamu  jugak  Aisyah . Belajar  sampai  ke  negeri  Mesir .” Puji  Haji  Firdaus . Habib  pula  kelihatan  malu – malu  di puji  Haji  Firdaus . Manakala  wajah  Haji  Firdaus  pula  berseri  kembali  apabila  melihat  wajah  Habib . Seolah – olah  Habib  adalah  sumber  inspirasi   baginya .
   “Kamu  pula  Aisyah . Bagaimana  pulak  kamu  ni  boleh  kenal  dengan  budak  Habib  ni ?” Tanya  Haji  Firdaus  lagi . Aisyah  hanya  mendiamkan  diri . Malu  untuk  bertentangan  mata  dengan  Haji  Firdaus . Apalagi  dengan  Habib . Perasaan  malu  mulai  menguasai  dirinya .
   “Begini  pak  cik . Semasa  di  Mesir  dahulu , kami  memang  sering  dan  selalu  berhubung . Pendek  kata  kami  memang  selalu  berjumpalah .” jelas  Habib . Haji  Firdaus  hanya  menganggukkan  kepalanya . Kini , dia  mengerti  pemuda  yang  dicintai  Aisyah  itu  adalah  Habib . Subhanallah ....
   “Err , ayah  dan  abang  Habib . Jom  makan . Nanti  sejuk  pula  makanan  tu .” kata  Aisyah  spontan  sambil  mulutnya  menjuih  ke  arah  makanan  yang  terhidang  di  atas  meja . Habib  tersenyum  melihat  telatah  Aisyah . Dunia  ini  memang  kecil . Getus  hati  kecil  Habib .
   Melihat  semuanya  sudah  bersedia . Haji  Firdaus  pun  menyuruh  Habib  mengetuai  bacaan  doa  makan . Habib  tanpa  membantah , segera  membaca  mengikut  apa  yang  disuruh  Haji  Firdaus . Majlis  makan  malam  pun  bermula .........
●●●●●●
Ruang  tamu  di  rumah  Haji Firdaus ...
      “Begini  Habib , kamu  sudah  pun  mengenali  anak  pak  cik . Bagaimana ? Apa  kamu  mahu  menerima  cadangan  dari  pak  cik  tempoh  hari ? tanya  Haji  Firdaus . Aisyah  mengerutkan  dahinya . Cadangan ? Cadangan  apa ?  Fikir  Aisyah . Kepalanya  ligat  berfikir . Namun  tidak  disuarakan .
      “Pak  cik . Bukankah  saya  sudah  katakan  tempoh  hari . Saya  bersetuju  saja . Asalkan  pihak  pak  cik  sudi  menerima  saya . Lagipun  saya  ini  tidak  tampan . Siapalah  yang  mahu ...” kata  Habib  sambil  berlawak  sedikit .
   “Kamu  ini  Habib . Tidak  habis - habis  dengan  tidak  tampan . Bukan  paras  rupa  yang  kami  pentingkan . Tetapi  keikhlasan  hati  budi  kamu  yang  kami inginkan  dari  kamu .” Jelas  Haji  Firdaus .

