JellyPages.com

Isnin, 16 Julai 2012

Mencari Bidadari

   Cuaca  cerah  perlahan – lahan  menjadi  mendung . Matahari  kian  hilang  sinarnya  di  balik  awan  putih  yang  kian  gelap  warnanya . Beberapa  minit  kemudian .......HUJAN............
   “Habib ,  abah  ada  sesuatu  yang  ingin  dibicarakan  pada  engkau .” Kata  Haji  Ismail  sambil  menggamit  lengan  anak  teruna  tunggalnya  iaitu  Habib  atau nama  sebenarnya  Muhammad  Habib . Habib  yang  pada  ketika  itu  sedang  asyik  memerhatikan  panorama  kala  hujan  turun  di  tepi  tingkap  segera  menoleh  ke  arah  ayahnya  Haji  Ismail . Dahi  Habib  berkerut  sedikit . Hairan , musykil  serta  tertanya – tanya  apa  yang  ingin  di ucapkan  oleh  ayahnya .
   “Ya , abah . Abah  mahu  berbicara  soal  apa  pada  Habib ? Habib  sedia mendengarnya .” kata  Habib  sambil  menghulurkan  sebuah  senyuman  yang  manis  penuh  ikhlas . Gigi  ratanya  jelas  terpamer . Putih  serta  tersusun  rapi . Haji  Ismail  masih  lagi  menatap  wajah  anaknya . Tetapi  mulutnya  masih  lagi  seperti  teragak – agak  mahu  dibuka . Mungkin  bimbang  apa yang  bakal  dikatakan  akan  menghiris  perasaan  anak  terunanya  itu .
   “Abah , apa  yang  abah pandang  pada  Habib ? Jangan  di renung  begitu  wajah  Habib . Habib  kurang  selesa  abah . Apa  itu  berita  buruk  yang  ingin  abah  sampaikan ? Kalau  benar  begitu , Habib  sabar  sahaja . Itu  semua  dugaan  dari  Allah . Bukankah  sabar  sebahagian  daripada  iman .” Ujar  Habib  dengan  panjang  lebar . Haji  Ismail  tersenyum  mendengar  sarahan  anaknya . Tidak  sia – sia  dia  menghantar  Habib  hingga  ke  Mesir  untuk  belajar  di  Universiti  Al – Azhar . Fikirnya .
   “Hem  begini  Habib . Abah  rasa  selayaknya  sekarang  kamu  mencari  isteri . Abah  sudah  tua . Nanti  bila  abah  tiada  siapa  lagi  yang  mahu  menemani  hidup  engkau  Habib .” Haji  Ismail  memulakan  percakapannya . Dia  berhenti  seketika . Kelihatan  Haji  Ismail  sudah  uzur  benar . Urat – urat  hijau  jelas  nampak  di tangan  kasarnya . Wajahnya  berkedut  seribu  namun  tetap  tenang .
   “Isteri ? Insyaallah  abah . Jodoh  itu  rahsia  dan  ketentuan  dari  Allah . Tapi  kenapa  harus  Habib  yang  cari  isteri ? Patutnya  abah  yang  cari  isteri . Bukankah  umi  sudah  lama  meninggal  dunia ? Kalau  abah  tidak  keberatan , Habib  boleh  saja  mencari  seorang  untuk  abah . Di  sekolah  tempat  Habib  mengajar  juga  ada  banyak  janda . Pilih  saja  salah  satu .” Habib  berseloroh  dengan  panjang  lebar . Sengaja  Habib  berbuat  lawak  sedikit  berharap  moga  Haji  Ismail  bakal  terhibur . Haji  Ismail  terbatuk  kecil  mendengar  bicara  Habib .
   “Habib , abah  tidak  main – main . Habib , abah  sudah  tua . Sebagai  seorang  ayah , abah  juga  punya keinginan  ingin  melihat  engkau  beristeri . Sebelum  abah  menutup  mata , abah  ingin  melihat  engkau  bahagia . Abah ....” Kata – kata  Haji  Ismail  terhenti  disitu . Matanya  mula  berkaca – kaca  menahan  sebak . Habib  pantas  menggenggam  erat  tangan  Haji  Ismail  serta  mencium  dahi  ayahnya . Habib  tahu  bahawa  Haji  Ismail  menyayangi  dan  mengambil  berat  perihalnya . Lebih – lebih  lagi , Habib  merupakan  anak  tunggal  Haji  Ismail .
