TANGISAN DUKA
Azan subuh baru sahaja selesai dilaungkan . Matahari masih belum terselah sepenuhnya . Kericau burung pun belum kedengaran .
“Maria,” kedengaran bunyi Mak Yam dari luar bilik anaknya .
Maria baru sahaja terbangun dari tidur , duduk di birai katil , belum sempat mengemas rambutnya yang terurai .
“Maria ,” suara wanita itu lagi tanpa mengetuk pintu bilik anaknya .
“Hishh ! Mak ni !” Jawab Maria sambil membuka pintu biliknya .
“Maria , mari solat subuh bersama-sama dengan Mak.” Mak Yam mengajak anaknya untuk bersolat bersamanya .
“Pap !!!” Pintu bilik Maria di tutup dengan kuat . Mak Yam mengucap panjang kerana terkejut . Kecil hati Mak Yam melihat perangai anaknya itu . Maria kasar terhadap ibunya . Semuanya bermula apabila Pak Mail lumpuh setengah badan kerana kemalangan jalan raya . Semenjak hari itu , keluarga itu disara oleh Mak Yam . Semenjak peristiwa itu juga kehidupan Mak Yam seperti “Kais pagi makan pagi , kais petang makan petang .” Kalau dulu apa sahaja yang Maria mahu pasti Pak Mail dapat memenuhi segala permintaannya . Tapi sekarang lain , Pak Mail tidak dapat memenuhi permintaan anaknya itu lagi . Namun , terdetik juga di hati Pak Mail perasaan menyesal kerana terlalu memanjakan Maria dahulu sehingga Maria menjadi seorang anak yang kurang ajar .
Maria langsung tidak pernah berlembut dengan kedua orang tuanya . Kata-katanya juga sering kali menghiris hati kedua orang tuanya . Mak Yam sering menangis apabila mengenangkan sikap Maria yang semakin hari semakin keterlaluan . Maria sanggup menengking ibunya tatkala Mak Yam melarangnya keluar pada lewat malam .
●●●●●●●●●●●●●●●
“Mak ! Minta duit !” Kata Maria sewaktu Mak Yam tengah makan pada waktu tengah hari . Mak Yam mengunyah perlahan nasi yang di makannya .
“Mak tak ada duit Maria ..” Balas Mak Yam dengan penuh rasa sebak .
“Mak ni ! Asal Maria minta saja tak ada . Mak ni tak sayang Maria betullah ! Lagipun Maria minta tak banyaklah Mak ! RM5OO saja . Maria nak beli telefon . Maria cemburu tengok kawan-kawan semua ada telefon baru . Maria pun nak tunjuk kat mereka yang Maria pun ada .”
“RM5OO ! Banyak tu Maria . Mana Mak nak cari duit sebanyak itu . Sedangkan gaji Mak menoreh getah pun tak sampai banyak itu sehari . Sedangkan untuk belanja ubat ayah kau pun perlukan duit yang banyak Maria ..” Kata Mak Yam dengan rasa yang sedih . Dia tidak sangka anaknya terlalu pentingkan diri sendiri . Mak Yam menangis di dalam hati mendengar butir bicara Maria .
“Ala mak ni , minta RM5OO itu pun nak menangis . Mak Maria nak duit . Maria tak nak air mata Mak itu . Ingat air mata Mak tu mahal sangat ke ? Kalau boleh jual tak apa la juga . Lagi satu , buat apa nak fikir pasal ayah tu Mak ! Buat apa ? Lagipun ayah tu sudahlah cacat . Kalau Maria jadi Mak , dah lama dah Maria bunuh ayah tu . Menyusahkan saja !” Kata Maria melulu tanpa memikirkan butir bicaranya yang terlalu keterlaluan . Mengalir air mata Pak Mail mendengar kata-kata anaknya . Tidak disangka Maria semakin tidak sedar dengan siapa dia bercakap . Sanggup dia menghina ayahnya sendiri .
“Maria , Mak tak ajar Maria cakap macam ni ! Tergamak Maria cakap begitu tentang ayah Maria sendiri ! Kenapa Maria ? Sedangkan dulu apa sahaja yang Maria minta pasti ayah kau akan penuhi . Begini cara kau balas jasa orang tua kau ya Maria ? Maria , mulai sekarang , Mak nak kau keluar dari rumah ini . Kau bukan anak aku lagi . Keluar” Herdik Mak Yam kepada Maria . Maria tersentak mendengar kata ibunya . Inilah kali pertama dia mendengar ibunya marah .
“Baik ! Kalau itulah yang kau inginkan orang tua . Aku boleh pergi ! Aku pun dah tak tahan tinggal di rumah neraka jahanam ini !” Maria dengan rasa yang marah juga tidak mahu mengalah terhdap ibunya . Perasaan benci pada ibunya semakin kuat . Dia memandang wajah Pak Mail . Kelihatan seribu pengharapan pada wajah Pak Mail . Dalam hati Pak Mail berharap agar anaknya jangan pergi meninggalkan mereka . Meskipun anaknya telah melukakan hatinya , namun perasaan sayang masih lagi terus tetap berada kukuh di dalam hati Pak Mail .
“Maria , jangan pergi anak ayah .. Jangan diturut perasaan marah . Maria minta ampunlah pada Allah . Moga Allah mengampunkan dosa Maria .” Kata Pak Mail dengan rasa sedih .
“Hey orang tua cacat . Tak usahlah nak berdrama di depan aku . Aku tak ada masa nak layan drama cacat kau tu orang tua !” Jawab Maria pantas . “GEDEBUKK!” Belum sempat Maria melangkah keluar dari rumah , tiba-tiba Maria jatuh terguling di atas tangga rumah mereka . Maria pengsan . Mak Yam dan Pak Mail terkejut .
“Ya Allah !” Getus hati kecil Pak Mail . Dia risau akan anaknya Maria . Pak Mail memandang wajah Mak Yam . Pak Mail tahu , Mak Yam masih marah terhadap sikap Maria sebentar tadi .
“Abang , kalau Maria mati lebih baikkan abang . Dia hidup pun tiada guna . Yam , tak dapat maafkan dia abang . Yam tak ada anak bernama Maria !” Begitulah Mak Yam . Perasaan marahnya terhadap Maria masih belum reda . Selama ini hatinya terluka , terguris , hancur tiada pernah Maria ketahui .
“Yam , sedangkan nabi lagi ampunkan umat . Inikan pula kita sebgai manusia biasa . Ampunkanlah anak kita .” Kata Mail . Atas nasihat dan desakan Pak Mail . Akhirnya , Mak Yam memanggil orang kampung bagi menghantar Maria ke hospital berdekatan . Namun , tidak terdetik di hati Mak Yam untuk memaafkan anaknya .
●●●●●●●●●●●●●●●
Suasana di hospital senyap sekali . Sesekali terdengar juga suara pesakit berdengkur kerana tidur . Mak Yam memandang tepat ke arah muka Maria . Wajah Mak Yam penuh dengan garis-garis duka . Mak Yam menangis penuh kedukaan . Kasihan Mak Yam . Sudahlah suaminya lumpuh separuh badan . Kini , Maria pula disahkan lumpuh juga . Bukan lumpuh separuh badan . Tapi lumpuh keseluruhan badan . Namun Mak Yam redha dengan semua ketentuan ilahi . Mungkin dengan cara ini , Maria pasti akan sedar akan kesalahannya . Namun jauh di sudut hati Mak Yam , tangisan duka masih lagi terus menyelebungi hidupnya .
T A M A T
Create by :
Shima


Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum .Sila tinggalkan komen anda .
-jika suka , datang lagi ke blog ini :)