   “Apa  pak  cik  sudah  bertanya  pada  Aisyah ?” kata  Habib  lagi . Haji  Firdaus  menggelengkan  kepalanya . Aisyah  dan  Haja  Fatimah  pula  semakin  hairan  dengan  situasi  itu .
   “Pak  cik  akan  tanyakan  sekarang . Aisyah  apa  kamu  mahu  kalau  ayah  satukan  kamu  dengan  Habib ?” Tanya Haji  Firdaus  spontan  kepada  Aisyah . Pipi  Aisyah  pula  mulai  kemerahan . Malu  mulai  mencengkam  segenap  hatinya . Mahu  menjawab  perkataan  ya  tapi  malu .....
   “Diam  tandanya  setuju .....”kata  Haji  Firdaus  mengusik  Aisyah . Habib  pula  hanya  tersenyum . Sememangnya  sejak  dari  dulu  lagi  Habib  memang  sudah  punya  hati  dan  perasaan  kepada  Aisyah . Tetapi  untuk  meluahkan  rasa  cintanya  kepada  Aisyah  terlalu  amat  sukar baginya . Habib  bukan  malu . Tetapi  pada  masa  itu  dia  belum  punya  kekuatan  untuk  berterus  terang . Kini  biarlah  dia  meluahkan  sekarang . Fikir  Habib . Ya  Rabb , bantu  aku . Getus  hati  kecil  Habib .
   “Sebenarnya  pak cik . Saya  memang  sudah  lama  punya  hati  sama  Aisyah . Sejak  pertemuan  pertama  kali  di  Mesir  juga  hati  saya  sudah  terpaut  kepadanya . Aisyah , sekiranya  kamu  mahu , apakah  kamu  sudi  menerima  saya  sebagai  suami  buat  kamu ? Apakah  kamu  sudi  menjadi  bidadari  buat  saya ?” Tanya  Habib  kepada  Aisyah . Hajah  Fatimah  dan  Haji  Firdaus  hanya  mendiamkan  diri . Membiarkan  sahaja . Habib  memang  seorang  pemuda  yang  betul – betul  berani . Getus  hati  kecil  Hajah  Fatimah . Memang  ciri – ciri  lelaki  yang  baik !
     “Tapi , bukankah  itu  terlalu  tergesa – gesa  abang ? Err  maksud  Aisyah , apa  kita  tidak  perlu  untuk  bercinta  dahulu ?” Tanya  Aisyah  lagi .
   “Dalam  islam  tiada  istilah  bercinta  sebelum  kahwin . Cinta  hanya  wujud  selepas kahwin . Begini , cinta  sebenarnya  adalah  cinta  yang  menyelamatkan  kekasih  dari  dosa . Cinta  sejati  ialah  cinta  yang  dapat  menjaga  kesucian  iman  dan  kekasihnya  ke  syurga . Jika  tulus  mencintai  maka  perlu  bertegas  dalam  perkara  ini . Jangan  digoda  oleh  nafsu  dan  ditipu  oleh  syaitan . Kerana  cinta  nafsu  dan  syaitan , zahirnya  menawan , hakikatnya   ia  adalah  dosa  dan  membawa  ke  neraka  Allah .” ujar  Habib  dengan  panjang  lebar .
   “Betul  kata  Habib  itu  Aisyah . Bercinta  selepas  kahwin  boleh  mendatangkan  banyak  pahala . Bercinta  sebelum  kahwin  pula  boleh  mendatangkan  banyak  dosa .” Sokong  Haji  Firdaus . Hajah  Fatimah  pula  hanya  mengangguk  tanda  setuju .
   “Hem , jika  sudah  begitu  suratannya . Aisyah  bersedia  menerimanya . Benarlah  kata  orang , jodoh  itu  ketentuan  Allah . Bertemu  dan  berpisah  kita  hanya  kerana  Allah .” kata Aisyah  lagi . Mendengar  ungkapan  Aisyah  yang  berbunyi ‘jodoh itu  ketentuan  Allah’ , Habib  tidak  putus – putus  mengucapkan  rasa  syukurnya  pada  ilahi . Kini  dia  mengerti , perempuan  yang  muncul  di dalam  mimpinya  tempoh  hari  ternyata  adalah  Aisyah .... Subhanallah .....
   Habib  juga  semakin  tidak  sabar  ingin  memberitahu  khabar  gembira  ini  kepada Haji  Ismail . Pasti  itu  khabar  yang  paling  gembira buat  ayahnya ...
-T A M A T-
By : SHIMASS .