   “Abah , jangan  berkata  begitu . Habib  sayang  abah . Insyaallah . Jodoh  pertemuan  di tangan  Allah . Ajal  maut juga  di  tangan  Allah . Insyaallah  abah . Pasti  abah  akan  sempat  melihat  Habib  pada  hari  yang  bahagia  buat  Habib . Bukan  buat  Habib  seorang . Tetapi  juga  buat  abah ...” Kata  Habib  sambil  mengesat  airmata  Haji  Ismail . Dalam  diam – diam  dia  berhasrat  ingin  mencari  dan   menunaikan  permintaan  ayahnya  itu . Bukan  ingin  menunaikan . Tetapi  memang  Habib  sudah  cukup  syarat  dan  kelayakan  untuk  mencari  bakal  isteri . Cuma  jodohnya  sahaja  belum   tiba .
   “Menjelang  tengah  malam , Habib  pun  terlena  setelah  selesai  melakukan  solat  sunat  istikharah . Memohon  diberikan  petunjuk  oleh  Allah  dalam  urusan  mencari  bakal  isteri . Habib  berserah  sepenuhnya  kepada  takdir . Dalam  kesyahduan  malam , Haji  Ismail  masih  lagi  berteleku  di  atas  tikar  sejadah . Berdoa  dengan  penuh  linangan  air mata . Berharap  semoga  dosa – dosanya  di ampuni  Allah  dan  berdoa  semoga  anaknya  bakal  dapat  mencari  seorang  bidadari  buat  pendamping  hidup  Habib  sendiri . Bidadari  solehah .
●●●●●●
   “Assalamualaikum  saudara .” Kedengaran  suara  seorang  perempuan  menyapa . Habib  yang  sedang  santai  menikmati  panorama  air  terjun  di  kampung  halamannya  segera  menjawab  salam  perempuan  itu .
   “Waalaikumussalam . Saudari  mencari  siapa ?” Tanya  Habib .
   “Saya  mencari  orang  yang  bernama  Habib .” Jawabnya . Habib  terkesima  sebentar . Hatinya  tertanya – tanya  siapa  perempuan  itu  yang  kepingin  menemuinya . Habib  merenung  wajah  perempuan  itu .  Wajahnya  samar – samar . Namun , Habib  tahu  perempuan  itu  mempunyai  rupa  paras  yang  menarik  juga . Berbaju  kurung  putih . Subhanallah . Indah  sungguh  bidadari  di hadapannya . Fikir Habib . Astagfirullah .. Habib  beristigfar  pantas  apabila  menyedari   perbuatannya  yang  tadi  boleh  mendatangkan  maksiat  kepadanya . Merenung  dan  memandang  wajah  seorang  perempuan  bukan  mahram  adalah  berdosa .
   “Sayalah  Habib . Ada  apa  saudari mencari  saya ?”
  “Apa  betul  saudara  ini  bernama  Muhammad  Habib  bin  Haji  Ismail ?”
   “Ya , itu  nama  penuh  saya . Ada  urusan apa  saudari  mencari  saya .”
   “Saya  ingin  melawat  saudara .” Jawabnya  ringkas . Habib  mengerutkan  dahinya  sedikit .  Habib  juga  menggaru – garu  kepalanya  yang  tidak  gatal . Dia  hairan . Untuk  apa  perempuan  itu  mahu  melawatnya . Dia  bukan  sakit . Malah  kenal  sama  perempuan  itu  juga tidak .
   “Saya  tahu  saudara  tidak  sakit . Saudara  juga  tidak  mengenali  saya . Tetapi  percayakah  saudara  kita  bertemu  kerana  Allah ? Allah  yang  mengaturkan  pertemuan  antara  kita . Jodoh  itu  ketentuan   Allah .” Ujarnya  dengan  panjang  lebar .
   “Jodoh ? Maksud  saudari apa ? Saya  kurang  mengerti .” Habib  bertanya  kembali  padanya .
