Hanya Dia
Angin malam menghembus perlahan . Dingin sejuk meresap ke dalam jiwa . Suasana sunyi menggamit rasa . Ah , alangkah baiknya jika suasana begini ditemani insan tersayang ? Yakni isteri .. ya , isteri .. Tiba – tiba tanpaku sedari airmata gugur jatuh bercucuran . Sebak mengenangkan si dia . Ya Allah , betapa rindunya aku pada si dia . Tiada siapa yang boleh menggantikan tempat dia . Hanya dia yang tetap kukuh bertakhta di sanubariku .
Aisyah .. cantik bukan namanya ? Ya , secantik orangnya . Hanya Aisyah satu – satunya wanita yang dapat menakhluki diri ini . Hanya dia yang memahami diri ini . Semuanya tentang dia . Hanya dia wanita yang benar – benar sempurna di mata aku . Tapi kenangan hanya tinggal kenangan sahaja lagi . Aisyah isteriku telah pun dibawa pergi menghadap ilahi terlalu awal . Ya , sungguh terlalu awal tanpa sempat aku bersedia untuk menghadapi semua dugaan ini . Jiwaku benar – benar rasa terseksa . Pedih hati ini tidak dapat digambarkan akibat kehilangan insan tersayang .
Senyuman dan lesung pipit Aisyah masih jelas terukir di kotak minda ini . Semuanya masih jelas tersimpan kukuh di memori ini . Aku hanya dapat terus berharap semoga rohmu dicucuri rahmat . Setiap malam selepas solat Isyak , aku tidak pernah lupa untuk menyedekahkan Al – Fatihah untuknya . Hanya mimpi menjadi penghubung antara aku dan Aisyah . Ketika aku tidur di dunia realiti , aku bangun mencari Aisyah di dunia yang entah aku sendiri pun tidak mengerti . Aku memanggil – manggil nama Aisyah . Setelah sekian lama aku terpekik – pekik memanggil namanya , barulah Aisyah datang menemui aku .
Dia seperti biasa apabila menemuiku , dia akan menyalami tanganku . Dia memberi salam lantas pantas aku menyahut salamnya . Bila bersua dengannya , aku selalu mengadu yang aku rindu akan dia . Aku ingin bersamanya setiap masa . Ada juga aku mengajak agar dia mengikutiku pulang . Tapi , Aisyah menolak perlawaanku . Katanya , dia lebih selesa tinggal di tempat berada sekarang . Dia mengusap lembut rambut dan wajahku . Wajahnya mengukir senyuman yang manis . Walaupun begitu , di sebalik senyumannya seperti tersimpan sebuah kedukaan di wajahnya . Aku bertanya jikalau dia mempunyai masalah , tetapi kata Aisyah dia tidak mempunyai masalah . Aku seperti terpukau dengan kata – katanya . Aisyah kemudian menghilang perlahan – lahan . “AISYAH !” jeritku . Pap ! Aku terjatuh dari katil .
Walau setiap hari tubuhku lebam akibat jatuh dari katil . Aku rela . Asalkan dapat bertemu dengan Aisyah .. Walau di dalam mimpi . ....
♥♥♥♥♥♥
“Papa ..” Aku tersentak dari lamunanku . Rupanya Ain yang memanggilku . Ain adalah hadiah cinta Aisyah buatku . Aisyah kecil .. Bisik hati kecilku ..
“Ain sayang .. kenapa tak tidur lagi .” Tanyaku kepadanya . Mana tidaknya , sebentar tadi aku menjenguknya di bilik dia sudah menutup mata .
“Papa rindu mama ?” Tiba – tiba soalan itu yang muncul di bibir manisnya . Aku bingung . Ain masih terlalu muda untuk tempat dia meluahkan perasaan . Sekarang Ain sudah pun berusia 5 tahun . Masih muda bukan ? Terlalu muda ..
“Papa , tadi Ain mimpikan mama .” Matanya bulat memandang wajahku . Aku hanya tersenyum kelat .