Ahad, 27 Mei 2012

Andai Itu TakdirNya


   “Anak  tak  tahu  diuntung ! Menghabiskan  beras  dirumah  sahaja  tahu ! Hoi Aisyah ! Harapkan  nama  sahaja  cantik , tapi  pemalas !” Tengking  Mak  Siti  kepadaku . Aku  terkejut  dengan  tindakan  Mak Siti   yang  menyiram  sebaldi  air  terhadapku . Sampai  hati  Mak  Siti  memperlakukan  aku  sebegini . Aku  cuma  lewat  bangun , bukannya  aku  tidak  bangun  pun . Aku  pantas  bangkit  dari  katil . Aku  ingin  segera  menuju  ke  bilik  mandi , namun  pergerakan  aku  dihalang  oleh  Mak  Siti . Mak  Siti  menolak  tubuhku  hingga  jatuh  tersungkur  ke  bawah . Hampir  sahaja  kepalaku  terkena  bucu  katil . Kalau  tidak  pasti  bengkak  dahi  aku .
   “Aduh ! Apa  mak  ni  main  tolak – tolak . Sakitlah ! Aduh mak ! Aduh ! Sakit  mak ! Mak , Aisyah  janji  Aisyah  tak  akan  bangun  lewat  lagi .. Aisyah  janji  mak . Aduh  sakit  mak ..” Kataku  sambil  mengaduh  kesakitan . Sakitnya  bukan  kepalang  lagi  apabila  sebilah  rotan  hinggap  di seluruh  tubuhku . Namun  Mak  Siti  terus  sahaja  memukul  aku  tanpa  rasa  belas  kasihan . Aku  hanya  mampu  menangis  memohon  belas  kasihan  dari  Mak  Siti .
   Beginilah  kehidupan  aku  setiap  hari . Dipukul , ditendang , dirotan  sudah  menjadi  kebiasaan  buat  aku . Belum  lagi  ditambah  dengan  kata – kata  cacian  dan  makian .. Beginilah  nasib  aku  yang  bernama  Nur  Aisyah . Sejak  kecil  aku  tinggal  bersama  Mak  Siti . Ayahku  pula  sudah  lama  menghilangkan  diri tanpa  jejak . Mak  Siti  bukan  merupakan  ibu  kandungku . Mak  Siti  adalah  mak  cik  aku . Dia  adalah  kakak  kepada  bondaku . Setiap  hari , aku  berdoa  dan  sentiasa  berharap  semoga  ayahku  datang  bagi  membawaku  pergi  daripada  sebarang  penderitaan  yang  aku  hadapi  ini  . Sumpah ! Aku  sudah  jemu . Jemu  dengan  penderitaan  yang  aku   lalui  ini .
●●●●●●
     “Assalamualaikum . Mak  Siti ! Ooo Mak Siti” Terdengar  ucapan  salam  dilaungkan . Siapalah  yang  memberi  salam  itu . Aku  hanya  menjawab  didalam  hati . Tidak  berani  rasanya  aku  ingin  menyambut  tetamu  itu . Tetamu  itu  memanggil  Mak  Siti . Bukannya  Nur  Aisyah .
   “Waalaikumussalam . Eh , Ilham . Masuklah . Rumah  kayu  sahaja  ni  Ilham . Biasa – biasa  sahaja .” Kata  Mak  Siti  dengan  ramahnya . Aku  di dalam  bilik  hanya  memasang  telinga  sahaja . Aku  tidak  berani  untuk  keluar  daripada  kamar . Maklumlah , Mak Siti  dari  awal – awal  lagi  sudah  berpesan  terhadapku  perihal  ini . Apabila  ada  tetamu  datang  berkunjung  ke rumah , aku  pula  di arah  untuk  terperuk  di  dalam  kamar  tidurku . Aku  pun  tidak  tahu  kenapa  Mak Siti  sanggup  memperlakukan  aku  sebegini . Aku  dilakukan  persis  seperti  pembantu  rumah . Padahal  aku  ini  adalah  anak  saudaranya  sendiri . Bukannya  orang  lain  juga .
   Mak Siti  pula  bukannya  tiada  anak . Dia  ada  anak . Sofea  namanya . Atau  lebih  tepat  lagi  kak  Sofee . Itulah  panggilan  aku  terhadap  sepupu  aku  itu . Mak  Siti  asyik  beri  gelaran  pemalas  pada  aku . Padahal  kak  Sofee  itu  lagilah  pemalas . Asyik  nak  berlawa  sahaja . Ala , bedak  tebal – tebal  pun  tetap  jugak  sama  rupanya . Jongang . Haha . Bukan  nak  mengata , tapi  kenyataan .