   “Maaf  saudara  Habib . Saya  terpaksa  pergi . Semoga  kita  bertemu  lagi  dengan  izin  Allah . Insyallah . Assalammualaikum .” Selesai  berkata – kata . Perempuan itu  terus  berlalu  pergi . Belum  sempat  Habib  mengejar  perempuan  tersebut , dia  terus  menghilang . Habib  kecewa ! Tiba – tiba  tanpa  di duga muncul  seekor  ular  mematuk  kakinya . Habib  terus  terduduk . Tolong ! Tolong  Habib .......
●●●●●●
   “Habib ! Habib  bangun !” kata  Haji  Ismail . Mendengar  namanya  seperti  dipanggil , Habib  segera  membuka  mata . Rupanya  Habib  mengigau . Habib  segera  bangkit  dari  kamar   apabila  mendengar  ayahnya  sedang  mengetuk  pintu  kamarnya .
   “Eya , abah . Habib  sudah  bangun . Sebentar  lagi  Habib  menyusul  abah  ke  surau . Habib  mahu  bersiap  dahulu .” kata  Habib  dari  kamarnya . Habib  segera  pergi  ke  bilik  mandi . Takut  terlewat  untuk   bersolat  subuh  berjemaah  di surau .
●●●●●●
   Habib  masih  lagi  duduk  di  dalam  surau . Solat  subuh  telah  pun diselesaikan . Habib  masih  lagi  duduk  dan  termenung . Haji  Firdaus  yang  menjadi  imam  solat  subuh   tadi  duduk  dan  mendekatinya . Menyedari  kedatangan  Haji  Firdaus , Habib  segera  menghulurkan  tangan  untuk  bersalaman  dengan  Haji  Firdaus .
   “Habib ... semoga  Allah  merahmati  kamu .” kata  Haji  Firdaus .
   “Terima  kasih  pak  cik . Semoga  Allah merahmati  pak  cik  dan  keluarga  pak  cik juga .” Balas  Habib .
   “Habib , pak  cik  minta  maaf . Pak  cik  ingin  bertanya  sesuatu  pada  kamu .” kata  Haji  Firdaus . Habib  tersenyum  mendengar  kata – kata  Haji  Firdaus . Lucu . Belum  bertanya  sudah  mahu  meminta  maaf .
   “Ada  apa  pak  cik . Tanya  sahaja . Insyaallah , Saya  akan menjawab  sejujurnya . Lagipun  tiada  gunanya  juga  saya  mahu  berbohong  pada  pak  cik  ini . Apa  untungnya . Nah  tiada  bukan ...” Ujar  Habib  ringkas .
   “Apa  kamu  sudah  berpunya ? Maksud  pak cik , apa  kamu  sudah  ada calon  isteri ?” Tanya  Haji  Firdaus . Mata  Habib  membulat  mendengar  pertanyaan  Haji  Firdaus .  Secara  perlahan – lahan , ingatannya  mula  kembali  mengingati  mimpinya  semalam . Masih  terngiang- ngiang  di  telinga  Habib  ungkapan  perempuan  yang  muncul  di  dalam  mimpinya . “Jodoh  itu  ketentuan  Allah .”
   “Oh , soalan  itu . Mudah  saja . Saya  akan  menjawab  sejujurnya . Sebenarnya  saya  masih  lagi  solo . Saya  juga  belum  ada  calon  isteri . Masih  dalam  proses  mencari .” jawab  Habib  dengan  jujur .
   “Bagaimana  calon  isteri  yang  Habib  inginkan ?” Tanya  Haji  Firdaus  lagi .
   “Cukuplah  perempuan  itu  baik  akhlaknya  pak cik . Serta  solat  5  waktunya  dijaga  dengan  baik .” jawab  Habib  lagi .
   “Alhamdulillah ... Mujur  kamu  masih  belum  berpunya . Sebenarnya  pak  cik  ada  hajat . Kalau  pak  cik  satukan  kamu  dengan  anak  gadis  pak  cik , apa  kamu  mahu  menerima . Maafkan  pak  cik  andai  hajat  ini  terlalu  besar  untuk  kamu  tunaikan . Tetapi  pak  cik  berharap  sangat  ingin  mengambil  kamu  sebagai  menantu  pak  cik .” Tutur  Haji  Firdaus  dengan  berterus  terang . Degupan  jantungnya  kembali  normal  setelah  berjaya  meluahkan  apa  yang  tersirat  di hatinya . Kelihatan  Habib  seperti  lagi  berfikir . Dibiarkan  sahaja  Habib  melayan  perasaannya . Namun  tidak  lama .