“Papa , mama cakap kalau papa nak kahwin lagi mama izinkan ..”katanya sambil mengenyitkan matanya kepadaku . Aku ketawa mendengar kata – kata Ain . Tidak mungkin Ain . Mana mungkin aku mahu berkahwin lagi . Bagiku hanya Aisyah di hati ini . Aisyah cinta pertama dan terakhirku .
“Papa , mesti seronok kalau Ain ada mama baru .. Ain teringin nak rasa masakan seorang mama . Apa kata kalau papa kahwin dengan Mak Yam ? Ain tak kisah kalau mama Ain tu tua .” kata Ain dengan bersahaja . Aku faham maksudnya . Aku tahu dia rindukan belaian kasih sayang dari seorang wanita . Hidupnya kosong . Jika aku tiada di rumah , hanya Mak Yam tempat dia bermanja . Pembantu rumah kami . Kasihan Ain ..
“Ain tidur sayang .. esok Ain nak pergi sekolah .” kataku malas ingin menyambung kata – katanya . Aku tahu , kalau disambung perbualannya , sampai ke hari esok tidak habis . Nampaknya Ain memang anak yang baik . Dia mengikut sahaja kata – kataku tanpa membantah . Selamat malam Aisyah kecilku ...
♥♥♥♥♥♥
“Aisyah ..” sekali lagi beberapa mutiara jernih gugur dari kelopak mataku . Rasanya baru seperti kelmarin Aisyah pergi meninggalkan aku . Aku rindukan dia . Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana peritnya hati apabila ditinggalkannya . Lebih – lebih lagi orang yang kita cintai . Entah kenapa mataku ini seperti tidak dapat dilelapkan . Aku ingin bertemu Aisyah di dalam mimpiku . Ingin rasanya aku mati dari terus menanggung derita ini . Mati ? Ya mati .. aku harus mati kalau ingin bertemu selamanya dengan Aisyah .
Aku ambil pisau kecil dari laciku . Aku letakkan pisau itu betul – betul di pergelangan tanganku . Aku ingin mati .
“Papa !” tiba – tiba Ain menerjah masuk ke bilikku . Ah ! Si kecil ini masih belum tidur rupanya .
“Papa nak mati ? Kalau papa pergi juga macam mama , siapa nak jaga Ain nanti ?” Tanyanya kepadaku . Aku tiba – tiba kaku mendengar pertanyaannya . Ya betul katanya . Namun semua itu aku tidak peduli . Hanya Aisyah dihati ini . Ya , aku punyai idea . Idea yang dapat menemukan aku dan Ain dengan Aisyah . Aisyah aku akan datang membawa pari – pari milik kita . Ya , membawa Ain bersama .
“Kita mati sama – sama Ain ..” habis sahaja ayatku , aku terus menusukkan pisau ke perut Ain . Ain menjerit kesakitan . Aku ketawa mendengarnya .
“Sayang , lepas ni papa pula yang akan menyusul Ain . Cepat mati sayang . Mama dah tunggu tu .... haha .. Aisyah .. abang datang ..” kataku lagi , lantas menikam diriku sendiri dengan pisau .... Allah ! Apa yang telah aku lakukan .. Namun semuanya sudah terlambat untuk menyesal ........................
♥♥♥♥♥♥
KHAMIS , 2 MAC – 2 beranak ditemui mati disebuah banglo kediaman mereka . Dipercayai seorang kanak – kanak yang berusia 5 tahun dan seorang lelaki yang berusia dalam lingkungan 3o-an . 2 beranak tersebut dikenali sebagai Nur Ain 5 , dan Aiman 37 tahun .
Mayat kedua – duanya dibawa ke hospital bagi siasatan lanjut ...............
WARTAWAN : SHIMASS ....
BY : shimass


Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum .Sila tinggalkan komen anda .
-jika suka , datang lagi ke blog ini :)