   “Mak Siti . Mana  anak  Mak  Siti ? Lama  benar  dah  kami  tak  jumpa .” Kedengaran  suara  itu  bertanya  perihal  anak  Mak  Siti . Siapa   agaknya  dia  ya ? Aku  sendiri  tertanya – tanya .
   “Sofee , o Sofee . Cepatlah  sikit  buat  air  tu . Ni , haa , abang  Ilham  engkau  tak  sabar  nak  jumpa  engkau  ni .” Kata  Mak  Siti . Buat  air  konon . Entah – entah  air  kosong  sahaja  yang  dia  hidangkan . Aku tersenyum  sendirian  bila  memikirkan  soal  itu . Beberapa  minti  kemudian , terdengar  suara  kaki  kak Sofee  menuju  ke  ruang  tamu .
   “Err , minumlah . Air  kosong  aje . Maklumlah , tadi Sofee  sibuk  memasak  di  dapur . Jadi  Sofee  suruhlah  Aisyah  buat  air . Tak  sangka  air  kosong  aje  yang  dia  buat . Nak  buat  air  teh , tapi mak  pulak  dah  memanggil . Hehe .” Jawab  kak  Sofee  tergagap . Tengok ! Siap  guna  nama  aku  pulak  tu . Aku  tak  kisah sebab  kak  Sofee  memang  begitu . Dia  selalu  ambil  kesempatan  terhadap  aku .
   “Err , tak  apalah  Mak  Siti . Asal  tengkuk  ni  basah  pun  jadilah . Em , mana  Aisyah ? Siapa  Aisyah  tu  Mak  Siti . Tak  pernah  dengar  nama  dia  pun  sebelum  ni ?”
  “Aisyah ?  Aisyah  ada  dalam  bilik  dia . Biasalah , kalau  tak  dikejutkan dari  tidur  sampai  kiamat  pun  dia  tak  akan  bangun . Aisyah  itu  anak  saudara  mak  cik . Mak  cik  bela  dia  sejak  dia  dari  kecil  lagi .”
   “Mana  mak  ayah  Aisyah  Mak  Siti”
   “Ibunya  sudah  meninggal . Ayahnya  pula  hilang  entah  kemana . Itulah  mak  cik  kasihan  sungguh  pada  dia . Walaupun  Aisyah  hanya  anak  saudara  mak  cik , mak cik  sayang  dia  sangat – sangat . Mak  cik  belai  dan  beri  dia  kasih sayang  yang  cukup  pada  dia . Tapi  sayang , Aisyah  tak  pernah  anggap mak  cik  macam  mak  dia . Malah  dia  selalu  menyakitkan  hati  mak cik . Kadang – kadang  Sofee  kakak  sepupunya  sendiri  dipukulnya  jika  angin  marahnya  datang  melanda .” Ujar  Mak  Siti  dengan  panjang  lebar . Berderai  air mataku  mendengar  perbualan  Mak  Siti . Apa  salah  aku  pada  Mak  Siti  sampai  aku  sanggup  dihina  dan  dimalukan  di  depan  tetamu . Ingin  sahaja  aku  menjerit  dan  memberitahu  pada  tetamu  tersebut  yang  aku  bukan  seperti  Mak  Siti  ceritakan . Mana  pernah  aku  menampar  wajah  kak  Sofee . Malah  tangan  kak  Sofeelah  yang  sering  menampar  pipiku . Kadang – kadang  sampai  bengkak  bibirku .
   Aku  betul – betul kecewa  dengan  perlakuan  mereka . Kecewa  yang  amat  sangat ................................
●●●●●●
     “Selamat  malam  awak . Tak  tidur  lagi  ke ?” Sapa  suatu  suara  ketika  aku  sedang  menghayati  keindahan  bintang – bintang  di  langit . Hampir  sahaja  aku  menjerit  kerana  terkejut . Siapa  dia ? Suka – suka  sahaja  menyapa  aku . Kenal  pun  tidak .
   “Selalu  ke  Aisyah  duduk  termenung  di laman  luar  rumah  waktu  malam – malam  begini ? Tak  takut  ke ?” Tanyanya  lagi  kepadaku . Eh ! Bagaimana  dia  tahu  namaku ?
   “Awak  ni  siapa ? Bagaimana  awak  tahu  nama  kita ? Kita  tak  kenal  awak  pun ? Ha , kita  ingat . Ingat  sangat – sangat . Awak  ni  tetamu  yang  datang  tadikan  ?” Aku  pula  yang  bertanya  kepadanya .
   “Tadi  Mak  Siti  yang  kasi  tau . Aisyah .. Cantik  nama , seindah  orang  yang  empunya  nama  tersebut .”
   “Ala , jangalah  nak  bermadah – madah  pula . Kita  tanya  siapa  nama  awak ?”