   “Pak  cik . Jika  sudah  begitu , saya  tidak  kisah . Saya  sanggup  menerima  anak  pak  cik  sebagai  isteri  saya . Tetapi  pak  cik  berbincang  dulu  pada  anak pak  cik . Takut – takut  dia  pula  yang  tidak  sudi  menerima  saya . Maklumlah  saya  ini  tidak  tampan .” kata  Habib .
   “Kamu  ini  Habib . Ada – ada  saja . Baiklah . Pak  cik  akan  khabarkan  dulu  pada  anak  gadis  pak  cik  dulu . Setelah  dia  bersetuju , nanti  pak  cik  khabarkan  kepada  kamu . Em , pak  cik  minta  diri  dululah . Assalamualaikum Habib  menantu  pak  cik . Hehe .” Gurau  Haji  Firdaus . Sememangnya  hati  Haji  Firdaus  kini  lapang  dan  gembira . Sungguh  mulia  hati  Habib  kerana  mahu  menerima  tawarannya . Dalam  diam – diam  Haji  Firdaus  tidak  putus – putus  mengucapkan  rasa  syukur  pada  ilahi  atas  kesudian  Habib . Bukan  mudah  mahu menemui  lelaki  sebaik  Habib .
●●●●●●
Di  rumah  Haji Firdaus ... (selepas Isyak)
   “Aisyah !” panggil  Haji  Firdaus . Aisyah  anak  gadis  Haji  Firdaus  yang  sedang  sibuk  menyediakan  hidangan  malam  segera  mendapatkan  ayahnya .
   “Ada  apa  ayah ? Jom  kita  ke dapur . Makanan  sudah  siap . Ibu  juga  sudah  menunggu .” Pelawa  Aisyah . Haji  Firdaus  tanpa  membuang  masa  terus  berlalu  ke  dapur . Wajahnya  berseri – seri . Senyuman  Haji  Firdaus  juga  seakan  lebih  panjang  pada  malam  itu . Hajah  Fatimah  yang  juga  perasaan  akan  riak  wajah  suaminya .
   “Amboi  abang ... Berseri – seri  nampak  wajah  tu . Ada  apa – apa  ke ?” Tanya  Hajah  Fatimah . Aisyah  yang  melihat  situasi  itu  hanya  tersenyum . Dia  tahu  ayahnya  itu  sedang  gembira . Cumanya  dia  tidak  tahu  ayahnya  gembira  berkaitan  hal  apa .
   “Kita  makan  dulu . Lepas  makan  saya  nak  berbincang  sedikit  dengan  kamu  berdua .” kata  Haji  Firdaus . Selesai  bercakap , beliau  terus  membaca doa  makan . Upacara  makan  pun  bermula . Bunyi  pinggan  berlaga  dengan  sudu  juga  kelihatan  meriah . Ternyata  ikan  masak  lemak  cili  api  benar – benar  mencuri  selera  Haji  Firdaus . Siapa  lagi  kalau  bukan  Aisyah  yang  memasaknya .....
●●●●●●
   “Aisyah , apa  kamu  nak  ke  kalau  ayah  suruh  kamu  kawin ?” Tanya  Haji  Firdaus  sebaik – sahaja  mereka  bertiga  sudah  berkumpul  di ruang  tamu . Mata  Aisyah  membulat  mendengar  pertanyaan  ayahnya .
   “Err , kawin ?” Tanya  Aisyah .
   “Eya , kawin .. nak  ke  ?” kata  Haji  Firdaus . Sementara  Hajah  Fatimah  hanya  mendiamkan  diri . Lebih  suka  mendengar  dari  bercakap .
   “Err , Aisyah  memang  nak . Tapi ... Betul  ke  ayah  suruh  Aisyah  kawin ?” Tanya  Aisyah  lagi .
   “ Apa  muka  saya  ni  nampak  main – main  ke ? Ayah  serius  ni  Aisyah . Kalau  kamu  nak , ayah  boleh  tolong  carikan .” Ujar  Haji  Firdaus  dengan  wajah  yang  serius .