   “Panggil  abang  pun  cukuplah  Aisyah . Lagipun  abang  ni  memang  lebih  tua  sikit  dari  Aisyah . Sebaya  Sofea . Lebih  sikitlah  dari  Sofea . Kiranya  abang ni  layak  dipanggil  abang  oleh  Sofea  dan  Aisyah .”
   “Apa  hubungan  abang  dengan  kak  Sofee ?” Pertanyaan  demi  pertanyaan  aku  berikan  kepadanya . Aku  sejujurnya  sudah  mengetahui  namanya . Cuma  aku  sahaja  yang  suka – suka  bertanya  namanya . Ilham  namanya . Cantik  nama  itu  bukan ? Nama  aku  pun  apa  kurangnya . Hikhikhik .
   “Abang  dan  Sofee cuma  kawan . Kami  kenal  dari  laman  Facebook . Abang  ingatkan  gambar  profil  yang  dia  gunakan  di  Facebook  itu  gambar  dia . Hem , rupanya  gambar  orang  lain  pulak .” Katanya  sambil  tersenyum  hambar . Kekecewaan  jelas  terpampar  diraut  wajahnya . Kasihan  sungguh . Hidup – hidup  pula  dia  ditipu  kak  Sofee . Hehe . Nasib  awaklah ...
   “Habis ? Kak  Sofee  guna  gambar  siapa  abang ?”
   “Aik ? Aisyah  tak  tahu  ke ?” Aku  hanya  menggeleng – gelengkan  kepala  mendengar  pertanyaannya . Aku  menggaru – garu  kepala  yang  tidak  gatal  tanda  kehairanan .
   “Maksud  abang  apa ? Kita  tak  fahamlah .” Terus  terang  aku  katakan  yang  aku  tidak  faham  dengan  kata – katanya  sebntar  tadi .
   “Em , biar  abang  tunjuk  kat  Aisyah . Abang  pun  tak  tahu  bagaimana  nak  jelaskan .” Katanya  pula . Aku  hanya  mengangguk . Dia  kemudian  mengeluarkan  laptop  dari  beg  sandangnya . Mungkin  dia  ingin  membuka  laman  Facebook . Aku menunggu  dengan  penuh  debaran ..
●●●●●●
   Hah ! Seperti  tidak  percaya  rasanya  bila  melihat  apa  yang  ditunjukkan  oleh  abang Ilham  kepadaku . Terbeliak  mata  kedua  biji  mata  aku  memandang  ke  arah  skrin  laptop  milik  abang  Ilham . Mahu  rasanya  aku  menjerit  memanggil  nama  kak  Sofee . Namun , aku  sedar . Aku  marah  pun  tiada  gunanya . Sampai  hati  kak  Sofee .
   “Sekarang  Aisyah  dah  fahamkan , apa  yang  abang  nak  beritahu  pada  Aisyah . Selama  ini  mati – mati  abang  ingat  yang  gambar  ini  milik  Sofea . Ternyata  bukan . Ternyata  juga  gambar  ini  milik  Aisyah .” Ujarnya  dengan  panjang  lebar . Aku  hanya  tunduk  diam  membisu . Timbul  pula  rasa  simpatiku  terhadap  abang  Ilham .
   “Abang , abang  suka  kat  kak  Sofee  sebab  gambar  itu  ek ?” Tanya  aku  kepadanya . Aduh ! Kenapa  muncul  pula  soalan  itu . Ades ! Tragis  betul  ini .
   “Siapa  cakap  abang  suka  pada  Sofea ? Aisyah ni , main  tembak  sahaja  bila  bercakap .” Jawabnya  pula . Aduh , malunya  aku . Terasa  pipiku  bertukar  merah  jambu  pula . Aku  tersengih – sengih  macam  kerang  busuk  mendengar  jawapannya  yang  spontan  itu .
   “Habis itu ? Yang  abang  sampai  sanggup  pergi  ke  kampung  ini  kenapa ? Mesti  sebab  abang  nak  jumpa  kat  kak  Sofee kan ..?” Aku  cuba  meneka lagi . Entah  kenapa  aku  merasa  seperti  selesa  pula  berbual  dengannya . Aku  berasa  begitu  serasi  sekali  berbual  dengan  abang  Ilham . Dan  paling  utama  sekali  , kenapa  aku  merasa  yang  dia  ialah  kunci  kepada  aku  untuk  keluar  dari  segala  penderitaan . Aku   menghembus  nafas  kecil . Semoga  tanggapan  aku  itu  benar .
   “Abang  pergi  kampung  ini  bukan  nak  jumpa  Sofea . Abang  ada  misi  yang  yang  hendak  diselesaikan  di sini . Kebetulan  Sofea  tinggal  di sini . So , abang  minta  kebenaran  untuk  tinggal  disini  selama  beberapa  hari .”
   “Misi ? Misi  apa  pulak ? Boleh  Aisyah  tahu ? Err , itupun  kalau  abang  sudi  berkongsi  cerita  dengan  kita .”
   “Abang  tak  kisah  Aisyah , kalau  Aisyah  nak  tahu .Sebenarnya , abang  ke sini  adalah  untuk  mencari  seseorang . Dulu , ayah  abang  pernah  berkahwin  dengan  orang  sini . Jadi  mak  abang  kira  orang  sini  jugaklah . Hehe .”
   “Lepas  itu ?”
   “Tapi , mak  abang  sudah  lama  meninggal  dunia . Semenjak  kejadian  itu , ayah  dihalau  oleh  mak  saudara  abang . Mak  saudara  abang  memang  tak  suka  pada  ayah . Malah  mak  saudara  abang  pernah  cakap  yang  dia  akan  benci  seluruh  keturunan  kami .”
   “Sampai  macam  itu  sekali  abang ?” Tanyaku  dengan  penuh  minat . Dia  mengangguk .
   “Jadi  abang  ke sini  cari  siapa ?”
   “Abang  cari  adik  abang . Dia  masih  tinggal  di  kampung  ini  bersama  mak  saudara  abang . Dulu , ayah  nak  ambil  adik  pergi  bersama  kami , tapi  mak  saudara  abang  halang  pulak . Dia  suka rela  ingin  mengambil  adik  abang  sebagai  anak  angkatnya . Ala , abang  rasa  dia  buat  begitu  sebab  tamakkan  harta . Ayah  banyak  harta . So , bila  dia  jaga  adik  tu , secara  tak  langsung  sebahagian  dari  harta  ayah  akan  berpindah  juga  pada  adik . Jadi , kiranya  dia  ni  nak  tumpang  kesenangan  macam  tu .. CERITA TAMAT !” Ceritanya  dengan  panjang  lebar . Aku  terpaku  mendengar  ceritanya .
   “Jadi  abang  sudah  jumpalah  siapa  adik  abang  itu ?” Tanyaku  lagi  ingin  tahu .
  “Yup” jawabnya  ringkas .
    “Siapa  dia “
“Nur  Aisyah  binti Hakim .” Jawabnya . Sekali  lagi  mata  aku  terbeliak . Nama  yang  disebutkan  oleh  abang  Ilham  serupa  dengan  namaku . Aku  terkesima  sebentar  mendengarnya . Betulkah apa  yang  aku  dengar  ini ?
   “Ya , Aisyah  ialah  adik  abang . Percayalah ... Ayah  juga  telah  melihat  gambar  Aisyah  di  Facebook . Katanya  wajah  Aisyah  memang  saling  tak  tumpah  seperti  arwah  ibu . Selain  itu , banyak  juga  info  tentang  Aisyah  abang  dapat  dari  Sofea . Abang  tahu  tentang  segala  perlakuan  Mak  Siti  terhadap  Aisyah . Segalanya  Aisyah ...” katanya  sambil  merenung  wajahku . Ternyata  doaku  selama  ini  dikabulkan  juga  oleh  Allah  swt . Alhamdulillah ..
●●●●●●
Sebulan  kemudian ..
   Alangkah  indahnya  hidup  ini  dirasakan . Hasrat  aku  ingin  berjumpa  dengan  ayah  kandungku  juga  telah  tercapai . Ayah  ternyata  tidak  melupakan  aku . Dan  yang  paling  seronok  ialah , aku  tidak  lagi  tinggal  bersama  Mak  Siti  dan  kak  Sofee . Apabila  mengetahui  yang  Ilham  ialah  abang  kepada  aku , Mak  Siti  terus  menghalau  aku  dan  abang  Ilham . Bagus ! Memang  itulah yang  aku  inginkan . Aku  ingin  terus  keluar  dari  rumah  yang  umpama  neraka  jahanam  buatku !
   “Lagi  satu  berita  yang  gembira  buat  kami  semua . Aku  dan  abang  Ilham  bakal  disatukan  tidak  lama  lagi . Majlis  perkahwinan  kami  bakal  dilangsungkan  tidak  lama  lagi . Hehe . Sebenarnya , abang  Ilham  adalah  abang  angkat  aku  rupanya . Aku   sendiri  tidak  mengetahui  pada  mulanya . Namun , itu  semua  ketentuan  yang  telah  ditentukan  oleh  Allah . Aku  bersyukur  dengan  nikmat  yang  telah  Allah  berikan ....
-TAMAT-
Karya :
SHIMASS ..