   “Eh , tak  usah  di cari  ayah !”
  “Kamu  sudah  ada  calon  ke ?” Tanya  Haji  Firdaus . Aisyah  mengeleng – gelengkan  kepalanya .
  “Kalau  tidak  ada  calon , kenapa  kamu  suruh  ayah  agar  tidak  mencari  calonnya  pula ?”
   “Aisyah  memang  tidak  ada  calonnya . Tetapi  semasa  di  Mesir  dahulu , Aisyah  ada  berjumpa  dengan  seorang  lelaki . Dia  3  tahun  lebih  tua  dari  Aisyah ..” kata  Aisyah . Haji  Firdaus  masih  lagi  berdiam . Menunggu  anaknya  menghabiskan  kata – katanya .
   “Dia  baik  dengan  Aisyah . Cumanya  kami  hanya  kawan  sahaja .” sambung  Aisyah  lagi .
   “Lalu  apa ? Kamu  mencintai  dia ?” Tanya  Haji  Firdaus  . Aisyah  mengangguk – anggukkan  kepalanya .
   “Setiap kali  Aisyah  bertemu  dia , ingin  rasanya  Aisyah  mahu  meluahkan  perasaan  kepada  dia . Tapi  Aisyah  tidak  mampu  ayah . Sampai  sekarang  Aisyah  masih  belum  meluahkan  pada  dia . Tapi  yang  pastinya  sekarang  dia  juga  solo  ayah .” ujar  Aisyah  dengan  panjang  lebar . Mendengar  jawapan  dari  Aisyah , wajah  Haji  Firdaus  mulai  suram . Fikirannya  mula  teringat  pada  Habib . Pemuda  yang  ramah , santun  lagi  baik  orangnya. Fikirnya , hasratnya  ingin  bermenantukan  Habib  mulai   pudar . Tidak  yakin  apakah  Habib  dan  Aisyah  mampu  disatukan ?
   “Boleh  kamu  bawa  pemuda  itu  berjumpa  ayah  dulu ? Kalau  berkenan  hati  ayah  padanya , nanti  ayah  akan  tolong  kamu  beterus  terang .” Tawar  Haji  Firdaus . Fikirnya , lebih  baik  dia  menemui  dulu  pemuda  yang  disukai  oleh  Aisyah  itu . Siapa  tahu  dia  mungkin  lebih  baik  dari  Habib .
●●●●●●
   Habib  masih  di kamarnya . Bersiap  sedia  mahu  ke  rumah  temannya  semasa  di  Mesir  dahulu . Katanya  di  rumah  kawannya  ada  majlis  makan -  makan . Ringkas  dan  tampan  sekali  rupa  paras  Habib  pada  malam  itu . Ibarat   seperti  pelakon  yang  bernama  Ashraf  Muslim !
   “Abah, Habib  pergi  dulu .” kata  Habib  sambil  menyalami  tangannya  Haji  Ismail .
●●●●●●
  Di  rumah  Haji  Firdaus ....
 “Ayah  dan  ibu  duduk  di  dapur  dulu . Nanti  bila  dia  sudah  sampai , nanti  Aisyah  suruh  dia  ke dapur .” kata  Aisyah . Haji  Firdaus  dan  Hajah  Fatimah  hanya  mengikut  sahaja  apa  yang  dipinta  oleh  Aisyah . Manakala  Aisyah  pula  berdebar- debar  rasa  jantungnya . ‘Semoga  ayah  menerima  dia  ya  Allah’ doa  hati  kecil  Aisyah . Tidak  lama  kemudian  kedengaran  bunyi  sebuah  kereta  datang .... Haji  Firdaus  pula  setia  menanti . Jantungnya  juga  berdebar . Tidak  tahu  kenapa .
   “Silakan  masuk . Ayah  dan  ibu  menunggu  di dapur .”pelawa  Aisyah . Lantas  pemuda  yang  dimaksudkan  Aisyah  segera  mengikuti  Aisyah .
   “Assalamualaikum ...”ucap  pemuda  itu . Haji  Firdaus  yang  dari  tadi  duduk  termenung  di  meja  makan  segera  mengangkat  muka . Namun , sebaik  sahaja  mengangkat  muka , Haji  Firdaus  terus  memeluk  pemuda  itu . Aisyah  dan  Hajah  Fatimah  juga  turut  panik  melihat  reaksi  Haji  Firdaus .