Sabtu, 4 Februari 2012

Hanya Dia ~ by (SHIMASS)

Hanya Dia

   Angin  malam  menghembus  perlahan . Dingin  sejuk  meresap  ke  dalam  jiwa . Suasana  sunyi  menggamit  rasa . Ah , alangkah  baiknya  jika  suasana  begini  ditemani  insan  tersayang ? Yakni  isteri ..  ya , isteri .. Tiba – tiba  tanpaku  sedari  airmata  gugur  jatuh  bercucuran . Sebak  mengenangkan  si   dia . Ya Allah , betapa  rindunya  aku  pada  si  dia . Tiada  siapa  yang  boleh  menggantikan  tempat  dia . Hanya  dia  yang  tetap  kukuh  bertakhta  di  sanubariku .

   Aisyah .. cantik  bukan  namanya ? Ya , secantik  orangnya . Hanya  Aisyah  satu – satunya  wanita  yang  dapat  menakhluki  diri  ini . Hanya  dia  yang  memahami  diri  ini . Semuanya  tentang  dia . Hanya  dia  wanita  yang  benar – benar  sempurna  di  mata  aku . Tapi  kenangan  hanya  tinggal  kenangan  sahaja  lagi . Aisyah  isteriku  telah  pun  dibawa  pergi  menghadap  ilahi  terlalu  awal . Ya , sungguh  terlalu  awal   tanpa  sempat  aku  bersedia  untuk  menghadapi  semua  dugaan  ini . Jiwaku  benar – benar  rasa  terseksa . Pedih  hati  ini  tidak  dapat  digambarkan  akibat  kehilangan  insan  tersayang .

   Senyuman  dan  lesung  pipit  Aisyah  masih  jelas  terukir  di  kotak  minda  ini . Semuanya  masih  jelas  tersimpan  kukuh  di  memori  ini . Aku  hanya  dapat  terus  berharap  semoga  rohmu  dicucuri  rahmat . Setiap  malam  selepas  solat  Isyak , aku  tidak  pernah  lupa  untuk  menyedekahkan  Al – Fatihah  untuknya . Hanya  mimpi  menjadi  penghubung  antara  aku  dan  Aisyah . Ketika  aku  tidur  di  dunia  realiti , aku  bangun  mencari  Aisyah  di  dunia  yang  entah  aku  sendiri  pun  tidak  mengerti . Aku  memanggil – manggil  nama  Aisyah . Setelah  sekian  lama  aku  terpekik – pekik  memanggil  namanya , barulah  Aisyah  datang  menemui  aku .

   Dia  seperti  biasa  apabila  menemuiku , dia  akan  menyalami  tanganku . Dia  memberi  salam  lantas  pantas  aku  menyahut  salamnya . Bila  bersua  dengannya , aku  selalu  mengadu  yang  aku  rindu  akan  dia . Aku  ingin  bersamanya  setiap  masa . Ada  juga  aku  mengajak  agar  dia  mengikutiku  pulang . Tapi , Aisyah  menolak  perlawaanku . Katanya , dia  lebih  selesa  tinggal  di tempat  berada  sekarang . Dia  mengusap  lembut  rambut  dan  wajahku . Wajahnya  mengukir  senyuman  yang  manis . Walaupun  begitu , di sebalik  senyumannya  seperti  tersimpan  sebuah  kedukaan  di  wajahnya . Aku  bertanya  jikalau  dia  mempunyai  masalah , tetapi  kata  Aisyah  dia  tidak  mempunyai  masalah . Aku  seperti  terpukau  dengan  kata – katanya . Aisyah  kemudian  menghilang  perlahan – lahan . “AISYAH !” jeritku . Pap ! Aku  terjatuh  dari  katil .

   Walau  setiap  hari  tubuhku  lebam  akibat  jatuh  dari  katil . Aku  rela . Asalkan  dapat  bertemu  dengan  Aisyah .. Walau  di  dalam  mimpi . ....