   “Habib !” kata  Haji  Firdaus . Aisyah  pula  semakin  hairan . Bagaimana  pula  Haji  Firdaus  boleh  mengenali  Habib  fikirnya .
   “Ya  Allah  kecil  dunia  ini  pak  cik !” balas  Habib  lagi .
   “Ayah ? Abang  Habib ? Bagaimana ... bagaimana  kalian  boleh  kenal ?” Tanya  Aisyah  lagi .
   “Aisyah , saya  mengenali  ayah  Aisyah   sebab  sering  selalu  terserempak  di  surau .” Jelas  Habib .
   “Eya , Aisyah . Malah  kami  juga  sering  bertukar  ganti  menjadi  imam . Habib  ni  tinggi  jugak  sekolahnya . Macam  kamu  jugak  Aisyah . Belajar  sampai  ke  negeri  Mesir .” Puji  Haji  Firdaus . Habib  pula  kelihatan  malu – malu  di puji  Haji  Firdaus . Manakala  wajah  Haji  Firdaus  pula  berseri  kembali  apabila  melihat  wajah  Habib . Seolah – olah  Habib  adalah  sumber  inspirasi   baginya .
   “Kamu  pula  Aisyah . Bagaimana  pulak  kamu  ni  boleh  kenal  dengan  budak  Habib  ni ?” Tanya  Haji  Firdaus  lagi . Aisyah  hanya  mendiamkan  diri . Malu  untuk  bertentangan  mata  dengan  Haji  Firdaus . Apalagi  dengan  Habib . Perasaan  malu  mulai  menguasai  dirinya .
   “Begini  pak  cik . Semasa  di  Mesir  dahulu , kami  memang  sering  dan  selalu  berhubung . Pendek  kata  kami  memang  selalu  berjumpalah .” jelas  Habib . Haji  Firdaus  hanya  menganggukkan  kepalanya . Kini , dia  mengerti  pemuda  yang  dicintai  Aisyah  itu  adalah  Habib . Subhanallah ....
   “Err , ayah  dan  abang  Habib . Jom  makan . Nanti  sejuk  pula  makanan  tu .” kata  Aisyah  spontan  sambil  mulutnya  menjuih  ke  arah  makanan  yang  terhidang  di  atas  meja . Habib  tersenyum  melihat  telatah  Aisyah . Dunia  ini  memang  kecil . Getus  hati  kecil  Habib .
   Melihat  semuanya  sudah  bersedia . Haji  Firdaus  pun  menyuruh  Habib  mengetuai  bacaan  doa  makan . Habib  tanpa  membantah , segera  membaca  mengikut  apa  yang  disuruh  Haji  Firdaus . Majlis  makan  malam  pun  bermula .........
●●●●●●
Ruang  tamu  di  rumah  Haji Firdaus ...
      “Begini  Habib , kamu  sudah  pun  mengenali  anak  pak  cik . Bagaimana ? Apa  kamu  mahu  menerima  cadangan  dari  pak  cik  tempoh  hari ? tanya  Haji  Firdaus . Aisyah  mengerutkan  dahinya . Cadangan ? Cadangan  apa ?  Fikir  Aisyah . Kepalanya  ligat  berfikir . Namun  tidak  disuarakan .
      “Pak  cik . Bukankah  saya  sudah  katakan  tempoh  hari . Saya  bersetuju  saja . Asalkan  pihak  pak  cik  sudi  menerima  saya . Lagipun  saya  ini  tidak  tampan . Siapalah  yang  mahu ...” kata  Habib  sambil  berlawak  sedikit .
   “Kamu  ini  Habib . Tidak  habis - habis  dengan  tidak  tampan . Bukan  paras  rupa  yang  kami  pentingkan . Tetapi  keikhlasan  hati  budi  kamu  yang  kami inginkan  dari  kamu .” Jelas  Haji  Firdaus .

   “Apa  pak  cik  sudah  bertanya  pada  Aisyah ?” kata  Habib  lagi . Haji  Firdaus  menggelengkan  kepalanya . Aisyah  dan  Haja  Fatimah  pula  semakin  hairan  dengan  situasi  itu .