♥♥♥♥♥♥

   “Papa ..” Aku  tersentak  dari  lamunanku . Rupanya  Ain  yang  memanggilku . Ain adalah  hadiah  cinta  Aisyah  buatku . Aisyah  kecil .. Bisik  hati  kecilku ..
  “Ain  sayang .. kenapa  tak  tidur  lagi .” Tanyaku  kepadanya . Mana  tidaknya , sebentar  tadi  aku  menjenguknya  di bilik  dia  sudah  menutup  mata .
  “Papa  rindu  mama ?” Tiba – tiba  soalan  itu  yang  muncul  di bibir  manisnya . Aku  bingung . Ain  masih  terlalu  muda  untuk  tempat  dia  meluahkan  perasaan . Sekarang  Ain  sudah  pun  berusia  5  tahun . Masih  muda  bukan ? Terlalu  muda ..
  “Papa , tadi  Ain  mimpikan  mama .” Matanya  bulat  memandang  wajahku . Aku  hanya  tersenyum  kelat .
  “Papa , mama  cakap  kalau  papa  nak  kahwin  lagi  mama  izinkan ..”katanya  sambil  mengenyitkan  matanya  kepadaku . Aku  ketawa  mendengar  kata – kata  Ain . Tidak  mungkin  Ain . Mana  mungkin  aku  mahu  berkahwin  lagi . Bagiku  hanya  Aisyah  di  hati  ini . Aisyah  cinta  pertama  dan  terakhirku .
  “Papa , mesti   seronok  kalau  Ain  ada  mama  baru .. Ain  teringin  nak  rasa  masakan  seorang  mama . Apa  kata  kalau  papa  kahwin  dengan  Mak Yam ? Ain  tak  kisah  kalau mama  Ain  tu  tua .” kata  Ain  dengan  bersahaja . Aku  faham  maksudnya . Aku  tahu  dia  rindukan  belaian  kasih  sayang  dari  seorang  wanita . Hidupnya  kosong . Jika  aku  tiada  di  rumah , hanya  Mak Yam  tempat  dia  bermanja . Pembantu  rumah  kami . Kasihan  Ain ..
  “Ain  tidur  sayang .. esok  Ain  nak  pergi  sekolah .” kataku  malas  ingin  menyambung  kata – katanya . Aku  tahu , kalau  disambung  perbualannya , sampai  ke  hari  esok  tidak  habis . Nampaknya  Ain  memang  anak  yang  baik . Dia  mengikut  sahaja  kata – kataku  tanpa  membantah . Selamat  malam  Aisyah  kecilku ...

♥♥♥♥♥♥
   “Aisyah ..” sekali  lagi  beberapa  mutiara  jernih  gugur  dari  kelopak  mataku . Rasanya  baru  seperti  kelmarin  Aisyah  pergi  meninggalkan  aku . Aku  rindukan  dia . Hanya  Allah  sahaja  yang  tahu  bagaimana  peritnya  hati  apabila  ditinggalkannya . Lebih – lebih  lagi  orang   yang  kita  cintai . Entah  kenapa  mataku  ini  seperti  tidak  dapat  dilelapkan . Aku  ingin  bertemu  Aisyah  di dalam  mimpiku .  Ingin  rasanya  aku  mati  dari  terus  menanggung  derita  ini .  Mati ? Ya  mati .. aku  harus  mati  kalau  ingin  bertemu  selamanya  dengan  Aisyah .
 
   Aku  ambil  pisau  kecil  dari  laciku . Aku  letakkan  pisau  itu  betul – betul  di  pergelangan  tanganku . Aku  ingin  mati .
  
   “Papa !” tiba – tiba  Ain  menerjah  masuk  ke  bilikku . Ah ! Si  kecil  ini  masih  belum  tidur  rupanya .
  “Papa  nak  mati ? Kalau  papa  pergi  juga  macam  mama , siapa  nak  jaga  Ain  nanti ?” Tanyanya  kepadaku . Aku  tiba – tiba  kaku  mendengar  pertanyaannya . Ya  betul  katanya . Namun  semua  itu  aku  tidak  peduli . Hanya  Aisyah  dihati  ini . Ya , aku  punyai  idea . Idea  yang  dapat  menemukan  aku   dan  Ain  dengan  Aisyah . Aisyah  aku  akan  datang  membawa  pari – pari  milik  kita . Ya , membawa  Ain  bersama .
   “Kita  mati  sama – sama  Ain ..” habis  sahaja  ayatku , aku  terus  menusukkan  pisau  ke  perut  Ain . Ain  menjerit  kesakitan . Aku  ketawa  mendengarnya .
  “Sayang , lepas  ni  papa  pula  yang  akan  menyusul  Ain . Cepat  mati  sayang . Mama  dah  tunggu  tu .... haha .. Aisyah .. abang  datang ..” kataku  lagi , lantas  menikam  diriku  sendiri  dengan  pisau .... Allah ! Apa  yang  telah  aku  lakukan .. Namun  semuanya  sudah  terlambat  untuk  menyesal ........................

♥♥♥♥♥♥
KHAMIS , 2 MAC – 2 beranak  ditemui  mati  disebuah  banglo  kediaman  mereka . Dipercayai  seorang  kanak – kanak  yang  berusia  5  tahun dan  seorang  lelaki  yang  berusia  dalam  lingkungan  3o-an . 2  beranak  tersebut  dikenali  sebagai  Nur  Ain 5 , dan  Aiman 37 tahun .
  Mayat  kedua – duanya  dibawa  ke  hospital  bagi  siasatan  lanjut ...............

WARTAWAN : SHIMASS ....
BY : shimass