   “Pak  cik  akan  tanyakan  sekarang . Aisyah  apa  kamu  mahu  kalau  ayah  satukan  kamu  dengan  Habib ?” Tanya Haji  Firdaus  spontan  kepada  Aisyah . Pipi  Aisyah  pula  mulai  kemerahan . Malu  mulai  mencengkam  segenap  hatinya . Mahu  menjawab  perkataan  ya  tapi  malu .....
   “Diam  tandanya  setuju .....”kata  Haji  Firdaus  mengusik  Aisyah . Habib  pula  hanya  tersenyum . Sememangnya  sejak  dari  dulu  lagi  Habib  memang  sudah  punya  hati  dan  perasaan  kepada  Aisyah . Tetapi  untuk  meluahkan  rasa  cintanya  kepada  Aisyah  terlalu  amat  sukar baginya . Habib  bukan  malu . Tetapi  pada  masa  itu  dia  belum  punya  kekuatan  untuk  berterus  terang . Kini  biarlah  dia  meluahkan  sekarang . Fikir  Habib . Ya  Rabb , bantu  aku . Getus  hati  kecil  Habib .
   “Sebenarnya  pak cik . Saya  memang  sudah  lama  punya  hati  sama  Aisyah . Sejak  pertemuan  pertama  kali  di  Mesir  juga  hati  saya  sudah  terpaut  kepadanya . Aisyah , sekiranya  kamu  mahu , apakah  kamu  sudi  menerima  saya  sebagai  suami  buat  kamu ? Apakah  kamu  sudi  menjadi  bidadari  buat  saya ?” Tanya  Habib  kepada  Aisyah . Hajah  Fatimah  dan  Haji  Firdaus  hanya  mendiamkan  diri . Membiarkan  sahaja . Habib  memang  seorang  pemuda  yang  betul – betul  berani . Getus  hati  kecil  Hajah  Fatimah . Memang  ciri – ciri  lelaki  yang  baik !
     “Tapi , bukankah  itu  terlalu  tergesa – gesa  abang ? Err  maksud  Aisyah , apa  kita  tidak  perlu  untuk  bercinta  dahulu ?” Tanya  Aisyah  lagi .
   “Dalam  islam  tiada  istilah  bercinta  sebelum  kahwin . Cinta  hanya  wujud  selepas kahwin . Begini , cinta  sebenarnya  adalah  cinta  yang  menyelamatkan  kekasih  dari  dosa . Cinta  sejati  ialah  cinta  yang  dapat  menjaga  kesucian  iman  dan  kekasihnya  ke  syurga . Jika  tulus  mencintai  maka  perlu  bertegas  dalam  perkara  ini . Jangan  digoda  oleh  nafsu  dan  ditipu  oleh  syaitan . Kerana  cinta  nafsu  dan  syaitan , zahirnya  menawan , hakikatnya   ia  adalah  dosa  dan  membawa  ke  neraka  Allah .” ujar  Habib  dengan  panjang  lebar .
   “Betul  kata  Habib  itu  Aisyah . Bercinta  selepas  kahwin  boleh  mendatangkan  banyak  pahala . Bercinta  sebelum  kahwin  pula  boleh  mendatangkan  banyak  dosa .” Sokong  Haji  Firdaus . Hajah  Fatimah  pula  hanya  mengangguk  tanda  setuju .
   “Hem , jika  sudah  begitu  suratannya . Aisyah  bersedia  menerimanya . Benarlah  kata  orang , jodoh  itu  ketentuan  Allah . Bertemu  dan  berpisah  kita  hanya  kerana  Allah .” kata Aisyah  lagi . Mendengar  ungkapan  Aisyah  yang  berbunyi ‘jodoh itu  ketentuan  Allah’ , Habib  tidak  putus – putus  mengucapkan  rasa  syukurnya  pada  ilahi . Kini  dia  mengerti , perempuan  yang  muncul  di dalam  mimpinya  tempoh  hari  ternyata  adalah  Aisyah .... Subhanallah .....
   Habib  juga  semakin  tidak  sabar  ingin  memberitahu  khabar  gembira  ini  kepada Haji  Ismail . Pasti  itu  khabar  yang  paling  gembira buat  ayahnya ...
-T A M A T-
By : SHIMASS .